window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Barang Rare: Proton Wira PERT AWD Turbo untuk dilelong!

Haris Β· Jul 13, 2020 11:00 AM

Barang Rare: Proton Wira PERT AWD Turbo untuk dilelong! 01

Siapa masih ingat Proton Eon Racing Team (PERT) yang ditubuhkan lewat tahun 80 an dahulu? Pasukan PERT adalah perintis kepada Proton R3 dan bak kata orang, selebihnya adalah sejarah.

Barang Rare: Proton Wira PERT AWD Turbo untuk dilelong! 02

Kredit gambar

Pasukan PERT bermula dengan perlumbaan litar hinggalah berjinak-jinak ke perlumbaan rali. Kemuncak kegemilangan pasukan PERT hadir sekitar tahun 2002 di mana Karamjit Singh dan pembantu pemandu Allen Oh memenangi Kejohanan FIA World Rally Championship.

Barang Rare: Proton Wira PERT AWD Turbo untuk dilelong! 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Namun kenangan hanya tinggal kenangan. Pasukan perintis ini semakin lama dilupakan oleh Proton apatah lagi model kenderaan lumba yang kini hanya tinggal sejarah.

Oleh itu, tidak hairan apabila kami mendapati Proton Wira PERT AWD Turbo telah disenaraikan untuk dijual. Hantaran Facebook oleh Hasrul SubZero mendapati model ini telah disenaraikan untuk lelongan atas talian Pickles Auction.

Barang Rare: Proton Wira PERT AWD Turbo untuk dilelong! 01

Lebih memeranjatkan, banyak barang-barang di dalam Proton Wira PERT AWD Turbo telah dicuri! Jika anda pernah ke kilang Proton di Glenmarie, mungkin anda pernah lihat kereta ini diparkir di Garaj Warisan Proton sebelah hadapan kilang tersebut.

Barang Rare: Proton Wira PERT AWD Turbo untuk dilelong! 02

Keadaan kereta ini yang usang sememangnya menjentik kemarahan sesetengah peminat. Tambahan pula, kereta ini tidak didatangkan dengan dokumen yang lengkap. Hal ini kerana kereta ini hanya sah digunakan di atas litar lumba.

Barang Rare: Proton Wira PERT AWD Turbo untuk dilelong! 03

Berita baiknya adalah sedikit barang asal masih boleh didapati pada kereta ini. Paling menarik sudah tentulah rim tayar asal berwarna putih dengan tulisan EON Motorsport. Dari pandangan kasar, enjin asal untuk kegunaan perlumbaan masih terdapat pada kereta ini.

Barang Rare: Proton Wira PERT AWD Turbo untuk dilelong! 04

Jika anda benar-benar peminat sukan permotoran, bersedia untuk membida kereta ini melalui aplikasi Pickles Auction. Tiada yang lebih menyedihkan daripada melihat sejarah awal yang membentuk persepsi rakyat Malaysia terhadap Proton dibiarkan seolah-olah tiada nilai.

Barang Rare: Proton Wira PERT AWD Turbo untuk dilelong! 05

Apakah persepsi anda terhadap Proton selepas ini apabila Proton sendiri bersikap acuh tidak acuh dengan sejarah mereka sendiri?

Kredit: Hasrul SubZero

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda