Benda LFS700 Tang Knife, reka bentuk, spesikasi premium, harga 'marhaen'!

Khairil · Jul 12, 2021 03:00 PM

Benda LFS700 Tang Knife, reka bentuk, spesikasi premium, harga 'marhaen'! 01

Susah untuk menafikan motosikal terbaharu buatan syarikat pengeluar motosikal China, Benda sememangnya sarat dengan tarikan. Untuk yang gemarkan jentera bergaya 'naked', Benda menawarkan model LFS700 Tang Knife.

Juga baca: Benda LFC700 dilancar di China, enjin 4 Silinder Sebaris, harga bermula RM 24,958!

Seperti model kruiser LFC700 yang berjaya mengejutkan ramai pengkritik, rekaan LFS700 Tang Knife juga boleh ditakrifkan sebagai 'super moden' atau futuristik namun tidaklah begitu keterlaluan.

Benda LFS700 Tang Knife, reka bentuk, spesikasi premium, harga 'marhaen'! 01

Sekalipun mengaplikasi rekaan neo-retro yang tampak radikal dengan garisan tajam dan maskular di bahagian panel badan, ia sememangnya cukup berbeza dengan motosikal yang biasa dilihat di jalanan sebelum ini namun sedap mata memandang dan 'kacak'.

Menambah tarikan LFS700 Tang Knife selain reka bentuk yang berinovasi, ia turut dilengkapkan dengan spesifikasi dianggap premium.

Juga baca: 'Ganas' betul harga Benelli 1200GT 2021 di China, separuh daripada BMW R 1250 RT!

Benda LFS700 Tang Knife, reka bentuk, spesikasi premium, harga 'marhaen'! 02

Menggunakan trenkuasa bersesaran 680 cc, 4 Silinder Sebaris, sama seperti trenkuasa LFC700, kuasa yang dihasilkan iaitu 94 Hp boleh dianggap sebagai cukup baik.

Dan tidak salah juga untuk menyatakan ia setaraf dengan pesaingnya terutama Honda CB650R dari sudut prestasi.

Benda LFS700 Tang Knife, reka bentuk, spesikasi premium, harga 'marhaen'! 03

Enjin itu kemudian dipadankan dengan sistem transmisi 6 kelajuan manual yang turut lengkap dengan klac 'Slipper-assist'.

Juga baca: QJ Motor lancar Chase 700, jentera 'Naked' streetfighter bersesaran 700 cc!

Antara komponen premium yang turut dipadankan kepada Benda LFS700 Tang Knife ialah dari sudut suspensi. Ia menggunakan fork jenis terbalik (USD) dengan monoshock boleh laras di bahagian belakang.

Benda LFS700 Tang Knife, reka bentuk, spesikasi premium, harga 'marhaen'! 04

Di bahagian roda, sistem henti menggunakan brek cakera berganda di bahagian depan dan cakera tunggal di bahagian belakang dari jenama cukup popular, Brembo.

Ia kemudian dimantapkan dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) di kedua-dua roda.

Benda LFS700 Tang Knife, reka bentuk, spesikasi premium, harga 'marhaen'! 05

Seperti motosikal moden lain, Benda LFS700 Tang Knife menggunakan sistem lampu penuh LED dan paparan panel meter TFT berwarna penuh.

Untuk persoalan utama iaitu mengenai harganya, Benda LFS700 Tang Knife dilancarkan pada harga CNY 38,800 (RM 25,110) di pasaran China.

Benda LFS700 Tang Knife, reka bentuk, spesikasi premium, harga 'marhaen'! 06

Dan berdasarkan kepada reka bentuk, gaya, spesikasi, tidak dapat dinafikan yang motosikal ini mampu menjadi pencabar dalam segmen berkenaan jika dilancarkan di pasaran global termasuk Malaysia jika kena dengan caranya.

Sumber: Visordown

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

Perbincangang Trending

Komen

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru