window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Beli tayar Continental dapat angpau TnG RM 100? Ini cara untuk dapat dan tebus!

Mersita Β· Jan 10, 2023 11:00 AM

Beli tayar Continental dapat angpau TnG RM 100? Ini cara untuk dapat dan tebus! 01

Sempena menyambut ketibaan Tahun Baru Cina, Continental Tyre Malaysia kini menawarkan rebat ganjaran angpau e-dompet Touch 'n Go (TnG) kepada mereka yang mahukan tayar baru dari Continental sebagai permulaan 'ong' tahun Arnab kali ini.

Mulai hari ini sehingga 15 Februari, dapatkan baucar e-dompet TnG apabila anda membeli minimum dua tayar jenama Continental bersaiz 14” dan ke atas di mana-mana pengedar yang mengambil bahagian di seluruh negara atau di kedai Shopee rasmi Continental.

Beli tayar Continental dapat angpau TnG RM 100? Ini cara untuk dapat dan tebus! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pelanggan yang membeli tayar berukuran antara 14” dan 15” akan menerima RM 20 untuk dua tayar dan RM 40 untuk empat tayar. Mereka yang membeli tayar bersaiz 16” dan ke atas pula layak menerima RM 50 untuk dua tayar dan RM 100 untuk empat tayar! Perlu diingatkan yang promosi ini terpakai untuk pembelian tayar kereta penumpang dan 4x4 sahaja.

Beli tayar Continental dapat angpau TnG RM 100? Ini cara untuk dapat dan tebus! 01

Untuk menebus baucar e-dompet TnG ini, pelanggan hanya perlu mengikuti tiga langkah mudah seperti berikut:

1. Imbas kod QR yang disediakan di kedai pengedar yang mengambil bahagian

2. Daftar butiran dan kemukakan resit pembelian

3. Pelanggan akan menerima status penebusan dan angpau e-dompet akan dikreditkan secara automatik ke dalam e-dompet Touch β€˜n Go mereka.

Beli tayar Continental dapat angpau TnG RM 100? Ini cara untuk dapat dan tebus! 02

Pengarah Urusan Continental Tyre Malaysia, Andrea Somorova berkata, β€œDengan cuti hujung tahun baru-baru ini dan cuti Tahun Baru Cina yang akan datang, ramai rakyat Malaysia mengambil peluang untuk melancong di dalam negara bagi menyambut perayaan dan akan menghabiskan banyak masa memandu di atas jalan.

"Dengan kempen Tahun Baru Cina Continental, kami mahu menggalakkan para pemandu agar memeriksa tayar mereka dan menukarnya supaya mereka dapat menikmati sepenuhnya perayaan yang akan datang di samping memastikan diri sendiri, keluarga dan orang yang tersayang selamat semasa melakukan perjalanan.”

Beli tayar Continental dapat angpau TnG RM 100? Ini cara untuk dapat dan tebus! 03

Turut termasuk dalam kempen Tahun Baru Cina kali ini ialah UltraContact UC7 yang dilancarkan baru-baru ini, produk Generasi ke-7 Continental yang pertama di Malaysia, sebuah tayar untuk semua jenis keadaan yang mengutamakan jarak brek lebih pendek dan cengkaman yang cemerlang di atas jalan basah, dengan penekanan terhadap keselesaan bunyi yang luar biasa dan hayat pemanduan yang panjang. Dicipta untuk pelbagai jenis kenderaan, UC7 boleh didapati dalam saiz 15” hingga 18” dan sesuai untuk kereta bersaiz sederhana, MPV dan sedan mewah.

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai kempen tersebut, sila layari www.continental-marketing.com.my atau kunjungi laman Facebook rasmi Continental di www.facebook.com/continental.malaysia.  

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda