window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Baru sebulan, Hyundai Stargazer dah kalahkan Innova sebagai 10 model terlaris Indonesia Ogos 2022!

Haris Β· Sep 17, 2022 04:00 PM

Baru sebulan, Hyundai Stargazer dah kalahkan Innova sebagai 10 model terlaris Indonesia Ogos 2022! 01

Sebagai sebuah model baharu, sambutan Hyundai Stargazer agak memberangsangkan apabila menjadi antara 10 kenderaan terlaris di Indonesia dalam bulan Ogos 2022. MPV segmen B tersebut baru sahaja dilancarkan pada pertengahan Julai, mengambil masa yang singkat untuk memenangi hati pembeli.

Berikut adalah 10 kenderaan terlaris di Indonesia pada bulan Ogos 2022.

1. Toyota Avanza - 7,030 unit

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baru sebulan, Hyundai Stargazer dah kalahkan Innova sebagai 10 model terlaris Indonesia Ogos 2022! 01

Bukan sesuatu yang mengejutkan bagi Toyota Avanza generasi baharu mendominasi pasaran Indonesia. "Mobil sejuta umat" ini turut mengungguli jualan bulan Julai 2022 walaupun terdapat sedikit penurunan. Angka jualan ini mungkin berubah sekiranya subsidi petrol Indonesia dilaksanakan yang menyaksikan hanya kenderaan bersesaran 1.4 liter ke bawah yang boleh mengisi minyak bersubsidi.

Baca: Spekulasi subsidi minyak bersasar di Indonesia ikut kapasiti enjin, tak ikut tahap kemampuan?

2. Mitsubishi Xpander - 5,212 unit

Baru sebulan, Hyundai Stargazer dah kalahkan Innova sebagai 10 model terlaris Indonesia Ogos 2022! 02

Model Mitsubishi Xpander di Indonesia (dalam gambar) adalah model facelift yang menggunakan transmisi automatik CVT - berbeza dengan pasaran Malaysia yang masih menggunakan transmisi automatik 4-kelajuan. Selepas Thailand, model CVT dijangka akan menyusul ke Malaysia?

3. Toyota Calya - 4,855 unit

4. Honda Brio - 4,596 unit

Baru sebulan, Hyundai Stargazer dah kalahkan Innova sebagai 10 model terlaris Indonesia Ogos 2022! 03

Jika terpaksa memilih antara Toyota Agya/Daihatsu Ayla (kembar Proton Axia) dengan Honda Brio, nampaknya rakyat Indonesia memilih Honda Brio.

Peluang untuk rakyat Malaysia merasai hatchback segmen A ini terlepas apabila Proton ditawarkan untuk membawa masuk secara rebadge model ini tetapi perlulah memborong sekali model dengan platform sama iaitu Brio Amaze, Mobilio dan juga BR-V. Hmmm?

5. Daihatsu Sigra - 4,374 unit

6. Hyundai Stargazer - 3,955 unit

Baru sebulan, Hyundai Stargazer dah kalahkan Innova sebagai 10 model terlaris Indonesia Ogos 2022! 04

MPV 7-penumpang segmen B paling terkini dalam pasaran Indonesia ini nampaknya cepat menerima sambutan ramai. Rekaannya yang sangat unik menawarkan gaya yang lebih moden berbanding pesaing seperti Alza, Xpander dan Veloz. Pasaran Malaysia dijangka akan menyusul namun tempoh waktu masih belum dapat ditentukan buat masa ini.

Mungkin, beri laluan kepada Hyundai Staria 10-penumpang terlebih dahulu?

Baca: 20 bukti bergambar bahawa Hyundai Stargazer lagi mengancam daripada Alza & Xpander!

7. Toyota Kijang Innova - 3,949 unit

Baru sebulan, Hyundai Stargazer dah kalahkan Innova sebagai 10 model terlaris Indonesia Ogos 2022! 05

Model kebanggan Indonesia ini dibuat dan dibangunkan oleh Toyota Indonesia kini dalam waktu-waktu akhir sebelum generasi baharu didedahkan pada tahun 2023. Malah, Indonesia akan menampilkan satu kemaskini terakhir pada November 2022 sebelum model generasi baharu menyusul dengan trenkuasa hibrid.

Toyota Innova generasi baharu dikatakan tidak lagi berkongsi platform IMV bersama Hilux dan Fortuner kerana dibangunkan dengan TNGA.

Baca: Toyota Innova 2023 serba baru akan tiba pada Nov 2022? Harga juga naik 19%, ada varian baru!

8. Toyota Raize - 3,584 unit

9. Honda HR-V - 3,435 unit

10. Toyota Rush - 2,929 unit

Baru sebulan, Hyundai Stargazer dah kalahkan Innova sebagai 10 model terlaris Indonesia Ogos 2022! 06

Sebuah lagi kenderaan 7-penumpang, kali ini dalam bentuk SUV masih menerima sambutan hangat di Indonesia.

Walaupun berada pada kedudukan ke-10, Toyota dijangka akan memfokuskan segmen kenderaan 7-penumpang kepada Avanza/Alza/Xenia dan menggantikan Toyota Rush dengan Toyota Yaris Cross yang dibangunkan dengan platform DNGA.

Adakah Perodua ada peranan dalam perancangan ini?

Baca: Spekulasi Toyota Yaris Cross DNGA bakal menjengah Indonesia, ganti Toyota Rush?

Baru sebulan, Hyundai Stargazer dah kalahkan Innova sebagai 10 model terlaris Indonesia Ogos 2022! 07

Terasa agak menyegarkan untuk melihat bahawa 10 model terlaris Indonesia membenarkan satu wakil jenama Korea dan satu MPV segmen D dalam campuran ini. Adakah rakyat Malaysia lebih terhad mengenai pilihan kenderaan di negara kita atau kita telah dihadkan kepada pilihan berdasarkan dasar perlindungan? Kredit: Autofun.co.id

Baca: Berikut ialah 5 kereta terlaris di Malaysia setakat Ogos 2022, Perodua Myvi masih lagi 'king'!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda