window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

'Berduka' di Qatar, Valentino Rossi tak janji kebangkitan segera di MotoGP Portugal!

Khairil ยท Apr 13, 2021 01:30 PM

'Berduka' di Qatar, Valentino Rossi tak janji kebangkitan segera di MotoGP Portugal! 01

Selepas dua pusingan MotoGP di Qatar, keputusan yang dibawa pulang legenda MotoGP Itali, Valentino Rossi boleh disifatkan sebagai mengecewakan.

Sekalipun berjaya menamatkan perlumbaan pusingan pertama di kelompok pungutan mata (tangga ke-12) di GP Qatar, pelumba pasukan Petronas Yamaha SRT itu menghuni kedudukan ke-16 pada perlumbaan kedua, GP Doha.

'Berduka' di Qatar, Valentino Rossi tak janji kebangkitan segera di MotoGP Portugal! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dan menjelang perlumbaan pusingan tiga di Portugal minggu ini, juara dunia sembilan kali itu mengakui dia tidak yakin prestasi buruk yang dikutipnya di Qatar boleh diperbaiki serta merta ketika saingan berkenaan beralih ke Eropah.

"Saya tidak tahu, kerana setiap tahun perubahan yang dibuat terlalu banyak," kata Rossi ketika ditanya jika dia menjangkakan prestasinya akan bertambah baik pada perlumbaan di Eropah.

'Berduka' di Qatar, Valentino Rossi tak janji kebangkitan segera di MotoGP Portugal! 01

"Apapun, di Eropah ada banyak litar yang bagus untuk saya. Jadi kami berharap apabila kami kembali ke Eropah, kami boleh menjadi lebih kuat.

"Dalam perlumbaan, kami menemui beberapa tetapan yang berbeza bagi elektronik di mana saya mampu untuk kekal dalam kelajuan dengan lebih konsisten. Namun malangnya, kami menemuinya pada waktu pagi dan posisi saya pada permulaan amat buruk.

'Berduka' di Qatar, Valentino Rossi tak janji kebangkitan segera di MotoGP Portugal! 02

"Kini ia sukar kerana semua pelumba, semua pelumba amat hebat dan berada dalam jarak 10 saat (pemenang) dan pelumba di kedudukan ke-15. Kami perlu memberi tumpuan kepada litar lumba yang lain bermula di Portimao, kami cuba untuk mendapatkan kefahaman adakah kami lebih kompetitif."

'Berduka' di Qatar, Valentino Rossi tak janji kebangkitan segera di MotoGP Portugal! 03

Situasi sukar turut melanda seorang lagi pelumba pasukan berkenaan yang juga naib juara dunia musim lalu, Franco Morbidelli yang menamatkan perlumbaan pertama di kedudukan ke-18 sebelum melepasi garisan penamat di tangga ke-12 pada pusingan kedua.

'Berduka' di Qatar, Valentino Rossi tak janji kebangkitan segera di MotoGP Portugal! 04

Begitupun, ketika kedua-dua pelumba Petronas Yamaha SRT tampak bermasalah, ironinya podium kemenangan di GP Qatar dan GP Doha diisi oleh dua pelumba Yamaha, Maverick Vinales dan Fabio Quartararo.

'Berduka' di Qatar, Valentino Rossi tak janji kebangkitan segera di MotoGP Portugal! 05

Maverick Vinales (kanan) dan Fabio Quartararo

Seperti yang diketahui, perlumbaan di Eropah dilihat sebagai penentu kepada karier Rossi sama ada dia akan melanjutkan tempohnya untuk berlumba sehingga musim 2022.

Sumber: Agensi

Sumber imej: Facebook Petronas Yamaha SRT

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda