window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Bengkel tak sanggup terima kereta mangsa banjir di KL, bekalan alat ganti terhad

Mersita · Mar 10, 2022 07:00 PM

Bengkel tak sanggup terima kereta mangsa banjir di KL, bekalan alat ganti terhad 01

Banjir kilat yang melanda Lembah Klang pada Isnin mengakibatkan banyak kerosakan dan seperti yang dijangka, bengkel serta pusat servis kenderaan dihujani permintaan sehinggakan mereka tak menang tangan.

Menurut laporan CarSifu, beberapa pusat servis kenderaan di sekitar ibu kota mengakui terpaksa menolak permintaan pemilik kereta yang rosak akibat banjir pada Isnin disebabkan lambakan kereta yang perlu dibaiki akibat banjir teruk pada Disember tahun lalu.

Bengkel tak sanggup terima kereta mangsa banjir di KL, bekalan alat ganti terhad 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Salah seorang wakil daripada pusat servis berkenaan memberitahu portal itu mereka tidak dapat menjamin tempoh masa yang diperlukan untuk membaiki kereta pelanggan dan alat ganti juga sukar untuk diperolehi sejak kebelakangan ini, terutama sekali bagi kenderaan lama.

Ada juga kenderaan yang terpaksa ditunda ke rumah pemiliknya kerana bengkel sudah terlalu sesak dengan kereta rosak disebabkan banjir.

Baca juga: Menteri – Diibarat hujan lebih sebulan tetapi dalam masa 2 jam, itulah punca KL banjir

Selain itu, pengendali kereta tunda juga dilaporkan terpaksa bekerja siang malam bagi memenuhi permintaan pelanggan. Ada juga pelanggan yang meminta kereta mereka ditunda sejauh bandaraya Klang dan ini melambatkan jadual tunda mereka, lapor portal berkenaan.

Bengkel tak sanggup terima kereta mangsa banjir di KL, bekalan alat ganti terhad 01

Pada petang Isnin, hujan lebat melanda sebahagian kawasan Sungai Buloh dan Kuala Lumpur sehingga mengakibatkan banjir kilat dan menenggelamkan banyak kereta. Gambar dan video menunjukkan kenderaan tenggelam akibat banjir tular di media sosial; antara yang paling teruk dilihat berlaku di Kuchai Link dan sekitar KLCC.

Baca juga: (Video) Kuala Lumpur banjir lagi - kawasan seperti pusat bandar, Kuchai Lama ditenggelami air

Bengkel tak sanggup terima kereta mangsa banjir di KL, bekalan alat ganti terhad 02

Pada malam hari Jumaat 17 Disember 2021 pula, beberapa kawasan di pantai barat Semenanjung Malaysia termasuklah Kuala Lumpur dan Selangor, dilanda bah besar susulan hujan lebat yang dikatakan berlaku sekali setiap 100 tahun. Bencana alam ini mengakibatkan banyak kerosakan dan malangnya, 54 kehilangan nyawa.

Baca juga:

Lebih 50,000 kereta dijangka tersadai. Mampukah mangsa banjir baiki kereta tenggelam?

Kenapa banjir besar Shah Alam tak beri kesan pada Perodua seteruk Proton? Ini sebabnya.

Masalah banjir kilat: DBKL lantik konsultan untuk reka semula longkang dan parit di Lembah Klang!

KL ‘selamat’ kerana terowong SMART lencongkan 5 juta meter padu air banjir

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda