window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Baru vs Lama: Ford Ranger Wildtrak 2021 – Makin macho?

Faisal · Nov 9, 2020 02:00 PM

Baru vs Lama: Ford Ranger Wildtrak 2021 – Makin macho? 01

Tempoh hari, Ford Ranger Wildtrak 2021 membuat debut di Thailand. Walaupun kelihatan hampir sama secara mata kasar, ia menampilkan beberapa perincian yang lebih ranggi.

Ford Ranger 2021 ini akan bersaing dengan Toyota Hilux 2020, Nissan Navara 2021, dan Mazda BT-50 baharu apabila ia dilancarkan tahun hadapan.

Baru vs Lama: Ford Ranger Wildtrak 2021 – Makin macho? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Untuk maklumat anda, Ford Ranger yang sedia ada (Ranger T6) telah berada di pasaran sejak tahun 2011. Pada tahun 2018, trak pikap ini telah menerima beberapa pembaharuan melalui facelift pertama.

Dengan facelift kali kedua oleh model 2021, mari kita saksikan perbezaan dengan model sebelum ini.

Eksterior – Gril dan kemasan yang baru

Baru vs Lama: Ford Ranger Wildtrak 2021 – Makin macho? 01

Atas: Ranger Wildtrak 2021, Bawah: Ranger Wildtrak 2018

Perbezaan yang paling ketara kali ini ialah gril hadapan yang kelihatan lebih macho. Malah ia kini kelihatan mirip Ranger Thunder yang dijual di Eropah dan Afrika Selatan. Garisan melintang pada gril sebelum ini digantikan dengan sentuhan jejaring yang dilengkapi dengan trim warna yang mengikuti warna badan kereta. Selain itu, Ranger Wildtrak 2021 menggunakan logo Ford baharu yang berwarna hitam.

Baru vs Lama: Ford Ranger Wildtrak 2021 – Makin macho? 02

Atas: Wildtrak 2021, Bawah: Wildtrak 2018

Tidak seperti sebelum ini, bahagian bampar hadapan turut hadir dengan sentuhan warna hitam.

Sentuhan ini juga diterapkan pada bahagian roda 18 inci, pemegang pintu, cermin sisi, bar bumbung, dan bampar belakang.

Baru vs Lama: Ford Ranger Wildtrak 2021 – Makin macho? 03

Secara umumnya, Ford Ranger Wildtrak 2021 menggunakan warna hitam sebagai aspirasi untuk kelihatan lebih ganas dan garang.

Baru vs Lama: Ford Ranger Wildtrak 2021 – Makin macho? 04

Di Thailand, trak pikap ini didatangkan dengan pelindung but elektronik tetapi Ford Malaysia masih belum mengumumkan sebarang perincian mengenainya.

Interior – Masih kebal

Baru vs Lama: Ford Ranger Wildtrak 2021 – Makin macho? 05

Bahagian dalam pula masih mengekalkan perincian yang sama. Untuk pengetahuan anda, ciri kerusi kulit sintetik dihadirkan buat kali pertama di Thailand.

Dari segi ciri keselamatan, Ford Ranger Wildtrak 2021 masih dilengkapi dengan brek kecemasan automatik (AEB) dan amaran pelanggaran hadapan (FCW) sebagai standard. Di samping itu, ia hadir dengan Lane Departure Warning & Assist (LDWA) dimana stereng akan bergegar untuk memberitahu pemandu akan sebarang halangan.

Powertrain – Kekal bertenaga

Baru vs Lama: Ford Ranger Wildtrak 2021 – Makin macho? 06

Ford Ranger Wildtrak 2021 masih menggunakan enjin 2.0L turbo diesel yang sama seperti dahulu. Enjin yang menghasilkan 213 PS dan 500 Nm tork ini masih dipadankan dengan transmisi automatik 10 kelajuan.

Ranger Raptor bagaimana?

Baru vs Lama: Ford Ranger Wildtrak 2021 – Makin macho? 07

Ford belum mengumumkan sebarang perincian mengenai varian Ranger yang berprestasi tinggi. Namun begitu, anda boleh mengikuti kami untuk maklumat yang terkini mengenai trak pikap Ford yang cukup hangat di pasaran.

Kredit gambar pelancaran: Autofun Thailand

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Ford Ranger 2.0 XL (MT)

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda