window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Beli kereta terpakai/recond? Awas, ini caj-caj tersembunyi yang anda perlu tahu!

Mersita · Oct 29, 2022 02:00 PM

Beli kereta terpakai/recond? Awas, ini caj-caj tersembunyi yang anda perlu tahu! 01

Pasaran kereta terpakai dan ‘recond’ ternyata semakin rancak. Memang rambang mata melihat model-model menarik yang dijual dalam pasaran ini, terutamanya apabila kenderaan terpakai/recond dijual pada harga menarik dan lebih murah.

Tapi, awas! Walaupun harganya ‘meracun’ jiwa, ia barangkali tidak merangkumi fi atau caj tersembunyi secara menyeluruh yang kadangkala boleh mencecah tambahan RM 3,000 – RM 5,000 atas harga kereta. Apa caj tersembunyi yang boleh menyebabkan anda terpaksa membayar lebih daripada harga yang dipaparkan dan berapa banyakkah anggaran kos tambahan ini?

Fi pemprosesan

Beli kereta terpakai/recond? Awas, ini caj-caj tersembunyi yang anda perlu tahu! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Antara caj tambahan yang paling samar-samar kepastiannya adalah fi pemprosesan (processing fees). Fi ini seringkali dikenakan oleh penjual kereta – kadangkala boleh mencecah antara RM 500 hingga RM 700 – semata-mata untuk pengumpulan dan fotostat dokumen serta penghantaran ke bank.

Lebih menjengkelkan, kos perkhidmatan ini selalunya jauh lebih rendah daripada caj yang ditetapkan.

Juga baca: Tip beli kereta terpakai: 5 tanda kereta pernah terlibat kemalangan

Fi Puspakom

Beli kereta terpakai/recond? Awas, ini caj-caj tersembunyi yang anda perlu tahu! 01

Puspakom menjalankan ujian ‘rolling road’ sebagai sebahagian daripada pemeriksaan B7. Kredit foto

Walaupun setiap kenderaan terpakai/recond wajib diperiksa oleh Puspakom sebelum hakmilik dipindahkan kepada pembeli, penjual kenderaan ini selalunya mengenakan caj yang terlalu tinggi dan tidak masuk akal terutama sekali kepada pembeli yang kurang berpengetahuan.

Terdapat dua jenis pemeriksaan Puspakom bagi tujuan ini, iaitu B5 (pemindahan hakmilik) dan B7 (pemindahan hakmilik dengan pinjaman sewa-beli) – masing-masing memakan kos RM 30 dan RM 60. Bagaimanapun, penjual ‘cekik darah’ selalunya meminta bayaran RM 500 – kadangkala setinggi RM 750 dalam kes-kes tertentu – bagi kedua-dua jenis pemeriksaan ini.

Fi pemindahan

Beli kereta terpakai/recond? Awas, ini caj-caj tersembunyi yang anda perlu tahu! 02

Fi pemindahan hakmilik kenderaan ini dibayar kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi memindahkan hakmilik kenderaan terlibat kepada pemilik baharunya. Jika pembeli jalankan sendiri proses ini di kaunter JPJ, ia memakan kos RM 100 sahaja.

Bagaimanapun, segelintir penjual akan meminta sehingga RM 500 dari pembeli untuk tujuan pemindahan hak pemilikan ini, dan fi ini kekal sama tanpa mengira jenis kereta yang dijual – tak kisahlah untuk Toyota Alphard mahupun Perodua Myvi.

Juga baca: Tip beli kereta terpakai: 6 cara untuk periksa enjin

Fi eAuto

Beli kereta terpakai/recond? Awas, ini caj-caj tersembunyi yang anda perlu tahu! 03

Kredit foto

eAuto merupakan satu platform atas-talian yang membolehkan pengesahan biometrik jarak-jauh dibuat antara penjual dan pembeli. Sistem eAuto ini membolehkan kedua-dua pihak mengesahkan pemindahan hakmilik di pejabat atau kedai penjual tanpa perlu pergi ke kaunter JPJ.

Lagi sekali, kemudahan ini seringkali didatangkan dengan caj melampau. Pihak penjual selalunya meminta sehingga RM 400 untuk perkhidmatan eAuto ini, sedangkan penjual hanya perlu membayar RM 30 bagi setiap transaksi di platform ini.

Baru-baru ini, caj-caj dikenakan eAuto digabungkan sekali dengan fi pemindahan – seperti yang digambarkan dalam kes pemindahan hakmilik Honda City terpakai dalam rajah di atas – yang memakan kos RM 900.

Fi perjanjian

Beli kereta terpakai/recond? Awas, ini caj-caj tersembunyi yang anda perlu tahu! 04

Selain daripada fi-fi pemprosesan, segelintir penjual juga akan meminta ‘fi perjanjian’ untuk perjanjian pinjaman yang diproses oleh bank. Penjual hanya perlu mengeluarkan kos yang amat kecil untuk ‘stamping’ dokumen iaitu kira-kira RM 20, tapi ada kes dimana mereka meminta sehingga RM 500 untuk ‘perkhidmatan’ ini!

Penjual akan memberi alasan yang bayaran ini akan merangkumi penghantaran, mengamankan, dan menyusun dokumen sewa beli. Apa jua justifikasi yang diberi, caj 3 angka ini sememangnya tak masuk akal.

Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)

Beli kereta terpakai/recond? Awas, ini caj-caj tersembunyi yang anda perlu tahu! 05

Kredit foto

Jaga-jaga, segelintir penjual tamak sengaja mengenakan caj SST ketika menjual kereta terpakai. Usah tertipu – SST hanya boleh dikenakan untuk jual-beli kenderaan serba baharu. Tak perlu pandai-pandai bayar SST untuk kereta terpakai.

Dalam kes-kes sebegini, penjual akan mengenakan SST keatas harga tawaran kenderaan terpakai berkenaan yang bakal melonjakkan harganya 5 - 10 peratus daripada harga asal – ditambah pula dengan caj-caj lain yang dikenakan.

Apabila dicampur semua sekali, caj-caj tambahan ini boleh mencecah kira-kira RM 4,000 – RM 5,000 – tidak termasuk harga kereta.

Juga baca: Tip beli kereta terpakai: Macam mana nak pandu uji kereta terpakai?

Kesimpulan

Beli kereta terpakai/recond? Awas, ini caj-caj tersembunyi yang anda perlu tahu! 06

Terdapat dua sebab utama kenapa pembeli boleh ‘terperangkap’ dengan caj/fi melampau dalam urusan jual-beli kereta terpakai/recond.

Pertama; pembeli kurang berpengetahuan sehinggakan mereka percaya yang segala caj ini sama di mana-mana saja. Kedua; pembeli terlalu fokus kepada harga keseluruhan kereta yang dimahukan serta bayaran bulanannya sehingga tidak sedar akan caj-caj tersembunyi ini.

Beli kereta terpakai/recond? Awas, ini caj-caj tersembunyi yang anda perlu tahu! 07

Jika anda masih was-was, kami nasihatkan anda beli saja dari Carsome.

Walaupun kadangkala harga kereta yang diiklankan lebih mahal sedikit berbanding senarai harga yang dipaparkan dalam pasaran kereta terpakai, setiap satu kenderaan dari Carsome disertakan sekali dengan harga yang telus dan menyeluruh.

Ia termasuk sekali dengan segala kos-kos pemindahan dan hakmilik, melainkan kos-kos insurans yang berbeza mengikut kenderaan. Yang penting, harganya tidaklah begitu melampau dan semua kenderaan dipastikan berada dalam keadaan baik dan selamat.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda