window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Berbekalkan 224 PS & 550 Nm, Toyota Hilux GR Sport 2022 ialah buku kepada ruas si Ford Ranger Raptor

Mersita · Feb 18, 2022 10:14 AM

Berbekalkan 224 PS & 550 Nm, Toyota Hilux GR Sport 2022 ialah buku kepada ruas si Ford Ranger Raptor 01

Kredit foto: Citizen.co.za

22 Februari telah ditetapkan sebagai tarikh debut global Ford Ranger Raptor 2022, varian paling ‘hot’ dalam rangkaian trak pikap Ford yang diperbaharui baru-baru ini. Namun, satu pesaing dari Jepun menjenguk dengan rancangannya tersendiri.

Berbekalkan 224 PS & 550 Nm, Toyota Hilux GR Sport 2022 ialah buku kepada ruas si Ford Ranger Raptor 02

Muncul si Toyota Hilux GR Sport 2022, yang baru sahaja dipratonton di Afrika Selatan. Pastinya, bagi peminat ‘bakkie’ (terma mereka untuk trak pikap di sana), perkara paling penting ialah tenaganya: enjin turbodiesel 2.8 liter ini mampu menjana 224 PS dan 550 Nm.

Baca juga: Gambaran dekat: Toyota Hilux GR Sport 2021 – betul-betul lagi padu daripada Hilux Rogue?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Berbekalkan 224 PS & 550 Nm, Toyota Hilux GR Sport 2022 ialah buku kepada ruas si Ford Ranger Raptor 01

Prestasi ini kira-kira 10 peratus lebih tinggi berbanding Hilux asas iaitu 204 PS dan 500 Nm, angka yang serupa dengan Hilux Rogue di Malaysia. Kalau nak diikutkan, tork 500 Nm dah cukup tinggi, tapi apa salahnya kalau ia ditambah lagi.

Baca juga: Rebiu ringkas: Toyota Hilux Rogue 2020 – Trak pikap yang serba lengkap?

Berbekalkan 224 PS & 550 Nm, Toyota Hilux GR Sport 2022 ialah buku kepada ruas si Ford Ranger Raptor 02

Selalunya, item berjenama GR membuatkannya Hilux paling ‘hot’ setakat ini. Foto oleh: Adventure Afrika

Secara amnya, Hilux GR Sport tiada apa-apa pembaharuan, memandangkan Thailand sudah menerima unit mereka terlebih dahulu. Tetapi, model pasaran Thai sekadar ada penambahan visual yang ringkas dan pada masa sama, trenkuasanya tiada perubahan.

Masih belum dapat dipastikan samada peningkatan kuasa ini hanya akan diberi pada pasaran Afrika, ataupun akan melarat ke pasaran lain. Toyota akan memperkenalkan Hilux GR Sport di Afrika Selatan pada sekitar bulan Mei. Pada masa itulah spesifikasi penuhnya akan didedahkan.

Baca juga: Toyota Hilux 'hardcore' dengan enjin V6 Land Cruiser 300 bertanding dalam rali Dakar 2022

Berbekalkan 224 PS & 550 Nm, Toyota Hilux GR Sport 2022 ialah buku kepada ruas si Ford Ranger Raptor 03

Berbincang tentang pembaharuan dibawa oleh Toyota untuk Malaysia, kita akan disajikan dengan Toyota Camry facelift 2022 hari ini. Ikut kami rapat-rapat untuk perkembangan seterusnya.

Baca juga: UMWT tayang ‘teaser’ kedua Toyota Camry 2022 - bampar baru, kamera parkir 360 darjah

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Hilux GR Sport 2.8 AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda