Baru lwn. Lama: Honda CR-V 2020 facelift – apa yang baru?

Mersita · Jul 15, 2020 10:30 AM

Baru lwn. Lama: Honda CR-V 2020 facelift – apa yang baru? 01

Honda Automobile Thailand telah menayangkan Honda CR-V 2020 facelift di Bangkok Motor Show. Apa lagi, jom kita lihat apa lagi yang diperbaharui selain daripada beberapa pembetulan kecil pada rupa parasnya; ihsan daripada rakan kami di Autofun yang menyediakan gambar-gambar live dari tayangan tersebut.

Luaran – perubahan kecil di sekitarnya

Baru lwn. Lama: Honda CR-V 2020 facelift – apa yang baru? 02

Perubahan yang agak biasa. Bahagian hadapannya mempunyai cebisan plastik hitam dan ‘garis rahang’ perak – memberikan kereta ini rupa paras yang lebih bersudut dan runcing seperti rakannya Honda Civic 2020.

Baru lwn. Lama: Honda CR-V 2020 facelift – apa yang baru? 03

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Rekaan gril kekal sama, tetapi kromnya harmoni dengan kemasan hitam berkilat.

Baru lwn. Lama: Honda CR-V 2020 facelift – apa yang baru? 01

Ia juga ada lampu signal berturutan di hadapan kini dan Honda telah memberi lampu hadapan serta lampu breknya kemasan Smoked Chrome.

Baru lwn. Lama: Honda CR-V 2020 facelift – apa yang baru? 02

Bahagian belakang juga diberi bampar baru yang tampak lebih kemas berbanding model yang dikeluarkan kini.

Pintu but belakang berkuasa bebas-tangan juga kini menjadi tetapan standard bagi semua varian, sesuatu yang amat disambut baik.

Baru lwn. Lama: Honda CR-V 2020 facelift – apa yang baru? 03

Bergerak ke bahagian sisinya pula, ia tampak lebih kurang sama kecuali tambahan set tayar baru bersaiz 18 inci.

Dalaman – Kualiti ergonomik yang sempurna kekal sama

Kalau tak rosak, tak perlu dibetulkan – satu motto yang kami dapat kaitkan disini dan kami suka yang kualiti ergonomiknya yang sudah cukup sempurna tidak diganggu kali ini.

Baru lwn. Lama: Honda CR-V 2020 facelift – apa yang baru? 04

Terdapat beberapa naiktaraf bagi aspek keselesaan, dimana CR-V baru ini diberi sunroof panoramik, pad pengecas telefon pintar tanpa-wayar Qi, cermin pandang belakang auto-malap serta fungsi memori tempat duduk pemandu.

Baru lwn. Lama: Honda CR-V 2020 facelift – apa yang baru? 05

Keselamatan – Kebanyakannya datang standard

Baru lwn. Lama: Honda CR-V 2020 facelift – apa yang baru? 06

Secara keseluruhannya, ia ada 6 beg udara, kawalan penstabilan, serta LaneWatch yang datang standard.

Kelengkapan Honda Sensing ADAS ditawarkan hanya untuk varian teratas termasuklah kelengkapan seperti brek kecemasan berautonomi, kawalan peluncuran adaptif dengan ‘stop and go’, bantuan kekal-landasan dan lampu tinggi automatik.

Prestasi – Opsyen kekal sama

Baru lwn. Lama: Honda CR-V 2020 facelift – apa yang baru? 07

Kebanyakannya dapat enjin petrol i-VTEC naturally-aspirated 2.4 liter dengan 4 silinder yang menjana 173 PS dan tork 224 Nm dipadankan dengan CVT. Varian atas pula dapat enjin i-DTEC turbodiesel 1.6 liter yang menjana 160 PS dan 350 Nm. Kuasa ini dihantar melalui kotak gear automatik 9-kelajuan.

Apa-apa pun, kita mungkin akan kekal dengan unit 1.5 liter.

Bilakah ia akan sampai di Malaysia?

Berdasarkan trend terkini, kita mungkin akan menerima facelift ini sekitar tahun 2021.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

Komen

Up to 20% higher than average trade-in price

2021 Honda CR-V 2.0 2WD

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Terkini

    Cek Lebih

    Model Terbaru