window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Bayi tercampak sampai patah tulang & pendarahan, mangsa minta cari suspek BMW berplat RS

Faisal · Jul 13, 2022 02:00 PM

Bayi tercampak sampai patah tulang & pendarahan, mangsa minta cari suspek BMW berplat RS 01

Malam isnin yang lalu, tertular satu kejadian malang yang berlaku kepada saudari Natasya Nadia yang mana bayinya yang berusia 4 bulan tercampak keluar dari kereta Proton Inspira yang dinaiki bersama suaminya.

Bayi tercampak sampai patah tulang & pendarahan, mangsa minta cari suspek BMW berplat RS 02

Menurut mangsa, insiden yang berlaku di Lebuhraya PLUS kawasan Sungkai menghala ke selatan itu dilaporkan berpunca daripada sebuah BMW 3 Series kelabu yang mencelah masuk dari lorong kiri secara tiba-tiba di hadapan keretanya sampai mengakibatkan kemalangan. Kesannya, kereta mangsa sampai terpusing beberapa kali sebelum melanggar penghadang jalan di belah kiri.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bayi tercampak sampai patah tulang & pendarahan, mangsa minta cari suspek BMW berplat RS 01

Apa yang lebih malang adalah keadaan bayi mereka yang mana berdasarkan rawatan semasa di Wad Rawatan Rapi Neonatal (NICU), doktor mengesahkan bahawa ia mengalami pendarahan otak. Malah, tulang peha dan pinggulnya juga patah.

Untuk mangsa sendiri, beliau mengalami keretakan di pergelangan kaki kiri. Suaminya pula hanya mengalami luka di bahagian tangan kanan.

Bayi tercampak sampai patah tulang & pendarahan, mangsa minta cari suspek BMW berplat RS 02

Kata mangsa, BMW tersebut menggunakan nombor pendaftaran ‘RS’ tetapi tidak ingat angkanya berapa. Mangsa telahpun meminta orang ramai yang ada bukti rakaman untuk tampil membantu kes ini.

Bayi tercampak sampai patah tulang & pendarahan, mangsa minta cari suspek BMW berplat RS 03

Untuk makluman anda, yang keruhkan lagi keadaan adalah selepas menjadi punca, kereta BMW tersebut sebenarnya terus melarikan diri. Dalam kemaskini terbaru oleh mangsa, pemandu itu pula yang menyalahkan suaminya kerana melanggar bahagian belakang kereta. 

Bayi tercampak sampai patah tulang & pendarahan, mangsa minta cari suspek BMW berplat RS 04

Baru sebentar tadi pula, Ketua Polis Daerah Muallim memaklumkan bahawa suspek yang berusia 30 tahun itu telah memuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Gombak. Suspek juga telah diarahkan untuk ke IPD Muallim bagi membantu siasatan kes.

Menurut suspek, keretanya mengalami calar pada bahagian kanan belah belakang termasuk sekali dengan rim.

Bayi tercampak sampai patah tulang & pendarahan, mangsa minta cari suspek BMW berplat RS 05

Apapun, kes ini menerima pelbagai komen dari para netizen yang mana selain kata-kata semangat, ada juga yang memberi pengajaran seperti penggunaan child car seat iaitu tempat duduk bayi yang khas di mana kanak-kanak tidak akan tercampak walau apa jua keadaan.

Bayi tercampak sampai patah tulang & pendarahan, mangsa minta cari suspek BMW berplat RS 06

Jadi, yang mana elok, kita ambil dan yang mana salah, kita jadikan sebagai pengajaran.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 BMW 3 Series 320i M Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda