window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Barang Rare: Tak puas dengan AWD/4WD? Guna Pinzgauer 718M 6x6 lah!

Haris · Sep 3, 2020 11:00 AM

Barang Rare: Tak puas dengan AWD/4WD? Guna Pinzgauer 718M 6x6 lah! 01

Pinzgauer adalah sebuah jenama yang terkenal dalam pengeluaran kenderaan ketenteraan. Jenama ini tidak popular secara komersial namun sangat popular di mata peminat ketenteraan dan kenderaan serba boleh. Pinzgauer dikeluarkan oleh Steyr-Daimler-Puch namun telah bertukar tangan kepada pemilik baru iaitu BAE System, anak syarikat tentera British.

Barang Rare: Tak puas dengan AWD/4WD? Guna Pinzgauer 718M 6x6 lah! 02

Kalau dilihat oleh kaca mata orang kebiasaan, kereta ini selalu dipanggil kereta kebal. Hakikatnya, Pinzgauer adalah kenderaan utiliti serba guna yang boleh menempuh muka bumi yang sukar dan menyaingi kenderaan seperti Humvee dan Land Rover Defender.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Barang Rare: Tak puas dengan AWD/4WD? Guna Pinzgauer 718M 6x6 lah! 01

Untuk kali ini, kami telah menemui Pinzgauer 718M soft top (penutup bumbung kanvas) yang dikeluarkan pada tahun 1992. Kereta ini adalah sebuah pacuan 6 roda (6x6) yang banyak digunakan oleh kenderaan tentera. Angkatan Tentera Malaysia dikatakan telah membeli model Panzgauer 718 sebanyak 164 unit bagi menggantikan Volvo C303 dan C304.

Barang Rare: Tak puas dengan AWD/4WD? Guna Pinzgauer 718M 6x6 lah! 02

Panzgauer 718M ini dijana oleh enjin 6 silinder sebaris 2.4 liter diesel berkuasa turbo D24T. Enjin tersebut dipadankan dengan transmisi 4 kelajuan automatik. Kenderaan ini mampu mencapai kelajuan maksimum sebanyak 110 km/j. Cukup dengan statusnya sebagai kenderaan utiliti pelbagai fungsi.

Barang Rare: Tak puas dengan AWD/4WD? Guna Pinzgauer 718M 6x6 lah! 03

Bergerak ke bahagian dalam pula, anda akan melihat rekaan dalaman yang telah dikembalikan mirip asal dengan sangat sangat baik. Kesemua pelekat amaran juga nampak baru dan sesuai pada tempatnya.

Barang Rare: Tak puas dengan AWD/4WD? Guna Pinzgauer 718M 6x6 lah! 04

Jika anda berminat dengan Panzgauer 718M ini, harganya tidak dapat dipastikan. Melihat kepada nombor plat yang diletakkan pada kenderaan ini, berkemungkinan besar ia boleh digunakan atas jalan. Anda mahu gagah bergaya di atas jalan dengan sebuah ‘kereta kebal’?

Beli di sini: FB Market Place

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda