window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Bekas pekerja Mercedes-Benz mengamuk, pecahkan 50 van V-Class baru

Mersita ยท Jan 8, 2021 11:00 AM

Bekas pekerja Mercedes-Benz mengamuk, pecahkan 50 van V-Class baru 01

Dikala musim pandemik COVID-19, ramai yang tertekan dengan masalah kehilangan kerja dan ada yang tidak berpuas hati dengan cara mereka diberhentikan.

Pada malam tahun baru 31 Disember 2020, seorang lelaki berusia 38 tahun yang juga bekas pekerja syarikat automotif jenama mewah itu bertindak mencuri sebuah ‘backhoe’ dan menggunakannya untuk merosakkan 50 buah van Mercedes-Benz V-Class yang baru saja dihasilkan oleh kilang pemasangan Mercedes-Benz di Basque, Sepanyol.

Gambar: Twitter @aldamu

Gambar: Twitter @aldamu

‘Backhoe’ tersebut dicuri dari satu tapak kerja 21 km jauhnya dari kilang pemasangan tersebut dan pelaku tersebut nekad memandunya ke lokasi kejadian bagi meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap syarikat tersebut.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Angkara ini berlaku setelah pekerja-pekerja kilang itu melakukan demonstrasi bagi menentang skim syif baharu yang diamalkan oleh Mercedes kerana ia akan menyebabkan pelucutan jawatan pekerja sekitar 10% ke 15% di sana.

Kerosakan akibat kes amuk itu menyebabkan kerugian sebanyak lebih 2 juta Euro (sekitar RM 9,893,160.75). Pelaku tersebut juga dipercayai cuba untuk memecah masuk ke dalam kilang tersebut bagi merosakkan ‘assembly line’ atau barisan pemasangan kenderaan di sana.

Mercedes-Benz V-Class merupakan sebuah van/crossover MPV mewah 7 tempat duduk dengan harga bermula dari 29,000 Euro (sekitar RM 143,375.30) di pasaran Eropah. Ia dipadatkan dengan tren kuasa hibrid dan sistem suspensi udara Airmatic bagi keselesaan pemanduan yang dipertingkatkan.

Sumber berita: Carscoops

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda