window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Benda LFC700 dilancar di China, enjin 4 Silinder Sebaris, harga bermula RM 24,958!

Khairil ยท Jul 5, 2021 09:00 PM

Benda LFC700 dilancar di China, enjin 4 Silinder Sebaris, harga bermula RM 24,958! 01

Selepas tampil dalam bentuk konsep pada tahun lalu, syarikat pengeluar motosikal China, Benda akhirnya melancarkan versi produksi motosikal 'Kruiser' dengan reka bentuk futuristik dikenali LFC700.

Juga baca: 'Ganas' betul harga Benelli 1200GT 2021 di China, separuh daripada BMW R 1250 RT!

Dipertontonkan sebagai model konsep LF-01 di Pameran Perdagangan Motosikal Antarabangsa China tahun lalu, ia sememangnya berjaya menarik perhatian menerusi rekaannya yang gagah dan moden terutama tayar belakangnya yang besar.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Benda LFC700 dilancar di China, enjin 4 Silinder Sebaris, harga bermula RM 24,958! 01

Untuk LFC700, dua varian diumumkan untuk pasaran domestik China iaitu Standard dan High Power.

Varian Standard dijual pada tanda harga CNY¥ 38,800 (RM 24,958) manakala varian lebih premium iaitu High Power dijual pada harga CNY¥ 45,800 (RM 29,461).

Juga baca: QJ Motor lancar Chase 700, jentera 'Naked' streetfighter bersesaran 700 cc!

Kedua-dua varian menggunakan trenkuasa yang sama iaitu enjin bersesaran 680 cc, 4 Silinder Sebaris, Suntikan Bahan Api Elektronik dan Penyejuk Cecair, konfigurasi yang unik untuk motosikal dalam segmen kruiser.

Benda LFC700 dilancar di China, enjin 4 Silinder Sebaris, harga bermula RM 24,958! 02

Begitupun, kuasa yang dihasilkan kedua-dua varian adalah berbeza iaitu 83 Hp pada 10,000 rpm bersama tork 59.6 Nm untuk Standard dan 90 Hp pada 11,000 rpm dengan angka tork 62 Nm bagi High Power.

Benda LFC700 dilancar di China, enjin 4 Silinder Sebaris, harga bermula RM 24,958! 03

Kuasa itu disalurkan ke tayar belakang menerusi rantai dengan transmisi manual 6 kelajuan.

Disebabkan jumlah kuasa yang adalah berbeza di antara kedua-dua varian, Benda mendakwa varian Standard mempunyai kelajuan maksimum 170 kmj manakala High Power lebih bertenaga iaitu 195 kmj.

Benda LFC700 dilancar di China, enjin 4 Silinder Sebaris, harga bermula RM 24,958! 04

Selain talaan yang berbeza di bahagian trenkuasa, varian High Power juga mempunyai pelbagai ciri-ciri menarik yang tidak dipadankan kepada varian Standard.

Benda LFC700 dilancar di China, enjin 4 Silinder Sebaris, harga bermula RM 24,958! 05

Sebagai permulaan, ia memperoleh sistem klac 'Slipper assist', sistem suspensi menggunakan jenama KYB dengan fork jenis terbalik (USD) dan monoshock boleh laras di bahagian belakang.

Benda LFC700 dilancar di China, enjin 4 Silinder Sebaris, harga bermula RM 24,958! 06

Ia turut dipadankan dengan sistem brek dari jenama Brembo di mana varian Standard menggunakan brek dari jenama Nissin. Tetapi kedua-duanya varian datang dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

Juga baca: CFMoto 700CL-X tiba di Malaysia tahun ini?

Tidak seperti model konsep Benda LF-01, versi produksi LFC700 tidak dipasangkan dengan sistem canggih 'Ride-by-wire' dan 'Cruise control'. Antara alasan mengapa ciri berkenaan tidak dipasang berkemungkinan untuk pengurangan kos.

Benda LFC700 dilancar di China, enjin 4 Silinder Sebaris, harga bermula RM 24,958! 07

Seperti motosikal kruiser lain yang terkenal dengan perjalanan jarak jauh yang santai, LFC700 dipadankan dengan tangki minyak berkapasiti 20 liter.

Benda LFC700 dilancar di China, enjin 4 Silinder Sebaris, harga bermula RM 24,958! 08

Ciri-ciri lain adalah ia menggunakan paparan instrumen kluster TFT berwarna penuh siap dengan sistem navigasi serta sistem lampu penuh daripada LED.

Selepas tampil di pasaran China, jentera ini dijangka akan menerjah pasaran global terutama di pasaran Eropah.

Sumber: Visordown

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda