window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Benarkah Suzuki V100 jadi buruan sekarang, harga kini cecah RM 7k?

Haris ยท Nov 29, 2021 05:00 PM

Benarkah Suzuki V100 jadi buruan sekarang, harga kini cecah RM 7k? 01

Suzuki mungkin telah mengumumkan kepulangannya kembali ke Malaysia namun adakah harga jualan semula Suzuki kini meningkat disebabkan itu? Terbaru, laporan akhbar Kosmo mendakwa bahawa harga Suzuki V100 kini mencecah RM 7k, suatu harga yang sangat tinggi untuk sebuah skuter yang  berumur 20 tahun.

Walaubagaimanapun, tinjauan mudah di laman e-dagang mendapati bahawa kebanyakan Suzuki V100 masih dijual pada harga sekitar RM 3k.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Benarkah Suzuki V100 jadi buruan sekarang, harga kini cecah RM 7k? 01

Kiri: Suzuki V100. Kanan: Suzuki VS125

Model Suzuki V100 menjadi buruan disebabkan oleh enjin 2-lejang yang sudah lama ditamatkan pengeluaran berikutan daripada piawai pelepasan karbon yang lebih ketat. Umum mengetahui karakter enjin 2 lejang yang mengeluarkan asap dengan sangat banyak, sehingga terma ‘makan asap’ adalah berdasarkan karakter ini.

Untuk sebuah negara yang mahu meningkatkan angka kenderaan elektrik untuk mengurangkan pengeluaran karbon dioksida dengan cara memberi insentif, nampaknya tiada insentif kepada rakyat marhaen yang mahu menukar daripada enjin 2-lejang kepada 4-lejang biasa.

Baca: BMW Malaysia puji kerajaan atas pengecualian cukai 0% untuk kenderaan EV bateri

Benarkah Suzuki V100 jadi buruan sekarang, harga kini cecah RM 7k? 02

Ketahanan yang tiada tandingan

Selain daripada tamat pengeluaran dan masih dikuasakan dengan enjin 2-lejang, terdapat juga satu aspek yang meningkatkan lagi harga skuter ini. Status JDM (Japanese Domestic Market).

Suzuki V100 dijual di Jepun dengan nama Suzuki Address V100 dan tentunya status JDM turut membawakan versi-versi lain ibarat Type R, TRD dan Nismo untuk sebuah kereta.

Selain itu, terdapat juga aksesori-aksesori yang menarik daripada Ohlins, Showa dan sebagainya. Seperti model Y15 dan LC135, aksesori aftermarket turut menjadi pemacu kepada harga yang tidak masuk akal sesebuah model.

Benarkah Suzuki V100 jadi buruan sekarang, harga kini cecah RM 7k? 03

Menurut Muhammad Khir yang memiliki Suzuki V100 sejak 10 tahun yang lepas, sebenarnya harga bagi Suzuki V100 sememangnya sudah tinggi sejak dahulu lagi. Hal ini bermakna, harga Suzuki V100 bukan baru-baru ini naik tapi sudah lama naik.

Seperti biasa, ia berikutan daripada penamatan pengeluaran skuter tersebut dan kesemua aspek yang dijelaskan di atas.

Namun untuk mengatakan bahawa Suzuki V100 menjadi buruan sekarang adalah kurang tepat. Ia sudah lama menjadi buruan dan mungkin kehadiran media sosial yang menggembar-gemburkan status Suzuki V100 menjadikan skuter ini dicari semula oleh pembeli. Justeru, harga yang dilihat sekarang mungkin sekali disebabkan oleh kepupusan skuter ini disebabkan oleh usia, kemalangan dan sebagainya.

Baca: Suzuki Belang, Suzuki GSX-R150 dan GSX-S150 diacah oleh Suzuki Malaysia, pelancaran tahun 2022!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda