window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Beli kereta terpakai 'online'? Ini cara elak terbeli kereta pernah kemalangan atau banjir

Mersita Ā· Jul 10, 2021 06:00 PM

Beli kereta terpakai 'online'? Ini cara elak terbeli kereta pernah kemalangan atau banjir 01

Seperti yang anda sedia maklum, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan pandemik COVID-19 telah serba sedikit menjejaskan jualan kereta baharu. Bukan saja kilang-kilang kereta yang diarah tutup, namun bilik-bilik pameran juga tidak tersenarai dalam sektor perniagaan perlu yang boleh beroperasi.

Memandangkan jualan kereta baharu telah menurun, pasaran kereta terpakai nampak gayanya melonjak naik. Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong juga berkata kereta terpakai terus menunjukkan prestasi jualan yang tinggi.

Baca juga: Penjualan kereta terpakai rancak walaupun Perintah Kawalan Pergerakan berterusan

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Beli kereta terpakai 'online'? Ini cara elak terbeli kereta pernah kemalangan atau banjir 01

Disebabkan PKP, pembeli yang mahukan kereta terpakai terpaksalah membelinya secara atas-talian/ā€™onlineā€™ saja.

Walaupun di hujung jari saja, pembeli pun wajib memeriksa kondisi kenderaan terlebih dahulu sebelum meneruskan pembelian. Gambar yang ditunjukkan penjual memanglah pada sudut cantik dan sempurna saja.

Bagaimana cara mengelakkan terbeli kereta pernah kemalangan?

Beli kereta terpakai 'online'? Ini cara elak terbeli kereta pernah kemalangan atau banjir 02

Besar kemungkinan banyak kereta yang pernah ā€˜total lossā€™ telah ditampal dan dibaiki semula sebelum dijual.

Kalau boleh, perkara pertama yang harus anda lakukan ialah dapatkan pengesahan samada kereta terpakai pilihan anda pernah melalui tuntutan insurans atau tidak.

Beli kereta terpakai 'online'? Ini cara elak terbeli kereta pernah kemalangan atau banjir 03

Bagi tujuan pengesahan, anda perlu mencatat nombor chassis atau Vehicle Identification Number (VIN) kereta berkenaan. Masukkan nombor ini di laman sesawang MyCarInfo, ikut langkah-langkah yang diberi, dan anda boleh dapatkan Vehicle Check Report (laporan pemeriksaan kereta).

Baca juga: Elak ditipu? Lihat VIN (nombor pengenalan) kereta yang anda mahu beli!

Beli kereta terpakai 'online'? Ini cara elak terbeli kereta pernah kemalangan atau banjir 04

Melalui laporan ini, anda boleh kesan samada pemilik asal kenderaan berkenaan pernah menuntut insurans untuk kereta itu ataupun tidak. Jika anda perlukan maklumat lebih lanjut seperti nama pemberi insurans ataupun tarikh kemalangan kereta tersebut, anda perlu membeli laporan komprehensif melalui laman sesawang tersebut. Kosnya ialah satu kredit (RM 6).

Beli kereta terpakai 'online'? Ini cara elak terbeli kereta pernah kemalangan atau banjir 05

Walaubagaimanapun, kaedah ini tidak menjamin 100% samada kereta berkenaan pernah terlibat kemalangan atau tidak kerana boleh jadi pemilik asalnya mengeluarkan belanja sendiri untuk membaiki kereta tersebut tanpa menggunakan khidmat insurans. Inilah cara sesetengah pemilik supaya rekod NCD (no claim discount) bersih suci.

Bagaimana pula cara mengesan kereta pernah tenggelam banjir?

Memandangkan anda tak dapat memeriksa kereta terpakai yang diingini secara fizikal, memastikan kereta belum pernah ditenggelami banjir sememangnya satu perkara sukar. Namun, masih ada beberapa petanda yang boleh anda periksa secara maya.

Beli kereta terpakai 'online'? Ini cara elak terbeli kereta pernah kemalangan atau banjir 06

Kesan pasir dan tanah pada ruang enjin. Gambar: Boost Brothers

Anda perlu cari petanda atau klu kecil seperti kesan tanah, lumpur atau pasir di dalam kereta. Selain itu, kereta sebegini juga mungkin ada kesan kulat di kerusi atau fabrik pintu. Jika ruang enjin ada kesan lumpur atau berpasir, ia boleh jadi petanda yang kereta tersebut pernah jadi ā€˜mangsaā€™ banjir.

Beli kereta terpakai 'online'? Ini cara elak terbeli kereta pernah kemalangan atau banjir 01

Kulat sana-sini. Gambar: 9thcivic.com

Apa-apa pun, pemeriksaan secara fizikal pastinya kaedah yang paling selamat bagi memastikan pembelian anda berbaloi-baloi. Anda juga boleh bawa rakan mekanik untuk bantu anda buat pemeriksaan.

Baca juga: Tips membeli kereta terpakai: 6 tanda kereta pernah mengalami kerosakan banjir

Baca juga: Tip beli kereta terpakai: 5 tanda kereta pernah terlibat kemalangan

Baca juga: Berminat dengan kereta terpakai tapi risau ā€˜mileageā€™ yang palsu? Ini 2 tips mudah untuk periksa!

Jaminan Pengembalian Wang oleh Carsome

Beli kereta terpakai 'online'? Ini cara elak terbeli kereta pernah kemalangan atau banjir 02

Jika anda betul-betul berminat untuk membeli kereta secara atas-talian dengan selamat dan tanpa risiko, anda boleh harapkan Carsomeā€™s Promise ā€“ termasuk waranti 1 tahun, proses pemeriksaan Carsome Certified, dan jaminan wang dikembalikan dalam masa 5 hari.

Beli kereta terpakai 'online'? Ini cara elak terbeli kereta pernah kemalangan atau banjir 03

Setiap buah kereta yang disenaraikan di laman sesawang Carsome disertai dengan gambar luaran dan dalaman kereta beresolusi tinggi supaya anda boleh perhatikan kondisi kereta di mana saja anda berada. Jika anda nak ā€˜zoom inā€™ bahagian kereta yang spesifik pun boleh!

Carsome juga menawarkan laporan pemeriksaan kenderaan yang terperinci.

Beli kereta terpakai 'online'? Ini cara elak terbeli kereta pernah kemalangan atau banjir 04

Laporan pemeriksaan kenderaan terperinci bukanlah ada di Carsome saja. Namun, jika anda gigih membanding-bandingkannya dengan platform sah lain, anda akan perasan laporan Carsome sebenarnya menyatakan cela dan/atau pembaikan kecil yang diperlukan. Laporan kenderaan di platform sah yang lain akan menyatakan kenderaan berkenaan serba-serbi bagus (boleh percaya?).

Beli kereta terpakai 'online'? Ini cara elak terbeli kereta pernah kemalangan atau banjir 05

Carsome juga menjalankan 175 titik pemeriksaan pada setiap kereta yang dijual bagi memastikan kenderaan ā€˜baruā€™ anda berada dalam keadaan tip-top.

Jika anda menjumpai kecacatan atau cela berkaitan kemalangan atau banjir dalam masa lima sehari selepas pembelian, Carsome akan memulangkan wang anda dan mengambil balik kereta terlibat tanpa sebarang pertanyaan/pengesahan. Pembelian kereta terpakai dengan Carsome memang tiada risiko.

Beli kereta terpakai 'online'? Ini cara elak terbeli kereta pernah kemalangan atau banjir 06

Kesimpulan

Pembelian kereta sewaktu pandemik sememangnya merisaukan kerana hampir mustahil untuk kita buat pemeriksaan atau melihat sendiri kereta yang diminati sebelum membuat pembelian.

Namun dengan Carsomeā€™s Promise, anda tak perlu terlalu risau walaupun anda tak boleh buat pemeriksaan sendiri. Lagipun, anda boleh pulangkan semula dengan mudah jika anda nampak kesan kemalangan atau banjir seperti yang kami huraikan di atas. Pastikan pembelian anda berbaloi, jom guna Carsome.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Ā  Jual kereta anda