window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Beli Perodua Kancil ERA ‘cash’ hasil simpanan 18 bulan, kereta idaman lelaki ini penuh ciri klasik!

Mersita · Jan 12, 2022 02:00 PM

Beli Perodua Kancil ERA ‘cash’ hasil simpanan 18 bulan, kereta idaman lelaki ini penuh ciri klasik! 01

Bagi kebanyakan orang, kereta idaman selalunya bermaksud kereta yang moden, selesa, dan ada macam-macam kelengkapan berteknologi tinggi. Berbeza pula bagi Uwais, seorang jejaka berusia 23 berasal dari Johor Bahru, yang mengidamkan sebuah Perodua Kancil sebagai kereta pertamanya!

Uwais yang dahulunya kesana kemari sambil bekerja di Melaka dengan hanya menaiki motosikal sudah berjaya membeli sebuah Perodua Kancil ERA terpakai dengan hasil simpanannya selama kira-kira 18 bulan, lapor World of Buzz.

Beli Perodua Kancil ERA ‘cash’ hasil simpanan 18 bulan, kereta idaman lelaki ini penuh ciri klasik! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Berbekalkan dana RM 5,500, Uwais berjaya membeli kereta lejen ini yang serba-serbi masih dalam keadaan baik dan ‘original’ dari seorang penjual di Bachang, Melaka.

Katanya, antara sebab dia memilih Kancil ialah kerana kos penjagaannya yang rendah serta ketersediaan alat ganti yang ada di mana-mana dan memudahkan pemilikan kereta sebegini. Lebih penting, dia lega kereta ini sudah menjadi miliknya 100 peratus dan bebas hutang, katanya lagi kepada WOB.

Baca juga: Sejarah Perodua Kancil – 25 tahun yang mencipta kenangan rakyat Malaysia

Beli Perodua Kancil ERA ‘cash’ hasil simpanan 18 bulan, kereta idaman lelaki ini penuh ciri klasik! 01

Dalam satu video dimuatnaik di laman TikToknya, Uwais membuat ‘review’ Perodua Kancil ERA yang baru dibelinya dan ternyata, kebanyakan komponen kereta masih dalam keadaan asal!

Dari papan pemukanya yang unik, pemain radio dan kaset, kemasan tempat duduk, ‘tonneau cover’ langsir belakang– semuanya dijaga dengan elok oleh pemilik asal. Logo ikonik ‘Kancil Lompat’ masih menghiasi stereng asalnya, pelapik kaki, serta pemantul belakang dengan efek timbul.

@uwais.smile Reply to @mhdhash_ ♬ original sound - MuhdUwais

Diakui, agak jarang untuk kita dapatkan Kancil yang dijaga dengan baik tanpa ubahsuai atau ‘convert Mira’ seperti kebanyakan Kancil masa kini.

Sebagai info, Perodua Kancil ERA dilancarkan pada 28 Oktober 1995 oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad ketika berlangsungnya Langkawi International Motor Show (LIMS).

Baca juga: Mengimbau kenangan: Perodua Kancil 1994-1996, kecil-kecil cili padi - serba boleh!

Beli Perodua Kancil ERA ‘cash’ hasil simpanan 18 bulan, kereta idaman lelaki ini penuh ciri klasik! 02

Tangkap layar video dari TikTok @uwais.smile

Berbekalkan enjin Perodua Kancil 850 cc yang sama, Kancil ERA didatangkan khas dengan kemasan cat dwi-tona hitam dan perak, dilengkapi dengan rim aloi Enkei 5 penjuru bersaiz 12 inci.

Unit Kancil ERA yang diperolehi Uwais cukup sempurna sifatnya, dan ia sekadar memerlukan penjagaan seperti gas penghawa dingin serta pemain audio baru. Selain dari itu, unit ‘stock’ ini punyai banyak potensi dan pastinya, Kancil sememangnya amat seronok untuk dipandu.

Jangan sangka kereta lama tak ada 'harga'; Kancil cukup dekat di hati rakyat Malaysia dan sudah mencapai tahap 'lejen' sehingga menjadi koleksi berharga.

Baca juga: Pemilik Bugatti Divo warganegara Malaysia ini nak buat Perodua Kancil sebagai koleksi beliau

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda