window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Baru vs Lama: VW Tiguan 2021, lebih menarik dari jangkaan?

Mersita · Jul 2, 2020 03:27 PM

Baru vs Lama: VW Tiguan 2021, lebih menarik dari jangkaan? 01

Volkswagen Tiguan generasi kedua adalah SUV yang popular di Malaysia. Antara sebab utamanya ialah kesesuaiannya untuk keluarga yang mahukan SUV bersaiz sederhana yang mempunyai kawalan dan pemanduan yang bagus, cukup berkuasa, cukup luas dan dibina dengan pengalaman pemanduan Eropah. Oleh itu, apabila tiba masanya untuk Tiguan diperbaharui, VW tidak melepaskan peluang untuk menaiktaraf model mereka yang cukup laris ini.

Maka, adakah facelift ini membuatkan Tiguan lebih menarik? Kita kaji dengan lebih mendalam lagi.

Baru vs Lama: VW Tiguan 2021, lebih menarik dari jangkaan? 02

Luaran

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bahagian hadapan model ini sebelum facelift mempunyai rupa-bentuk yang bersegi; dari garisan lampu hadapannya yang berterusan hingga ke gril hingga ke bahagian bawah bampar kereta ini. Dengan model yang telah diberi facelift, VW memberi rupa hadapannya lebih lengkungan di sekitar lampu hadapannya (yang kini telah menjadi unit LED Matrix) dan bampar.

Malah, gril hadapannya mempunyai lebih kelengkungan pada kereta yang telah di’facelift’. Dengan tambahan ini, ia tidak tampak terlalu hambar dan masih mengekalkan rupa yang elegan.

Baru vs Lama: VW Tiguan 2021, lebih menarik dari jangkaan? 01

Apabila beralih ke profail sisinya pula, tak banyak yang berubah. Perbezaan yang paling ketara ialah hiasan yang berterusan sepanjang pintu sisinya.

Baru vs Lama: VW Tiguan 2021, lebih menarik dari jangkaan? 02

Pada bahagian belakangnya pula, perbezaan yang paling besar ialah huruf “Tiguan” baru yang diletakkan dibawah logo VW yang diperbaharui. Agak normal rasanya untuk VW bergerak maju ke hadapan dengan meletakkan huruf model pada penutup but di belakang.

Tambahan pula, rekaan lampu breknya juga telah diperbaharui (masih lagi dengan unit LED), walaupun bentuk fizikalnya masih sama.

Baru vs Lama: VW Tiguan 2021, lebih menarik dari jangkaan? 03

Pada bahagian penutup but belakangnya, VW telah memasang spoiler yang besar sedikit pada kereta facelift ini, dimana model yang dikeluarkan sekarang mempunyai spoiler yang lebih biasa. VW tidak memberikan bampar belakangnya terlalu banyak ruang udara atau lubang, mengekalkan rupanya yang kemas tapi cantik.

Baru vs Lama: VW Tiguan 2021, lebih menarik dari jangkaan? 04

Dalaman

Di ruang dalamannya pula, perkara pertama yang anda akan perasan pada model faceliftnya ialah stereng yang direka semula dan kawalan Climatronic – kedua-duanya kini diberi kawalan sensitif-sentuhan. Susunatur keseluruhan kabinnya kebanyakannya kekal sama. Sistem infotainmen MIB3 juga dipadatkan dengan Apple Carplay dan Android Auto.

Baru vs Lama: VW Tiguan 2021, lebih menarik dari jangkaan? 05

Secara mekaniknya, Tiguan sebelum facelift spesifikasi Malaysia dikuasai dengan enjin TSI 1.4 liter (150 PS, 250 Nm), dipadankan pula dengan transmisi DSG dwi-klac 6-kelajuan. Spesifikasi tren kuasa pada model facelift ini tidak beralih terlalu banyak dari persediaan yang ada sekarang.

Baru vs Lama: VW Tiguan 2021, lebih menarik dari jangkaan? 06

Facelift atau tidak, kami rasakan yang Tiguan ialah SUV yang punyai banyak kebolehan. Jom baca rebiu dari rakan penulis kami, Shaun, untuk dapatkan maklumat lebih mendalam tentang Volkswagen Tiguan.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Volkswagen Tiguan 1.4TSI Highline

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda