window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Beri bantuan RM 5,000 untuk pengusaha van & bas sekolah, nasib belum dibela sewajarnya - PBSSPKL

Mersita · Jan 3, 2022 02:00 PM

Beri bantuan RM 5,000 untuk pengusaha van & bas sekolah, nasib belum dibela sewajarnya - PBSSPKL 01

Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur (PBSSPKL) memohon ihsan kerajaan Persekutuan untuk memberi bantuan khas sebanyak RM 5,000 kepada pemilik bas dan van sekolah yang rosak akibat bencana banjir melanda Semenanjung Malaysia bulan lalu.

Pengerusi PBSSPKL, Mohd. Haron Mohd. Sidik berkata, bantuan secara ‘one-off’ bagi setiap seorang pengusaha van atau bas sekolah boleh membantu meringankan beban ditanggung rata-rata pengusaha yang mengalami kerugian akibat kerosakan kenderaan.

Beri bantuan RM 5,000 untuk pengusaha van & bas sekolah, nasib belum dibela sewajarnya - PBSSPKL 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

“Apabila sesebuah kenderaan tenggelam sepenuhnya, maka akan berlaku kerosakan pada keseluruhan enjin, ECU dan sistem elektroniknya. Jadi kos untuk membaikinya boleh mencecah sehingga RM5,000 untuk membaikinya,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd. Haron juga mendakwa sehingga kini mereka masih belum menerima pembelaan sewajarnya daripada pihak berkaitan. Tambahan pula, sekolah akan mula dibuka semula pada 10 Januari nanti.

Baca juga: Tiada peruntukan khusus, pengusaha bas sekolah kecewa dengan Bajet 2022

Beri bantuan RM 5,000 untuk pengusaha van & bas sekolah, nasib belum dibela sewajarnya - PBSSPKL 01

Foto: FB Ebit Lew

Pengusaha van dan bas sekolah bukan saja mengalami kerugian akibat kenderaan rosak, malah rumah mereka turut terjejas dan rata-rata pengusaha tiada wang simpanan. Lebih 1,000 pemandu van dan bas sekolah yang tinggal di Shah Alam dan Hulu Langat daripada 3,500 ahli di seluruh Lembah Klang, katanya lagi kepada akhbar itu.

Perlu diingat bahawa ramai ibu bapa yang akan memerlukan khidmat van dan bas sekolah apabila sesi persekolahan bermula pada minggu hadapan. Selain itu, kenderaan rosak ini jugalah mata pencarian ramai pengusaha van dan bas sekolah.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda