window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Benelli paten tanda nama R18i! 'Super Moped' ganti RFS150i guna enjin 180 cc?

Khairil ยท Feb 17, 2021 07:00 PM

Benelli paten tanda nama R18i! 'Super Moped' ganti RFS150i guna enjin 180 cc? 01

Umum mengetahui Benelli Malaysia bakal melancarkan sebuah model moped baharu bagi menggantikan Benelli RFS150i yang sudah mulai 'berusia' di pasaran tempatan tidak lama lagi.

Kali terakhir model 'Super Moped' jenama Itali yang bersaing dengan nama-nama besar seperti Yamaha Y15ZR, Honda RS150R dan SYM VF3i 185 itu diberikan naik taraf adalah pada 2019 yang lalu.

Begitupun, tiada perubahan besar ditambah kepada jentera yang dilancarkan buat pertama kali pada 2017 itu terutama dari sudut sesaran enjin atau teknologi.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Berdasarkan paparan video teaser yang dibuat di laman rasmi Facebook Benelli Malaysia pada 1 Januari lalu, ia menulis “New excitement will hit into the local market in Q1 of 2021!”

Benelli paten tanda nama R18i! 'Super Moped' ganti RFS150i guna enjin 180 cc? 01

Justeru, pelancarannya dijangka berlangsung pada Mac ini namun persoalan yang berlegar apakah pembaharuan yang akan ditampilkan.

Dan ramai berpendapat ia bakal menggunakan enjin bersesaran lebih tinggi bagi terus berdaya saing dan pandangan itu dikuatkan dengan carian yang dibuat oleh WapCar di laman Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Benelli paten tanda nama R18i! 'Super Moped' ganti RFS150i guna enjin 180 cc? 02

Menerusi carian itu, kami mendapati bahawa tanda nama R18i sudah pun didaftarkan oleh Benelli sekaligus menguatkan model moped terbaharu Benelli itu bakal lebih berkuasa iaitu 180 cc.

Ia juga selaras dengan salah satu hashtag Benelli Malaysia dalam video teaser berkenaan iaitu #intheblinkofaneye yang memberi bayangan motosikal berkenaan akan lebih laju berbanding model sedia ada.

Benelli paten tanda nama R18i! 'Super Moped' ganti RFS150i guna enjin 180 cc? 03

Untuk melakukannya, antara perkara paling mudah ialah dengan meningkatkan sesaran enjin.

 Bagi syarikat sebesar Benelli, untuk menaiktaraf enjin bukan sesuatu yang sukar dan mereka mempunyai segala kemudahan, kepakaran atau teknologi untuk melakukannya.

Benelli paten tanda nama R18i! 'Super Moped' ganti RFS150i guna enjin 180 cc? 04

Bagi Benelli juga, peningkatan itu penting untuk dilakukan mereka untuk terus bersaing dalam segmen Super Moped yang agak sengit ketika ini kerana sekalipun model sedia ada menggunakan teknologi lebih moden dan terkini berbanding pesaingnya, ia tetap sukar memberikan cabaran.

Benelli paten tanda nama R18i! 'Super Moped' ganti RFS150i guna enjin 180 cc? 05

Sumber imej: Vanhoe Rage

Sebagai contoh, antara daya penarik RFS150i ketika ini dengan menggunakan teknologi lebih moden seperti penggunaan tiga palam pencucuh dikenali B3SP dan fork terbalik serta harga lebih kompetitif masih belum benar-benar menggiurkan pengguna.

Benelli paten tanda nama R18i! 'Super Moped' ganti RFS150i guna enjin 180 cc? 06

Apapun, sehingga kini perkara itu masih bermain teka-teki dan pihak Benelli Malaysia memang pandai 'mengunci mulut' mereka. Jadi, tunggu sajalah pelancarannya yang dijangka pada Mac, atau lebih awal. Sama-sama kita nantikan.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda