window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Bekas Exco Melaka diarah pulangkan Toyota Camry, Norhizam mahu majlis khas & liputan media

Mersita Β· Oct 11, 2021 04:00 PM

Bekas Exco Melaka diarah pulangkan Toyota Camry, Norhizam mahu majlis khas & liputan media 01

Bekas Exco Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Norhizam Hassan Baktee menggesa Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Melaka menganjurkan program khusus penyerahan kenderaan semua EXCO di Melaka susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) yang membawa kepada perletakan jawatannya itu.

Beliau mendakwa penyerahan kenderaan rasmi jenis Toyota Camry yang digunakan oleh semua Exco Melaka patut dibuat dalam satu majlis khas diliputi media demi ‘keadilan’, menurut laporan Harian Metro.

"Saya tidak gunakan kenderaan rasmi itu, saya simpan kerana saya ada kereta saya sendiri tetapi saya mahu keadilan kerana apabila Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan pada 4 Oktober lalu, sudah tidak ada kerajaan negeri lagi.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bekas Exco Melaka diarah pulangkan Toyota Camry, Norhizam mahu majlis khas & liputan media 01

"Siapa yang lantik kerajaan sementara (caretaker)? Saya tidak iktiraf kerajaan sementara itu kerana (Speaker DUN, Datuk Seri Ab) Rauf (Yusoh) lantik (Ketua Menteri, Datuk Seri) Sulaiman Md Ali jadi caretaker," katanya kepada akhbar itu semalam.

Pada Sabtu lalu, Sulaiman dilaporkan meminta Norhizam mengembalikan kenderaan itu kerana beliau sudah meletak jawatan. Namun, Norhizam bertegas supaya SUK menganjurkan program rasmi penyerahan semula semua kenderaan itu untuk semua Exco, termasuk yang masih berkhidmat dalam kerajaan sementara (caretaker).

Namun, bekas Exco Pembangunan Daerah, Luar Bandar dan Pengurusan Banjir negeri, Datuk Seri Idris Haron dan juga bekas Exco di Jabatan Ketua Menteri (Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknikal dan Vokasional, Sains dan Teknologi negeri), Datuk Noor Effandi Ahmad dilaporkan sudah mengembalikan kenderaan itu pada Sabtu.

Beberapa bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Melaka termasuklah Norhizam, Idris, dan Noor Effandi menarik sokongan mereka terhadap Ketua Menteri (Sulaiman) pada 4 Oktober lalu dan ini menyebabkan Kerajaan Barisan Nasional yang membentuk kerajaan negeri pada Mac 2020 lalu hilang majoriti dalam DUN Melaka.

Pada tahun lalu, difahamkan sebanyak 12 buah Toyota Camry 2019 dibeli untuk kegunaan Exco kerajaan negeri Melaka bagi menggantikan Honda Accord sedia ada. Pembelian Toyota Camry 2019 yang setiap satunya mempunyai harga pasaran RM 188,763 itu disifatkan sebagai pemborosan oleh kerajaan negeri ketika negara sedang bergelut dengan pandemik COVID-19.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Toyota Camry 2.5V

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda