Berkat kerja rajin, pekerja dari Indonesia dapat hadiah Proton Saga - bos bayar 'cash'!
Mersita · Jan 17, 2023 11:00 AM
Kata orang, rezeki tak pernah salah alamat. Bagi seorang lelaki Indonesia yang bekerja di Malaysia, rezeki mengetuk pintunya apabila dia dikejutkan dengan hadiah berupa sebuah Proton Saga serba baru – dibelikan oleh majikannya secara tunai!
Kisah ini dikongsikan oleh seorang penasihat jualan Proton di Johor yang tersentuh hati melihat kebaikan seorang majikan lelaki berbangsa Cina menghadiahkan pekerjanya sedan berkenaan. Menurut video dimuatnaiknya, majikan itu datang bertanyakan stok Proton Saga kerana dia mahu membelinya untuk salah seorang pekerjanya.
Tiba masanya untuk mengambil kereta, majikan tersebut membawa pekerjanya itu ke bilik pameran Proton. Tanpa disangka, Saga dihiasi riben besar di sana adalah hadiah khas buatnya! Dibayar secara tunai, Saga baharu itu ditandangani pemilikannya di bawah nama lelaki Indonesia berkenaan.
Video berkenaan tular di media sosial dan rata-rata netizen memuji tindakan majikan pemurah itu. Salah seorang pengguna TikTok berkata majikan perlu merendah diri jika mahu ramai pekerja jujur yang seronok bekerja. Perkongsian itu juga dihujani ucapan tahniah kepada pekerja Indonesia berkenaan.
Tangkap layar komen di video TikTok di atas yang tular dengan hampir 4,000 tanda suka dan lebih 300 kongsi-semula
Apa macam? Seronok kan dapat bos baik hati dan beri ganjaran setimpal kepada pekerjanya? Proton Saga pulak tu. Ikuti WapCar – BM di Facebook untuk berita automotif dan kisah menarik terkini!
Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.
Komen