Berapa 'top speed' Yamaha Exciter 155 VVA standard? Ini jawapannya!

Khairil · Jan 26, 2021 05:00 PM

Berapa 'top speed' Yamaha Exciter 155 VVA standard? Ini jawapannya! 01

Ketika Yamaha Exciter 155 VVA dilancarkan di Vietnam dengan pelbagai pembaharuan dan naik taraf, antara persoalan bermain di fikiran pastinya mengenai kelajuan jentera popular berkenaan.

Menurut Yamaha Vietnam, enjin baharu Exciter 155 VVA (155cc) yang menggunakan transmisi enam kelajuan beserta klac slip & assist itu mampu menghasilkan kuasa 17.7Hp pada 9,500 rpm dan 14.4 Nm tork pada 8,000 rpm.

Berapa 'top speed' Yamaha Exciter 155 VVA standard? Ini jawapannya! 02

Ia adalah peningkatan yang agak besar berbanding versi sebelum ini iaitu Yamaha Y15ZR V2 (150cc) yang ada di Malaysia yang memiliki kuasa 15.1Hp pada 8,500 rpm dan 13.8 Nm tork pada 7,000 rpm.

Berapa 'top speed' Yamaha Exciter 155 VVA standard? Ini jawapannya! 01

Justeru berdasarkan data berkenaan, bukan sesuatu yang mengejutkan jika kelajuannya meningkat.

Seperti diketahui, beberapa motosikal berkenaan sudah pun berada di negara ini yang didatangkan secara terus dari Vietnam dan salah satunya adalah milik ESR Motor.

Berapa 'top speed' Yamaha Exciter 155 VVA standard? Ini jawapannya! 02

Berapa 'top speed' Yamaha Exciter 155 VVA standard? Ini jawapannya! 03

Kehadiran jentera itu pantas mendapat perhatian dan tular di media sosial dengan pelbagai persoalan diajukan kepada pemiliknya termasuk berapakah kelajuan jentera berkenaan.

Sebagai info, model yang dibawa oleh ESR Motor adalah Yamaha Exciter 155 VVA 2021 varian GP Edition yang juga varian tertinggi motosikal berkenaan di pasaran Vietnam.

Berapa 'top speed' Yamaha Exciter 155 VVA standard? Ini jawapannya! 04

Dan bagi menjawab soalan berkenaan, ESR Motor melakukan ujian kelajuan dan hasilnya, jentera Yamaha Exciter 155 VVA itu berupaya mencatatkan kelajuan maksimum berdasarkan GPS (Global Positioning System) pada angka 135 kmj.

Berapa 'top speed' Yamaha Exciter 155 VVA standard? Ini jawapannya! 05

Angka berkenaan apabila ditukar kepada kelajuan meter motosikal asal yang pastinya lebih ringan, ia berada dalam lingkungan 145 kmj.

Menurut ESR Motor, motosikal yang diuji itu tidak menjalani sebarang pengubahsuaian dan masih kekal dalam keadaan standard. Begitupun, kelajuan berkenaan turut bergantung kepada pelbagai faktor tetapi adakah ia cukup memuaskan hati peminatnya di negara ini?

Berapa 'top speed' Yamaha Exciter 155 VVA standard? Ini jawapannya! 06

Jika melakukan pencarian di YouTube, sudah ada pelbagai video yang memperlihatkan tahap kelajuannya di Vietnam dan ada yang menunjukkan ia sememangnya mampu mencecah kelajuan 145kmj (mengikut meter).

Belum dapat dipastikan bila Hong Leong Yamaha Motor akan melancarkan motosikal berkenaan di sini namun pastinya, video berkenaan berjaya mendatangkan resah buat peminatnya.

Sumber imej, video: ESR MOTOR

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

Perbincangang Trending

Komen

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru