window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Benelli pertontonkan 'abang' TRK 502, TRK 800 2022 di EICMA 2021, apa yang menarik?

Khairil · Dec 1, 2021 09:00 AM

Benelli pertontonkan 'abang' TRK 502, TRK 800 2022 di EICMA 2021, apa yang menarik? 01

Susulan tarikan yang dicetuskan serta penerimaan baik terhadap jentera 'Adventure' keluaran Benelli, TRK 502, ramai yang ternanti-nanti penawaran lebih bertenaga daripada jenama berkenaan. 

Dan sempena pameran EICMA 2021 yang baru melabuhkan tirainya, jenama Itali milik China itu tampil mempekenalkan 'abang' kepada TRK 502 iaitu TRK 800 2022.  

Juga baca: Benelli TRK 502 'laku keras' di Itali, hanya perlu 6 bulan atasi keseluruhan jualan 2020!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Benelli pertontonkan 'abang' TRK 502, TRK 800 2022 di EICMA 2021, apa yang menarik? 01

Sebagai model yang dicanang akan merubah nasib dan persepsi terhadap produk syarikat berkenaan, Benelli TRK 800 2022 mendapat pelbagai 'layanan' istimewa antaranya ia direka di Benelli Style Centre dan dibangunkan di House of Leoncino di Pesaro, Itali.

Benelli pertontonkan 'abang' TRK 502, TRK 800 2022 di EICMA 2021, apa yang menarik? 02

Bagi menjadikannya lebih istimewa dan dianggap sebagai model yang penting, Benelli TRK 800 2022 dilancarkan sempena ulang tahun ke-110 syarikat berkenaan.

Juga baca: Rebiu pemilik: Benelli TRK502X V2, 'tak berat', ia sahabat karib saya!

Benelli pertontonkan 'abang' TRK 502, TRK 800 2022 di EICMA 2021, apa yang menarik? 03

Sebagai rekod, sekalipun Benelli ketika ini dimiliki firma China (Qianjiang), TRK 502 kembali diterima termasuk di negara kelahirannya, Itali dan menjadi model 'ADV' terlaris sejak dua tahun lalu.

Benelli pertontonkan 'abang' TRK 502, TRK 800 2022 di EICMA 2021, apa yang menarik? 04

Dari sudut reka bentuk, Benelli TRK 800 2022 masih mengekalkan rekaan 'sasa' dan garang 'adiknya' terutama dengan penggunaan 'paruh' (mudguard) ikonik namun tampak tidak terlalu keterlaluan. 

Juga baca: Benelli TRK502 2021 tiba di Thailand, 4 warna, harga RM 30,225!

Benelli pertontonkan 'abang' TRK 502, TRK 800 2022 di EICMA 2021, apa yang menarik? 05

Sekalipun tampak lebih 'kecil' berbanding TRK 502 di dalam gambar, TRK 800 2022 sebenarnya mempunyai dimensi yang lebih besar berbanding 'adiknya' itu terutama dari sudut ketinggian dan lebar.

Benelli pertontonkan 'abang' TRK 502, TRK 800 2022 di EICMA 2021, apa yang menarik? 06

Seperti namanya, Benelli TRK 800 2022 tampil dengan enjin bersesaran 754 cc, Parallel Twin, DOHC, 8 Injap, Penyejuk Cecair yang turut digunakan model Leoncino 800 dan digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan bersama klac 'Assist/slipper'.

Benelli pertontonkan 'abang' TRK 502, TRK 800 2022 di EICMA 2021, apa yang menarik? 07

Kuasa yang dihasilkan adalah setinggi 76.2 Hp pada 8,500 rpm dan 67 Nm pada 6,500 rpm. Sebagai perbandingan, TRK 502 mengeluarkan kuasa 46.9 Hp dan tork 45 Nm.

Benelli pertontonkan 'abang' TRK 502, TRK 800 2022 di EICMA 2021, apa yang menarik? 08

Terkenal sebagai jentera ADV yang lincah dan tidak sukar dikendalikan sekali pun 'besar', Benelli mengekalkan penggunaan kerangka dari jenis 'Trestle steel tubes'.

Juga baca: 'Ganas' betul harga Benelli 1200GT 2021 di China, separuh daripada BMW R 1250 RT!

Benelli pertontonkan 'abang' TRK 502, TRK 800 2022 di EICMA 2021, apa yang menarik? 09

Bagi menjamin kualiti tunggangan, Benelli TRK 800 2022 dipadankan dengan sistem suspensi yang baik. Ia menggunakan fork jenis terbalik (USD) jenama Marzocchi 50 mm dengan ciri boleh laras (rebound/compression) manakala suspensi belakang jenis penyerap hentak tunggal boleh laras (preload/damping).

Benelli pertontonkan 'abang' TRK 502, TRK 800 2022 di EICMA 2021, apa yang menarik? 10

Sistem henti menggunakan cakera berganda bersaiz 320 mm dengan kaliper Brembo 4 piston (depan) dan cakera tunggal 260 mm bersama kaliper Brembo 1 piston (belakang). Set roda pula adalah 110/80-19 (depan) dan 150/70-17 (belakang). Ia lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

Benelli pertontonkan 'abang' TRK 502, TRK 800 2022 di EICMA 2021, apa yang menarik? 11

Antara yang paling dialu-alukan adalah kapasiti tangki bahan api sebesar 21 liter yang sesuai bagi tunggangan kembara jarak jauh.

Benelli pertontonkan 'abang' TRK 502, TRK 800 2022 di EICMA 2021, apa yang menarik? 12

Informasi lain adalah adalah seperti panel meter TFT 7 inci, berat kering 226 kg (sama dengan BMW R 1250 GS) dan ketinggian pelana 834 mm. 

Juga baca: Benelli 752S 2021 tiba di Malaysia, harga ditawarkan RM 37,888

Sekalipun diperkenalkan ketika EICMA 2021, Benelli berkata TRK 800 2022 hanya akan mula berada di pasaran pada pertengahan 2022. 

Benelli pertontonkan 'abang' TRK 502, TRK 800 2022 di EICMA 2021, apa yang menarik? 13

Di Malaysia, Benelli TRK 502 boleh dianggap antara model pilihan penggemar kembara disebabkan saiz, teknologi serta dipadankan kepada jentera ini dan jika TRK 800 2022 menjengah, ia pasti satu pilihan yang menarik untuk dipertimbangkan.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda