window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Bentuk Toyota Corolla Altis generasi baharu akan iras model mewah Crown, Prius & EV bZ3?

Faisal · Mar 9, 2023 01:00 PM

Bentuk Toyota Corolla Altis generasi baharu akan iras model mewah Crown, Prius & EV bZ3? 01

Lakaran dari Theottle.

Menurut sumber terbaru dari Creative Trend, Toyota Corolla generasi seterusnya (Altis di pasaran kita) akan debut sekitar tahun 2025 dan prototaipnya dijangka muncul seawal tahun ini atau 2024. Kata mereka juga, Corolla baharu akan kekal menggunakan platform TNGA-C tapi dengan beberapa pembaharuan. Satu lagi perkara menarik adalah reka bentuknya dikatakan menerapkan unsur fastback, bukan lagi macam sedan konvensional.

Bentuk Toyota Corolla Altis generasi baharu akan iras model mewah Crown, Prius & EV bZ3? 02

Keluarga Toyota Crown generasi baru.

Kalau anda perasan, reka bentuk model serba baharu akan mengikut unsur dari model terkini yang sesuatu jenama kereta ada. Jadi, bagaimana agaknya rupa paras Toyota Corolla baharu nanti?

Bentuk Toyota Corolla Altis generasi baharu akan iras model mewah Crown, Prius & EV bZ3? 03

Kereta elektrik Toyota bZ3 di pasaran China.

Baru-baru ini, Theottle ada mengeluarkan satu lakaran yang berupa sebuah Corolla tapi dengan wajah yang diinspirasi oleh reka bentuk Toyota Crown. Sekali pandang, nampak iras EV Toyota BZ3 di China pula.

Juga bacaRasmi: Toyota bZ3 dari RM 120k, kereta elektrik (EV) yang lebih murah daripada Corolla Cross Hybrid!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bentuk Toyota Corolla Altis generasi baharu akan iras model mewah Crown, Prius & EV bZ3? 01

Melihat pada lakaran beliau, bahagian belakangnya turut menerapkan elemen reka bentuk dari Toyota Crown dan ditambah pula dengan warna bumbung dan tiang A dan C yang dihitamkan, memang boleh jadi idaman ramai. Kalaulah Corolla baharu sememangnya ada unsur-unsur ini, pasti Honda Civic boleh tergugat teruk.

Bentuk Toyota Corolla Altis generasi baharu akan iras model mewah Crown, Prius & EV bZ3? 02

Apapun, butiran mengenai bahagian dalamnya masih belum ada. Untuk itu, teruskan ikuti perkembangan kami dari semasa ke semasa.

Juga baca: Dengan harga di bawah RM 150k, Toyota Corolla Altis memang antara sedan paling selesa di pasaran!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Toyota Corolla Altis 1.8E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda