window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Belum dihasilkan, tapi Honda ADV 350 dah ada pencabar baharu!

Khairil ยท Jul 29, 2021 07:00 PM

Belum dihasilkan, tapi Honda ADV 350 dah ada pencabar baharu! 01

Andai berpandukan tanda dagang yang didaftar Honda Motor Jepun yang tertiris baru-baru ini, penghasilan skuter 'kembara' ADV 350 bukan lagi satu spekulasi.

Sekalipun tidak banyak maklumat mengenai jentera berkenaan diperoleh, namun dijangkakan ia akan tampil dengan rekaan yang menyerupai 'adik-beradiknya' yang lain seperti ADV 150 atau X-ADV 750.

Juga baca: Bukan lagi 'khabar angin', tanda dagang Honda ADV 350 sudah didaftar!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Belum dihasilkan, tapi Honda ADV 350 dah ada pencabar baharu! 01

Dokumen paten Honda ADV 350

Dari sudut trenkuasa pula, ia dijangka menggunakan satu lagi model skuter keluaan Honda iaitu Forza 350 sebagai platform bersama talaan yang berbeza beserta teknologi yang sepatutnya ada pada skuter ADV.

 Juga baca: Honda ADV 150 kini di Malaysia!

Sekalipun reka bentuknya masih lagi menjadi teka-teki dengan Honda sememangnya pandai menjaga rahsia, tetapi tular imej grafik ketika ini yang pada awalnya dijangkakan motosikal berkenaan.

Belum dihasilkan, tapi Honda ADV 350 dah ada pencabar baharu! 02

Namun selepas diteliti, dan sekalipun ia sememangnya mirip Honda ADV 150, ia begitupun adalah imej model skuter terbaharu keluaran syarikat pengeluar China iaitu Ningbo Longjia Motorcycle Co. Ltd.

Imej berkenaan dikongsikan di laman Facebook Vanhoe Rage dan turut mendapat liputan media automotif antarabangsa.

Belum dihasilkan, tapi Honda ADV 350 dah ada pencabar baharu! 03

Apapun, bukan sesuatu yang pelik di mana syarikat dari China meniru rekaan menarik model jenama Jepun, Eropah mahupun India yang hangat di pasaran.

Begitupun untuk situasi Longjia, ia tampak sedikit maju ke depan dengan merancang untuk menghasilkan model yang baharu saja dipatenkan.

Juga baca: Giliran Malaysia terima Honda X-ADV 750 2021, harga asas RM 67,799!

Sebelum ini, satu lagi syarikat pembikin motosikal China, Dayang turut mengklon Honda ADV 150 yang datang dengan beberapa teknologi menarik seperti kamera depan dan belakang.

Belum dihasilkan, tapi Honda ADV 350 dah ada pencabar baharu! 04

Berbalik kepada reka bentuk keseluruhan skuter ADV Longjia itu, sekalipun ia mirip Honda ADV 150, namun ia tampak lebih sporty, kompleks dan gagah.

Belum dihasilkan, tapi Honda ADV 350 dah ada pencabar baharu! 05

Justeru, ia berkemungkinan datang dengan sesaran enjin lebih besar melebihi sesaran 250 cc menggunakan platform enjin dari jenama Taiwan. Apapun, setakat ini segala-galanya masih spekulasi jadi kita teruskan 'menonton'.

Sumber imej: FB Vanhoe Rage

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda