window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Bawah RM 3k nak ‘convert’ Proton Inspira ke rupa Lancer Evo X, macam mana nak tahu asli dari palsu?

Zamil Syaheer · Apr 10, 2022 02:00 PM

Bawah RM 3k nak ‘convert’ Proton Inspira ke rupa Lancer Evo X, macam mana nak tahu asli dari palsu? 01

  • Kurang daripada RM 3,000 untuk menukar Inspira secara visual menjadi Evo X
  • Nampak hampir sama, tetapi terdapat perbezaan yang ketara

Sejak penubuhan Proton pada tahun 80-an, mereka bermula dengan penjenamaan semula dan merekayasa pelbagai model Mitsubishi sebagai milik mereka. Oleh itu, tidak hairanlah kenapa ramai pemilik Proton telah menukar rupa Proton mereka untuk kelihatan seperti sebuah Mitsubishi. Wiralution?

Bawah RM 3k nak ‘convert’ Proton Inspira ke rupa Lancer Evo X, macam mana nak tahu asli dari palsu? 02

Jadi apabila Proton melancarkan Inspira pada tahun 2010, ia memberi peluang kepada "para pelumba muda" untuk sekali lagi, menukar Proton kepada Mitsubishi. Dalam kes ini, ramai pemilik Inspira menukar kereta mereka kepada Mitsubishi Lancer Evolution X, model terakhir Mitsubishi untuk sport sedan baka rali mereka.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baca juga: Legenda Mitsubishi Lancer Evolution – 10 model, 4 kali juara rali dunia, kenapa ramai yang minat?

Bawah RM 3k nak ‘convert’ Proton Inspira ke rupa Lancer Evo X, macam mana nak tahu asli dari palsu? 01

Dari Ling Long Auto Accessories

Harga untuk menukar Inspira (atau Lancer biasa) ke Evo X bermula daripada RM 2,000 dan seterusnya, termasuk bampar depan dan belakang, serta spoiler belakang Evo X yang terkenal.

Baca juga: Panduan kereta terpakai: Proton Inspira kini hanya RM 20k, beli ini atau Mitsubishi Lancer terus?

Bawah RM 3k nak ‘convert’ Proton Inspira ke rupa Lancer Evo X, macam mana nak tahu asli dari palsu? 02

Ori Lancer Evolution X. Ye ke? Photo oleh: Adam Harith

Walaupun selepas ‘convert’, ada cara secara visual untuk tahu sama ada ia adalah Evo X yang asli atau palsu. Ini caranya.

Bawah RM 3k nak ‘convert’ Proton Inspira ke rupa Lancer Evo X, macam mana nak tahu asli dari palsu? 03

Inspira/Lancer mempunyai penutup bahan api bulat, manakala Evo X sebenar mempunyai penutup bahan api empat segi

Salah satu cara paling mudah untuk membezakan Inspira yang ditukar daripada Evo X sebenar ialah penutup bahan api. Evo sebenar mempunyai penutup bahan api empat segi, manakala Inspira biasa (dan Lancer) mempunyai penutup berbentuk bulat.

Bawah RM 3k nak ‘convert’ Proton Inspira ke rupa Lancer Evo X, macam mana nak tahu asli dari palsu? 04

Inspira dan Lancer kedua-duanya menawarkan lampu pemantul halogen biasa, manakala Evo X mempunyai projektor HID

Satu lagi aspek yang perlu diperhatikan ialah lampu hadapan. Evo X sebenar menawarkan lampu depan projektor HID, manakala model yang ditukar sering kali mengekalkan unit pemantul halogen asal.

Bawah RM 3k nak ‘convert’ Proton Inspira ke rupa Lancer Evo X, macam mana nak tahu asli dari palsu? 05

Kini, segelintir pemilik Inspira dan Lancer biasa telah telah menukar lampu depan dan mengubah suai penutup bahan api mereka untuk kelihatan seperti Evo X sebenar, tetapi sering kali, mereka terlepas sirip aero di atas bumbung. Evo X yang asli mempunyai dua jalur di samping acuan bumbung, mungkin untuk meningkatkan tahap kestabilan pada kelajuan tinggi.

Bawah RM 3k nak ‘convert’ Proton Inspira ke rupa Lancer Evo X, macam mana nak tahu asli dari palsu? 06

Lihat dengan teliti dan anda akan dapati bahawa bahagian belakang Evo X mempunyai 'flare' yang lebih jelas

Evo X yang asli juga mempunyai 'fender flare', yang lebih jelas ke arah belakang, merangkumi bampar dan bahagian pintu belakang. Itulah sebabnya Evo X yang telah ditukar tidak akan kelihatan betul apabila dilihat dari belakang, kerana ia tidak mempunyai lengkungan yang lebar untuk penampilan yang garang

Bawah RM 3k nak ‘convert’ Proton Inspira ke rupa Lancer Evo X, macam mana nak tahu asli dari palsu? 07

Bergantung pada tahun model, bonet Evo X sebenar boleh dibuka melalui butang yang terletak di sudut kanan bawah - ciri yang tiada pada Inspira.

Bawah RM 3k nak ‘convert’ Proton Inspira ke rupa Lancer Evo X, macam mana nak tahu asli dari palsu? 08

Ada yang siap pasang sistem AWD Evo X dalam Inspira. Photo oleh: Rody Rody

Terdapat juga banyak perbezaan lain, seperti enjin 2.0 liter 4B11T pengecas turbo, transmisi manual 5-kelajuan atau automatik klac berkembar 6-kelajuan (Twin Clutch SST), ‘prop shaft’ dan ‘drive shaft’ belakang, brek Brembo, sistem infotainmen, stereng, kluster meter dan tempat duduk Recaro yang memisahkan Evo X sebenar daripada yang ditukar.

Bawah RM 3k nak ‘convert’ Proton Inspira ke rupa Lancer Evo X, macam mana nak tahu asli dari palsu? 09

Atas: Inspira, Bawah: Lancer Evo X. Macam sama, tapi bukan

Walau bagaimanapun, ini adalah perkara remeh yang boleh diatasi dengan mudah oleh mana-mana pemilik Inspira yang cukup berazam untuk melakukan penukaran yang hampir sempurna, hingga menukar kuasa enjin Inspira dengan kombo pacuan semua roda pengecas turbo Evo X.

Bawah RM 3k nak ‘convert’ Proton Inspira ke rupa Lancer Evo X, macam mana nak tahu asli dari palsu? 10

Bagi warga marhaen, beberapa poin yang kami sebutkan dalam artikel ini sudah cukup untuk membezakan antara Evo X palsu daripada tawaran sebenar.

Jangan gelakkan orang yang menukar Inspira mereka kepada Evo X, kerana apabila anda melepaskan skala harga, banyak je Alphard / Vellfire yang ditukar kepada Lexus LM.

Baca juga: Hanya RM 25k untuk ‘convert’, inilah cara mudah nak kenal Lexus LM ‘ori’ dari Alphard / Vellfire “Sajat”

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda