window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Benelli RSF 150i 'naik pangkat'. Enjin lebih berkuasa?

Khairil ยท Feb 4, 2021 09:00 AM

Benelli RSF 150i 'naik pangkat'. Enjin lebih berkuasa? 01

Kali terakhir 'pemain' dalam kategori Super Moped, Benelli RSF 150i dikemaskini adalah pada 2019 lalu. Justeru, motosikal jenama dari Itali itu dikatakan akan dinaiktaraf pada tahun ini.

Perkembangan menarik itu bukan satu spekulasi namun sudah pun dikongsikan Benelli sendiri dalam laman Facebook rasmi mereka menerusi video pendek 'teaser' baru-baru ini.

Berdasarkan gambar berkenaan, antara pembaharuan yang ketara pastinya rekaan bahagian depan terutama lampu depan yang akan berwajah baharu. Begitupun, ia tidak begitu mengujakan kerana foto yang mirip dengan 'teaser' itu sudah tular sejak 2019 lalu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Menurut laporan daripada laman web automotif tempatan, Benelli dijadual akan melancarkan jentera tersebut pada Suku Pertama tahun ini.

Benelli RSF 150i 'naik pangkat'. Enjin lebih berkuasa? 01

Begitupun, selain daripada peningkatan 'reka bentuk', apa yang lebih menarik perhatian adalah dakwaan yang syarikat berkenaan didakwa mungkin turut menaiktaraf kuasa enjin motosikal berkenaan.

Benelli RSF 150i 'naik pangkat'. Enjin lebih berkuasa? 02

Sumber gambar : Vanhoe Rage

Perkembangan itu, sekalipun masih belum boleh dipastikan keasliannya jelas mencetuskan keterujaan malah timbul spekulasi yang ia bakal sama ada akan menggunakan enjin berkuasa 200cc atau 180cc.

Benelli RSF 150i 'naik pangkat'. Enjin lebih berkuasa? 03

Selain peningkatan dari sudut kuasa enjin, antara naik taraf lain yang dikatakan akan dibuat ialah ia bakal menggunakan teknologi DOHC.

Benelli RSF 150i 'naik pangkat'. Enjin lebih berkuasa? 04

Ketika ini, 'kuasa besar' dalam segmen Super Moped iaitu Yahama Y15ZR akan mendapat naik taraf menerusi pelancaran Yamaha Exciter 155 VVA di Vietnam manakala Honda berkemungkinan akan membawa masuk model Winner X bagi menggantikan RS150R.

Benelli RSF 150i 'naik pangkat'. Enjin lebih berkuasa? 05

Satu lagi pemain dalam segmen berkenaan, SYM VF3i 185 mempunyai kekuatan sendiri dengan menggunakan enjin lebih berkuasa selain dipadankan dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

Benelli RSF 150i 'naik pangkat'. Enjin lebih berkuasa? 06

Seperti model sedia ada, RSF 150i menggunakan teknologi lebih moden dan terkini berbanding pesaingnya terutama dengan teknologi tiga palam pencucuh dikenali B3SP dan penggunaan fork terbalik.

Benelli RSF 150i 'naik pangkat'. Enjin lebih berkuasa? 07

Begitupun, sekali pun dilihat memiliki pakej lebih lengkap berbanding pesaingnya, ia tetap ketinggalan terutama dari sudut populariti sekali pun tiba dengan harga yang cukup kompetitif.

Jika khabar angin berkenaan peningkatan kuasa enjin itu benar, banyak perubahan yang perlu dilakukan Benelli termasuk mempertingkatkan ciri-ciri keselamatan, penggunaan Sistem Traction Control dan sebagainya.

Benelli RSF 150i 'naik pangkat'. Enjin lebih berkuasa? 08

Ketika ini, perkembangan itu masih berstatus khabar angin kerana Benelli Malaysia atau MForce Bike Holdings selaku pengedar rasmi masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenainya.

Benelli RSF 150i 'naik pangkat'. Enjin lebih berkuasa? 09

Apapun, untuk menjawab segala persoalan ini, kita tunggu saja pelancaran Benelli RSF baharu nanti.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda