window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Belum sampai sebulan, 2023 Toyota Innova Zenix baharu terima permintaan sehingga ratusan unit sehari!

Haris Β· Dec 19, 2022 03:00 PM

Belum sampai sebulan, 2023 Toyota Innova Zenix baharu terima permintaan sehingga ratusan unit sehari! 01

  • Toyota Kijang Innova Zenix mencatatkan jualan pukal sebanyak 1,364 unit pada November 2022.
  • Belum termasuk jualan Kijang Innova model lama.
  • Paling banyak Toyota Innova Zenix varian non-hybrid.

Toyota Kijang Innova Zenix telah dilancarkan secara rasmi pada 21 November 2022. MPV yang membawa nama lagenda Toyota Kijang ini boleh didapati dalam pilihan enjin petrol dan hibrid, serta pelbagai ciri terkini.

Belum sampai sebulan, 2023 Toyota Innova Zenix baharu terima permintaan sehingga ratusan unit sehari! 02

Tanpa perlu mengambil masa lama, PT Toyota Astra Motor (TAM) membuktikan bahawa Toyota Innova Zenix boleh diterima baik oleh pasaran. Hal ini dapat dilihat daripada laporan jualan pukal (penghantaran dari kilang kepada pengedar) untuk Toyota Innova Zenix yang telah mencecah lebih seribu unit.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Belum sampai sebulan, 2023 Toyota Innova Zenix baharu terima permintaan sehingga ratusan unit sehari! 01

Perasmian produksi Toyota Innova Zenix di kilang Kerawang, Indonesia.

Berdasarkan data GAIKINDO, 1,364 unit Toyota Kijang Innova Zenix telah dihantar kepada pengedar setakat 30 November 2022. Jika dikira daripada jadual pelancaran rasmi, bermakna Toyota menghantar sekitar 130 unit Innova Zenix kepada pengedar setiap hari.

Belum sampai sebulan, 2023 Toyota Innova Zenix baharu terima permintaan sehingga ratusan unit sehari! 02

Walaubagaimanapun, berbanding bulan-bulan sebelumnya, angka jualan pukal yang dicapai oleh MPV sederhana Toyota ini nampaknya menurun secara mendadak. Hal ini kerana biasanya penghantaran Toyota Innova adalah sebanyak 3,000-4,000 unit sebulan.

Baca: Hibrid pemberi peluang, Toyota Innova Zenix 2023 akan dieskport ke lebih 40 pasaran serata dunia!

Belum sampai sebulan, 2023 Toyota Innova Zenix baharu terima permintaan sehingga ratusan unit sehari! 03

Daripada jumlah unit Toyota Innova Zenix yang dihantar pada November 2022, kebanyakannya disumbangkan oleh varian enjin petrol bukan hibrid. Jumlahnya ialah 740 unit, manakala bagi varian enjin hibrid hanya 624 unit.

Jika diperincikan, varian enjin bukan hibrid didominasi oleh model varian V petrol CVT dengan 434 unit. Manakala daripada varian enjin hibrid, paling banyak disumbangkan oleh varian Q hybrid CVT sebanyak 339 unit.

Belum sampai sebulan, 2023 Toyota Innova Zenix baharu terima permintaan sehingga ratusan unit sehari! 04

Toyota Innova Zenix tersedia dalam varian enjin biasa dengan harga antara Rp 419 juta hingga Rp 467 juta. Manakala varian enjin hibrid pula dipasarkan pada julat harga Rp 458 - Rp 611 juta. Harga ini adalah on-the-road di Jakarta, Bekasi dan Banten. Perinciannya adalah seperti berikut:

  • 2023 Toyota Innova 2.0 G - Rp 419 juta (RM 121,880)
  • 2023 Toyota Innova 2.0 G Hybrid - Rp 458 juta (RM 133,224)
  • 2023 Toyota Innova 2.0 V - Rp 467 juta (RM 135,842)
  • 2023 Toyota Innova 2.0 V Hybrid - Rp 522 juta (RM 151,841)
  • 2023 Toyota Innova 2.0 Q Hybrid - Rp 601 juta (RM 174,821)

Baca: Spesifikasi lagi tinggi daripada Indonesia, Toyota Innova 2023 dilancar di India dengan nama HyCross

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Innova Upcoming

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda