window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Beli kereta Proton di laman web baru EON dan dapatkan Shell Voucher percuma

Mersita ยท Aug 12, 2021 09:00 AM

Beli kereta Proton di laman web baru EON dan dapatkan Shell Voucher percuma 01

Edaran Otomobil Nasional Berhad, atau lebih dikenali sebagai EON, baru saja memperkenalkan laman sesawang serba baru untuk pelanggan yang berhasrat untuk membeli kereta Proton baru. EON berharap untuk mencapai lebih ramai pelanggan menerusi laman sesawang baru didekasikan khas untuk Proton.

Dihasilkan dengan tumpuan terhadap pengalaman pengguna, anda boleh terokai senarai kegemaran mereka dengan mudah dan menempah pandu uji kereta Proton di pengedar pilihan menerusi laman sesawang ini. Selain dari itu, pelanggan Proton sedia ada juga boleh menggunakan laman sesawang ini untuk menempah temujanji servis kereta mereka.

Beli kereta Proton di laman web baru EON dan dapatkan Shell Voucher percuma 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ketua Pengedaran Automotif DRB-HICOM dan Ketua Pegawai Eksekutif EON, Akkbar Daniel, berharap yang laman sesawang ini bukan saja boleh membantu rangkaian hubungan pengedar untuk berkembang tapi juga membuatkan pembelian kereta secara atas-talian satu norma baru.

“Sebagai sebuah pengedar Proton paling besar di Malaysia, kami ada sasaran untuk menjadi pengedar automobil terpilih di seluruh negara dengan meletakkan diri kami di tempat yang betul dan membawa pelanggan ke hadapan ‘kedai’ kami,” kata Akkbar dalam satu kenyataan.

Beli kereta Proton di laman web baru EON dan dapatkan Shell Voucher percuma 01

“Menerusi laman sesawang ini, maklumat dan promosi paling tepat dan terkini berkenaan produk-produk kami boleh diperolehi dengan mudah oleh pelanggan baru dan sedia ada supaya mereka boleh membuat keputusan pembelian kereta yang terbaik.

“Kami juga mahu menawarkan pembeli di Malaysia dengan bilik pameran virtual untuk mencari dan menempah pelbagai jenis kereta Proton, walaupun bilik pameran ditutup berikutan apa-apa sebab,” tambah beliau.

Beli kereta Proton di laman web baru EON dan dapatkan Shell Voucher percuma 02

Tambahan pula, sempena pelancaran laman sesawang baharu ini, EON berganding bahu bersama Shell Malaysia untuk ‘Get Extra Joy’ dari kempen EON.

Semua pelanggan yang menempah dan mendaftarkan kereta Proton baharu mereka di pusat jualan EON bermula 1 Ogos sehingga 31 Oktober 2021 akan menerima satu baucar Shell yang boleh ditebus di semua stesen-stesen Shell dan kedai Shell Select di seluruh negara.

Beli kereta Proton di laman web baru EON dan dapatkan Shell Voucher percuma 03

Baucar ini sah digunakan bermula dari 1 September 2021 sehingga 28 Februari 2022.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda