window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Bengang dengan tipu helah pesaing, Mercedes-Benz Thailand bocorkan jualan Q1 2021 yang sebenar!

Faisal · Apr 30, 2021 05:00 PM

Bengang dengan tipu helah pesaing, Mercedes-Benz Thailand bocorkan jualan Q1 2021 yang sebenar! 01

Dengan pendaftaran kenderaan sebanyak 3,178 unit untuk suku pertama tahun 2021, Mercedes-Benz Thailand telah cantas kedudukan BMW sebagai jenama automotif mewah nombor 1 di Thailand. Rekod ini disahkan sendiri oleh Department of Land Transport di Thailand.

Menariknya, analisis jualan ini belum lagi mengira tempahan yang diperoleh dari Bangkok Motor Show 2021 yang berlangsung pada bulan Mac yang lepas.

Bagi anda yang belum tahu, BMW telah memegang takhta sebagai jenama kereta mewah nombor 1 di Thailand selama 19 tahun berturut-turut.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bengang dengan tipu helah pesaing, Mercedes-Benz Thailand bocorkan jualan Q1 2021 yang sebenar! 01

Analisis rasmi yang diberikan oleh ‘JPJ’ Thailand ini adalah sesuatu yang besar buat Mercedes-Benz di Thailand. Disebabkan oleh piawaian dalaman, kesemua pejabat jualan Mercedes-Benz tidak lagi melaporkan rekod jualan tempatan mereka kepada pihak media kecualilah ia disahkan oleh pihak berkuasa.

Bengang dengan tipu helah pesaing, Mercedes-Benz Thailand bocorkan jualan Q1 2021 yang sebenar! 02

Bercakap mengenai piawaian, Mercedes-Benz menegaskan bahawa sesetengah pesaing tidak telus sama sekali. Mereka sering melaporkan prestasi jualan yang tinggi kepada pihak media supaya dianggap lebih berjaya.

Bengang dengan tipu helah pesaing, Mercedes-Benz Thailand bocorkan jualan Q1 2021 yang sebenar! 03

Pengesahan angka jualan di Thailand agak sukar kerana pemilik kereta diberi tempoh 6 bulan sebelum mendaftarkan kenderaan mereka. Dalam tempoh tersebut, mereka boleh gunakan nombor perdagangan berwarna merah.

Bermula tahun ini, kesemua pejabat jualan Mercedes-Benz hanya akan kongsikan jumlah pendaftaran kenderaan yang dikemukakan oleh pihak berkuasa negara tersebut, bukannya dari analisis dalaman mereka sendiri. Kalau anda nak tahu, pengeluar sering kira ikut jumlah kenderaan yang dihantar ke pengedar, bukanya jumlah yang diserahkan kepada pelanggan.

Apapun, Mercedes-Benz Malaysia (MBM) tidak lagi kongsikan prestasi jualan mereka kecualilah dari pihak JPJ sendiri. Namun begitu, pangkalan data JPJ untuk analisis pendaftaran kenderaan tidak ditetapkan untuk perolehan data yang mudah, seperti jenama dan model misalnya. Untuk maklumat anda, MBM sudah lama akur dengan keputusan yang melibatkan JPJ dan Malaysia Automotive Association (MAA) seperti ini.

Bengang dengan tipu helah pesaing, Mercedes-Benz Thailand bocorkan jualan Q1 2021 yang sebenar! 04

Malah, mereka tidak kisah dengan mana-mana tanggapan mengenai jenama manakah yang berada di nombor 1. Apa yang menjadi keutamaan ialah syarikat mereka menjual kereta secukupnya untuk peroleh keuntungan.

Bengang dengan tipu helah pesaing, Mercedes-Benz Thailand bocorkan jualan Q1 2021 yang sebenar! 05

Roland Folger, mantan CEO MBM yang kini adalah CEO Mercedes-Benz Thailand.

Menurut CEO Mercedes-Benz Thailand, pasaran di sana bakal ditawarkan sekurangnya-kurangnya dengan 15 pelancaran lagi, termasuklah beberapa varian hibrid plug-in pada tahun ini.

Bengang dengan tipu helah pesaing, Mercedes-Benz Thailand bocorkan jualan Q1 2021 yang sebenar! 06

Pada masa yang sama, Mercedes-Benz Thailand telahpun melancarkan kempen ‘Charge to Change’ yang mana ia menggalakkan pemilik kenderaan hibrid plug-in (PHEV) untuk mengecas kenderaan mereka dengan lebih kerap.

Dengan mengira fakta bahawa kebanyakan pemilik PHEV tidak langsung mengecas kenderaan mereka, Mercedes-Benz Thailand telah menyediakan 150 pengecas Wallbox di hotel dan pusat membeli belah utama secara percuma.

Bengang dengan tipu helah pesaing, Mercedes-Benz Thailand bocorkan jualan Q1 2021 yang sebenar! 07

Sehingga kini, Mercedes-Benz Thailand telah berjaya menjual model PHEV sebanyak 20,000 unit.

Kenderaan PHEV Mercedes-Benz yang ditawarkan di sana merangkumi 9 varian yang mana ia terdiri daripada model seperti:

  • C300e
  • E300e
  • S560e
  • GLC 300e
  • GLC 300e Coupe
  • GLE 350 de

Bengang dengan tipu helah pesaing, Mercedes-Benz Thailand bocorkan jualan Q1 2021 yang sebenar! 08

Di samping itu, syarikat ini sedang mengoperasikan kilang pemasangan bateri hibrid yang bernilai RM 497 juta yang mana ia terletak di pinggiran Bangkok.

Selain Jerman (Kamenz) dan China (Beijing), Thailand adalah negara ketiga yang menghasilkan bateri hibrid untuk Mercedes-Benz.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda