window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Barang Rare: Proton Wira Tiang Gol untuk dijual. Lagenda tempatan, jangan lepaskan peluang!

Haris · Sep 24, 2020 11:59 AM

Barang Rare: Proton Wira Tiang Gol untuk dijual. Lagenda tempatan, jangan lepaskan peluang! 01

Sebelum ini, kami pernah menulis mengenai triniti lagenda yang pernah dihasilkan oleh Proton. Salah satunya sudah tentulah Proton Wira 1.8 EXI atau turut dikenali sebagai Proton Wira Tiang Gol.

Barang Rare: Proton Wira Tiang Gol untuk dijual. Lagenda tempatan, jangan lepaskan peluang! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Proton Wira 1.8 EXi LE (juga dikenali oleh peminat sebagai Wira C99) dibina khas untuk untuk memenuhi keperluan homologasi FIA (badan berkanun sukan permotoran dunia) yang memerlukan sekurang-kurangnya 2,500 unit untuk pasaran umum yang ditetapkan oleh World Rally Championship Group N.

Barang Rare: Proton Wira Tiang Gol untuk dijual. Lagenda tempatan, jangan lepaskan peluang! 01

Pengeluaran model Proton Wira 1.8 EXi LE juga hanya terhad kepada dua tahun. Pada masa itu, hanya 2,500 unit dibuat, dengan 2,450 unit warna Hitam Majorca dan 50 versi RS dicat putih. 

Barang Rare: Proton Wira Tiang Gol untuk dijual. Lagenda tempatan, jangan lepaskan peluang! 02

Walaubagaimanapun, kekuatan Proton Wira 1.8 EXi LE ini bukan pada tiang gol tetapi pada huruf C99. C99 atau kod casis tersebut bermakna kerangka badannya telah diperkuat dengan penambahan 20 titik kimpalan sirat berganda (double stitch weld) di serata kerangka dan bar pengukuh (reinforcement bar) bagi menguatkan struktur dan mengurangkan tahap lentur (body roll) ke jumlah yang minima.

Barang Rare: Proton Wira Tiang Gol untuk dijual. Lagenda tempatan, jangan lepaskan peluang! 03

Proton Wira 1.8 EXi LE C99 datang dengan enjin 1.8 liter 4G93P 4-silinder NA menghasilkan 140 PS @ 6,500 rpm (1,000 rpm lebih tinggi) dan tork 167 Nm @ 5,500 rpm. Hanya transmisi manual 5-kelajuan sahaja yang diperkenalkan oleh Proton dan kesemua spesifikasi ini dipacu ke roda hadapan. Dengan gabungan ini, Proton Wira 1.8 EXi LE C99 hanya mengambil masa 8.8 saat untuk memecut 0-100 km/j.

Barang Rare: Proton Wira Tiang Gol untuk dijual. Lagenda tempatan, jangan lepaskan peluang! 04

Antara kelengkapan yang hadir dengan kereta ini adalah tempat duduk Recaro Enjoy semi-bucket dengan kain fabrik Recaro pada keseluruhan trim, stereng Momo Daytona 3-bilah dan tombol gear Momo. Ia juga hadir dengan fungsi Kawalan Jelajah (Cruise Control) bagi keselesaan pemanduan jarak jauh.

Barang Rare: Proton Wira Tiang Gol untuk dijual. Lagenda tempatan, jangan lepaskan peluang! 05

Tak mahu tengok sahaja? Ambil peluang ini dan penuhi impian untuk memiliki salah satu triniti lagenda dalam industri automotif domestik dengan Proton Wira 1.8 EXi LE C99. Pemilik boleh dihubungi melalui pautan di bawah.

Beli di: Mudah.my

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda