window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Bateri sel basah dan sel kering – Yang mana patut anda pilih dan kenapa?

Faisal · Sep 21, 2020 09:28 AM

Bateri sel basah dan sel kering – Yang mana patut anda pilih dan kenapa? 01

Bateri ialah komponen utama pada kereta anda. Ia ibarat jantung yang memberikan kehidupan kepada kenderaan. Kereta anda memerlukan bateri untuk menghidupkan enjin serta kelengkapan elektronik seperti lampu, radio, dan penyaman udara.

Secara umumnya, bateri ialah sumber kuasa mudah alih. Ia memberikan arus elektrik daripada elektrolit. Terdapat dua jenis bateri dalam pasaran iaitu sel basah dan sel kering. Bateri sel basah mendapat kuasa daripada elektrolit cecair manakala bateri sel kering menghasilkan kuasa daripada pes lembap.

Bateri sel basah

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bateri sel basah dan sel kering – Yang mana patut anda pilih dan kenapa? 01

Sumber imej: carspiritpk.com

Bateri sel basah menghasilkan kuasa daripada larutan sepasang elektrod dan cecair elektrolit. Larutan ini pula mempunyai plat plumbum (lead plates) dan asid sulfurik. Pada masa yang sama, bateri sel basah turut dikenali sebagai bateri asid plumbum (lead acid) dimana ia telah digunakan sejak 100 tahun yang lalu.

Bateri sel basah digunakan oleh ramai kerana harga yang lebih rendah. Namun begitu, anda harus menjaga paras cecair elektrolit supaya ia sentiasa mencukupi untuk memberikan kuasa. Tetapi, paras yang terlalu tinggi boleh mengakibatkan tumpahan asid. Tumpahan asid yang berlaku boleh mengeluarkan gas yang bahaya untuk kesihatan. Selain itu, penutup bateri harus ditutup ketat supaya penyejatan asid tidak berlaku.

Walaupun bateri sel basah mempunyai jisim yang lebih berat, ia tetap menjadi pilihan kerana kos yang lebih rendah tetapi masih memberikan kuasa yang sama.

Bateri sel kering

Bateri sel basah dan sel kering – Yang mana patut anda pilih dan kenapa? 02

Sumber imej: carspiritpk.com

Bateri sel kering pula menggunakan pes elektrolit dimana ia mempunyai kelembapan yang mencukupi untuk membenarkan arus mengalir. Pada zaman ini, kebanyakan syarikat pengeluar kenderaan menggunakan bateri sel kering kerana ia lebih mesra alam. Di samping itu, tumpahan dan bau asid tidak akan berlaku kerana pakej yang ditutup secara menyeluruh tanpa sebarang lubang yang boleh dibuka.

Turut digelar sebagai bateri "maintenance-free", anda tidak perlu memeriksa atau menjaga paras elektrolit sama sekali. Selain itu, ia mempunyai jisim yang lebih ringan. Namun demikian, ia berharga lebih mahal berbanding bateri sel basah. Perbandingan bateri sel basah dan kering dapat dilihat di bawah:

Perbandingan bateri
  Sel basah Sel kering
Elektrolait Cecair Pes
Kadar pelepasan Boleh menghasilkan gas bahaya Tidak menghasilkan gas
Jisim (kg) Lebih berat Lebih ringan
Penjagaan Pemeriksaan paras elektrolit Tiada
Kos Lebih rendah Lebih tinggi

Bateri sel basah dan sel kering – Yang mana patut anda pilih dan kenapa? 03

Untuk pengetahuan anda, bateri kereta sentiasa dicas semula apabila kereta dihidupkan. Namun demikian, ia mempunyai jangka hayat dimana ia akan habis apabila tiba waktunya.

Penjagaan

Bateri sel basah dan sel kering – Yang mana patut anda pilih dan kenapa? 04

Imej daripada carfromjapan.com

Walau apapun jenis bateri yang anda pilih, ia masih memerlukan penjagaan.

Walaupun anda tidak perlu memeriksa atau menjaga bateri sel kering, anda perlu memastikan bahawa komponen elektronik dalam kereta anda berfungsi dengan baik kerana terlebih atau terkurang cas boleh merosakkan bateri dan komponen kereta anda.

Di samping itu, anda juga digalakkan untuk memastikan keperluan spesifikasi kereta anda dalam memilih bateri yang hendak digantikan.

Bateri sel basah dan sel kering – Yang mana patut anda pilih dan kenapa? 05

Pada masa yang sama, anda perlu memastikan bahawa bahagian atas pada permukaan bateri sentiasa bersih kerana kekotoran boleh menjadi konduktor dimana ia boleh mengurangkan kuasa bateri tersebut. Sekiranya sudah karat, ia boleh menjadi penebat dimana ia boleh memperlahankan pengaliran arus.

Akhir sekali, anda tidak harus membiarkan kereta anda tidak dihidupkan dalam jangka masa yang panjang kerana ia akan kehilangan cas, arus, dan kuasa dengan sendiri. 

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda