window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Berjaya Auto mempunyai pelan untuk melancarkan Kia Seltos 2022 CKD di Malaysia

Zamil Syaheer · Jul 19, 2021 02:00 PM

Berjaya Auto mempunyai pelan untuk melancarkan Kia Seltos 2022 CKD di Malaysia 01

Kia Seltos adalah 'mangsa keadaan' Naza Kia Malaysia tahun lalu semasa peralihan pengedaran. Ia dipratonton pada awal tahun 2020 dan hanya dilancarkan hampir setahun kemudian.

Berjaya Auto mempunyai pelan untuk melancarkan Kia Seltos 2022 CKD di Malaysia 02

Model ini diimport (CBU) dari India dengan dua varian, bermula dari harga RM 116,088 hingga RM 134,088 (dengan potongan SST). Kedua-dua varian ini dikuasakan oleh enjin 1.6 liter 4-silinder yang menghasilkan 123 PS / 151 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik 6-kelajuan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Berjaya Auto mempunyai pelan untuk melancarkan Kia Seltos 2022 CKD di Malaysia 01

Namun pada masa itu, masa depan Kia masih tidak menentu di Malaysia kerana perbincangan antara Berjaya / Bermaz dan Kia sedang berlangsung.

Menjelang April tahun ini, kami mendapat pengesahan bahawa Kia telah melantik Dinamikjaya Motors Sdn. Bhd. (anak syarikat Bermaz Auto) sebagai pengedar barunya untuk Malaysia, menggantikan Naza Kia Malaysia.

Juga baca: Kia diselamatkan Bermaz, Kia Seltos dan Kia Carnival versi CKD bakal menyusul!

Berjaya Auto mempunyai pelan untuk melancarkan Kia Seltos 2022 CKD di Malaysia 02

Salah satu pelan perniagaan pertama untuk Kia Malaysia Sdn. Bhd. (bahagian pembuatan) untuk memulakan kebangkitan semula jenama ini adalah dengan memperkenalkan beberapa model pemasangan tempatan (CKD) dengan harga yang kompetitif, termasuk Kia Seltos.

Juga baca: Bermaz: Kia Seltos, Carnival CKD tangguh sehingga 2022. Servis selepas-jualan lebih penting

Berjaya Auto mempunyai pelan untuk melancarkan Kia Seltos 2022 CKD di Malaysia 03

Dinamikjaya juga mengatakan bahawa mereka memerlukan masa antara 12 hingga 18 bulan untuk menyiapkan projek CKD. Ini bermakna kita tidak akan melihat model CKD diperkenalkan pada tahun ini.

Berjaya Auto mempunyai pelan untuk melancarkan Kia Seltos 2022 CKD di Malaysia 04

Menurut laporan Maybank Investment Bank (Maybank IB), Bermaz Auto merancang untuk memperkenalkan 3 model CKD pada tahun 2022 - Kia Seltos, Kia Carnival, dan Kia Sportage serba baru. Walau bagaimanapun, rancangan itu masih bergantung kepada perkembangan keadaan Covid-19 di Malaysia.

Perincian mengenai Kia Seltos CKD seperti harga dan spesifikasi masih menjadi tanda tanya pada masa ini, tetapi anda akan menjadi orang pertama yang akan mengetahui soal ini sebaik sahaja kami mendapat maklumat baru, jadi saksikan ruangan ini.

Juga baca:

Tiada jalan mudah betulkan servis selepas-jualan Kia di Malaysia, walau dengan Bermaz

Kia Sportage 2022 CKD serba baru dikatakan bakal lancar di Malaysia tahun depan?

 

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Kia Seltos 1.6EX

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda