window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Bermaz Auto rancang tambah jenama baru. Jenama kereta apa yang bakal masuk Malaysia?

Haris · Aug 28, 2020 11:00 AM

Bermaz Auto rancang tambah jenama baru. Jenama kereta apa yang bakal masuk Malaysia? 01

Bermaz Auto, pengedar jenama kenderaan Mazda di Malaysia dikatakan dalam perancangan untuk membawa beberapa jenama kereta lain selain Mazda. Perkara ini adalah berdasarkan wawancara BFM dengan Dato’ Francis Lee, CEO Bermaz Auto.

Butiran mengenai rancangan tersebut masih dalam fasa perbincangan dan tiada kenyataan rasmi yang diberikan oleh mana-mana pihak mengenai tawaran ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bermaz Auto rancang tambah jenama baru. Jenama kereta apa yang bakal masuk Malaysia? 01

Pada waktu ini, Bermaz Auto merupakan pengedar kepada 3 jenama kereta iaitu Mazda, Ssangyong dan Changan. Mazda diedar secara rasmi di Malaysia manakala Ssangyong dan Changan diedar di Filipina.

Ura-ura mengatakan bahawa Bermaz Auto sedang dalam perbincangan untuk membawa beberapa jenama lain. Sekurang-kurangnya, terdapat 1 jenama dari Eropah dan 2 jenama dari Asia berada dalam proses perbincangan bersama dengan Bermaz Auto.

Bermaz Auto rancang tambah jenama baru. Jenama kereta apa yang bakal masuk Malaysia? 02

“Kami sentiasa mencari lebih banyak jenama di bawah naungan kami. Tetapi sudah tentu kita harus berhati-hati dalam jenama apa yang kita pilih, terutama sekarang, keadaan masih sangat tidak menentu (Covid-19). Tetapi tentunya di era pandemik ini, ada banyak peluang di luar sana. Kami sangat memilih, belum ada yang konkrit pada tahap ini. Semoga kami dapat menyimpulkan sesuatu dalam masa 6 hingga 8 bulan akan datang.”

"Sementara itu, keprihatinan utama kami adalah memastikan bahawa kami berada pada tahap yang stabil dari segi kewangan,"

Bermaz Auto rancang tambah jenama baru. Jenama kereta apa yang bakal masuk Malaysia? 03

Kami mempunyai kepakaran, kami mempunyai tenaga kerja. Oleh itu, untuk mengambil jenama lain tidak sukar,” tambah Lee mengenai kemajuan Mazda di bawah Bermaz sejak 2008. 

"Sekiranya ada peluang, ya kami akan membawa jenama lain," katanya.

Lee turut mendedahkan bahawa syarikat itu sedang berusaha melancarkan Mazda MX-30 mild hybrid dan Mazda BT-50 serba baharu pada suku pertama 2021.

Bermaz Auto rancang tambah jenama baru. Jenama kereta apa yang bakal masuk Malaysia? 04

Ssangyong di Seoul Motor Show

Berjaya Auto pertama kali mengambil alih perniagaan pengedaran Mazda di Malaysia pada tahun 2008, dari syarikat Cycle and Carriage. Perniagaan ini kemudiannya dipindahkan ke Bermaz Auto pada tahun 2016 di bawah perjanjian pembelian pihak pengurusan.

Sejak mengambil alih perniagaan, anak syarikat Berjaya Auto / Bermaz Auto iaitu Bermaz Motor telah meningkatkan penjualan Mazda di Malaysia dari sekadar 1,059 unit pada tahun 2007 kepada 11,651 unit pada tahun 2019.

Bermaz Auto berkerjasama dengan Mazda Motor untuk pemasangan tempatan melalui kilang Mazda Malaysia. Kilang tersebut kini mengeksport model Mazda CX-5 dan CX-8 ke Thailand, Indonesia dan Filipina.

Bermaz Auto rancang tambah jenama baru. Jenama kereta apa yang bakal masuk Malaysia? 05

Anak syarikat Bermaz Auto, Bermaz Auto Philippines menjadi pengedar Mazda di Filipina pada tahun 2012. Syarikat lain dalam rangkaian Bermaz, Ssangyong Berjaya Motor Philippines, mencapai kesepakatan untuk mewakili jenama Korea, Ssangyong di Filipina pada tahun 2015.

Sementara itu, Berjaya Auto Asia telah mewakili jenama Changan dari China di Filipina sejak tahun 2017. Changan sejak itu dijenamakan semula menjadi Kaicene di Filipina.

Jadi, jenama apa yang anda ingin lihat menyusuri jalanraya di Malaysia? Berikan komen anda.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda