window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Benelli 752S 2021 tiba di Malaysia, harga ditawarkan RM37,888

Khairil ยท Feb 8, 2021 12:30 PM

Benelli 752S 2021 tiba di Malaysia, harga ditawarkan RM37,888 01

Bersaing dalam segmen yang agak kompetitif, Benelli Malaysia akhirnya melancarkan motosikal naked berkuasanya, Benelli 752S 2021 di pasaran tempatan dengan tawaran harga menarik RM37,888.

Harga berkenaan begitupun adalah asas yang tidak termasuk yuran pendaftaran, insuran dan cukai jalan.

Benelli 752S 2021 tiba di Malaysia, harga ditawarkan RM37,888 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tampil dengan gaya jentera naked gagah dan moden, jentera yang diperkenalkan di kepada global pada 2018 itu boleh didapati dalam tiga pilihan warna yang menarik iaitu Hijau (Green), Merah (Red) dan Hitam (Black).

Benelli 752S 2021 tiba di Malaysia, harga ditawarkan RM37,888 01

Di pasaran tempatan, antara pesaing Benelli 752S dalam kelas yang sama adalah sepertie Yamaha MT-07  Ducati Monster, Triumph 765, and Yamaha  MT-07, Honda CB650R, KTM Duke 690 R dan Kawasaki Z800 ABS.

Mengikut spesifikasi, Benelli 752S dilengkapi enjin bersesaran 754cc, 2 Silinder, Sejukan Cecair, 4 Lejang yang dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan.

Benelli 752S 2021 tiba di Malaysia, harga ditawarkan RM37,888 02

Justeru, ia mampu menghasilkan kuasa yang memuaskan iaitu setinggi 76 Hp pada 8,500 rpm dengan tork 67 Nm pada 6,500rpm.

Benelli 752S 2021 tiba di Malaysia, harga ditawarkan RM37,888 03

Dari sudut tunggangan, Benelli 752S dilengkapi fork depan jenis terbalik dengan diameter 50 mm dari jenama  Marzocchi manakala ukuran kelegaan suspensi depan keseluruhannya ialah 130 mm.

Di bahagian belakang, lengan ayunnya digandingkan dengan suspensi monoshock yang boleh dilaras dengan jarak kelegaan 60 mm.

Benelli 752S 2021 tiba di Malaysia, harga ditawarkan RM37,888 04

Lebih menarik, sistem brek Benelli 752S menggunakan brek daripada jenama Brembo dengan dua cakera berkembar separuh terapung 320 mm dengan kaliper empat piston manakala bahagian roda belakang menggunakan cakera 260 mm di  dengan kaliper terapung dua piston.

Sistem brek berprestasi tinggi itu kemudian dilengkapkan dengan sistem ABS dua saluran.

Benelli 752S 2021 tiba di Malaysia, harga ditawarkan RM37,888 05

Bagi menambah gaya, rim roda aloi aluminium 17 inci kemudian dipasangkan tayar berukuran 120/70-17 dan 180/55-17.

Selain itu, antara ciri-ciri lain adalah seperti sistem lampu LED penuh, paparan panel meter digital TFT, tangki bahan api berkapasiti 14.5 liter, ketinggian tempat duduk 810 mm dan berat 226 kg.

Benelli 752S 2021 tiba di Malaysia, harga ditawarkan RM37,888 06

Bagi meningkatkan lagi minat pembeli, Benelli menawarkan tempoh jaminan yang baik iaitu selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000 km, yang mana tiba lebih dahulu.

Benelli 752S 2021 tiba di Malaysia, harga ditawarkan RM37,888 07

Sebagai info, motosikal jenama Benelli di Malaysia diedarkan oleh MForce Bike Holdings Sdn. Bhd yang turut mengedarkan beberapa jenama motosikal lain seperti SYM, Keeway, WMoto, SM Sport, Brixton Motorcycles dan NIU.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda