window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Benelli tingkat persaingan, 'abang' TRK502, TRK702 sedia dijual di China!

Khairil ยท Oct 24, 2021 02:00 PM

Benelli tingkat persaingan, 'abang' TRK502, TRK702 sedia dijual di China! 01

Susulan populariti yang diraih jentera 'Adventure touring' Benelli TRK502, syarikat pengeluar motosikal Itali milik China itu bakal melancarkan 'abang' kepada model berkenaan, Benelli TRK702.

Ia bukan lagi satu khabar angin selepas imej lengkap dan dokumen kelulusan motosikal berkenaan sudah pun terdedah dengan ia dikatakan berada di fasa akhir untuk dijual di pasaran negara Tembok Besar itu.

Juga baca: Benelli TRK 502 'laku keras' di Itali, hanya perlu 6 bulan atasi keseluruhan jualan 2020!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Benelli tingkat persaingan, 'abang' TRK502, TRK702 sedia dijual di China! 01

Sebagai model yang berjaya menguasai penjualan model 'Adventure touring' di negara asalnya Itali, tahun lalu, tidak dapat dinafikan kehebatan dimiliki Benelli TRK502 namun ramai yang dikatakan 'tidak puas' dengan kuasa dimiliki jentera berkenaan.

Justeru seperti namanya, Benelli TRK702 dipadankan dengan trenkuasa yang lebih berkuasa iaitu enjin 693 cc Parallel Twin yang dibina oleh Benelli sendiri.

Juga baca: Rebiu pemilik: Benelli TRK502X V2, 'tak berat', ia sahabat karib saya!

Tidak banyak input mengenai trenkuasa didedahkan namun ia mampu menghasilkan kuasa sekitar 75 Hp namun berdasarkan rekaan, ia tampak tidak begitu berbeza berbanding TRK502.

Benelli tingkat persaingan, 'abang' TRK502, TRK702 sedia dijual di China! 02

Ia berikutan perkongsian beberapa komponen termasuk kerangka, fairing depan, tangki bahan api, pelana kedua-dua model berkenaan.

Juga baca: Benelli TRK502 2021 tiba di Thailand, 4 warna, harga RM 30,225!

Begitupun, TRK702 akan menggunakan lengan ayun aloi yang baharu untuk mengimbangi peningkatan kuasa model berkenaan. Untuk TRK502, kuasa yang dihasilkan adalah 47 Hp.

Benelli tingkat persaingan, 'abang' TRK502, TRK702 sedia dijual di China! 03

Seperti TRK502 juga, TRK702 akan memiliki dua versi termasuk 'X' yang lebih 'lasak'. Untuk versi 'street', ia akan menggunakan rim aloi bersaiz 17 inci depan dan belakang. Versi 'X' pula akan menggunakan rim bersaiz 19 di bahagian roda depan.

Sekalipun lebih berkuasa, saiz tayar yang digunakan juga sama dengan TRK502 iaitu 120/70ZR-17 (depan) dan 160/60ZR-17 (Belakang) manakala model 'X' dipadankan dengan 110/80R-19 (depan) dan 150/70R-17 (Belakang). 

Juga baca: 'Ganas' betul harga Benelli 1200GT 2021 di China, separuh daripada BMW R 1250 RT!

Seperti yang ditunjukkan di imej motosikal berkenaan, sistem brek akan menggunakan kaliper Brembo lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan suspensi menggunakan fork USD. 

Benelli tingkat persaingan, 'abang' TRK502, TRK702 sedia dijual di China! 04

Dan menariknya, TRK702 lebih ringan berbanding TRK502 iaitu 220 kg berbanding 235 kg bagi model 'adiknya'. Dan seperti TRK502, komponen aksesori seperti kotak bagasi.

Begitupun, TRK702 ini bukanlah model yang dikatakan akan mencabar model lebih berkuasa dan popular seperti BMW F 800 GS dan Yamaha Tenere 700 dengan model berkenaan masih berada dalam proses pembangunan  di Itali dan bakal dikenali sebagai TRK750 atau TRK800.


 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda