window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Bermaz prebiu Kia Sorento generasi 2023 di Malaysia - dari RM 220k, 2.5L NA & 2.2L turbodiesel, ADAS standard!

Faisal · Jan 16, 2023 12:00 PM

Bermaz prebiu Kia Sorento generasi 2023 di Malaysia - dari RM 220k, 2.5L NA & 2.2L turbodiesel, ADAS standard! 01

Varian 2.2L CRDi AWD.

Setelah menghilang buat seketika, Kia Sorento tidak lama lagi nampaknya akan kembali di pasaran Malaysia. Prebiu Kia Sorento generasi 2023 pada Khamis lepas oleh pengedar Kia sekarang iaitu Dinamikjaya Motors yang juga merupakan anak syarikat Bermaz Auto telah memberi pentunjuk bahawa SUV segmen D ini akan dilancarkan pada suku pertama 2023.

Untuk makluman anda, Kia Sorento generasi MQ4 ini membuat debut pada Februari 2020. Jualan di pasaran antarabangsa pula bermula pada Julai 2020.

Bermaz prebiu Kia Sorento generasi 2023 di Malaysia - dari RM 220k, 2.5L NA & 2.2L turbodiesel, ADAS standard! 02

Secara global, Kia Sorento 2023 ditawarkan dengan 6 pilihan enjin seperti di bawah:

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
  • 1.6L turbo T-GDi Hybrid (230 PS, 350 Nm), automatik 6 kelajuan
  • 1.6L turbo T-GDi Plug-in Hybrid (265 PS, 350 Nm), automatik 6 kelajuan
  • 2.2L turbodiesel CRDi (199 hp, 440 Nm), automatik 8 kelajuan
  • 2.5L NA GDi (177 hp, 245 Nm), automatik 6 kelajuan
  • 2.5L turbo T-GDi (281 hp, 422 Nm), DCT 8 kelajuan klac-basah
  • 3.5L V6 NA MPI (268 hp, 332 Nm), automatik 8 kelajuan

Juga bacaKia Sorento Hybrid membuat debut ASEAN di GIIAS 2022, bakal tiba di Malaysia kelak!

Bermaz prebiu Kia Sorento generasi 2023 di Malaysia - dari RM 220k, 2.5L NA & 2.2L turbodiesel, ADAS standard! 01

Kesemua enjin boleh dipadankan dengan sistem pacuan roda depan atau semua roda.

Secara teknikal, trenkuasa hibrid menggunakan motor elektrik 44.2 kW yang dikuasakan oleh bateri ion-litium polimer 1.49 kWj. Jenis hibrid plug-in pula menggunakan motor 67 kW yang dikuasakan oleh bateri ion-litium polimer 13.8 kWj. Jenis bateri lebih besar ini menyokong pengecasan AC sehingga 3.3 kW.

Bergantung pada pasaran, Sorento generasi baharu datang dengan pilihan 5, 6 atau 7 tempat duduk.

Bermaz prebiu Kia Sorento generasi 2023 di Malaysia - dari RM 220k, 2.5L NA & 2.2L turbodiesel, ADAS standard! 02

Varian 2.2L CRDi AWD 6 tempat duduk.

Di Malaysia tempoh hari, terdapat dua model 6 tempat duduk yang dipamerkan. Varian atas iaitu 6 seater AWD mempunyai tempat duduk baris kedua jenis individu. Varian ini menggunakan enjin 2.2L turbodiesel CRDi (199 hp, 440 Nm) yang dipadankan dengan transmisi automatik 8 kelajuan.

Varian bawah iaitu 7 seater FWD hadir dengan enjin 2.5L NA (177 hp, 232 Nm) yang digandingkan dengan transmisi automatik 6 kelajuan.

Bermaz prebiu Kia Sorento generasi 2023 di Malaysia - dari RM 220k, 2.5L NA & 2.2L turbodiesel, ADAS standard! 03

Varian 2.5L MPI.

Setakat ini, kelengkapan buat Kia Sorento generasi 2023 belum lagi didedahkan tetapi varian AWD yang dipamerkan datang dengan rim 19 inci, kamera 360-darjah, kluster digital 12.3 inci, Head-Up Display dan tempat duduk kulit.

Varian bawah pula menggunakan rim 18 inci, kluster analog dan tempat duduk fabrik (dengan pelaras jenis elektrik).

Bermaz prebiu Kia Sorento generasi 2023 di Malaysia - dari RM 220k, 2.5L NA & 2.2L turbodiesel, ADAS standard! 04

Apapun, kedua-dua varian lengkap dengan lampu LED serta ADAS penuh (termasuk kawalan pelayaran adaptif). Ciri lain yang didatangkan standard merangkumi penyaman udara dwi-zon, infotainment 10.25 inci dan but belakang berkuasa.

Bermaz prebiu Kia Sorento generasi 2023 di Malaysia - dari RM 220k, 2.5L NA & 2.2L turbodiesel, ADAS standard! 05

Varian 2.5L MPI dengan 7 tempat duduk fabrik.

Kapasiti but belakang kalau tempat duduk baris ketiga dilipat pula boleh memberi ruang seluas 616 liter. Satu ciri eksklusif buat varian AWD adalah sistem audio Bose.

Bermaz prebiu Kia Sorento generasi 2023 di Malaysia - dari RM 220k, 2.5L NA & 2.2L turbodiesel, ADAS standard! 06

Varian 2.5L dengan kluster analog.

Sama seperti Carnival, Kia Sorento 2023 akan dipasang di kilang Kia Malaysia di Kulim, Kedah. Kalau anda nak tahu, dalam dunia, ini kilang keempat yang memasang Sorento.

Kilang utama Kia Sorento 2023 adalah di Hwasung, Korea. Kilang di Georgia pula untuk pasaran Amerika Selatan. Vietnam juga ada memasang Sorento, di kilang Thaco di Chu Lai.

Bermaz prebiu Kia Sorento generasi 2023 di Malaysia - dari RM 220k, 2.5L NA & 2.2L turbodiesel, ADAS standard! 07

Varian 2.2L CRDi AWD dengan kluster digital 12.3 inci dan HUD.

Dalam acara prebiu ini, Dinamikjaya Motors berkata bahawa harga anggaran buat Kia Sorento 2023 adalah RM 220k untuk varian 2.5L FWD dan RM 250k untuk varian 2.2L turbodiesel AWD.

Setakat ini, Bermaz belum lagi mengumumkan harganya tetapi Sorento generasi lalu dijual di Malaysia pada harga RM 169,888 untuk varian 2.4L NA dan RM 179,888 untuk varian 2.2L turbodiesel.

Secara amnya, Sorento akan bersaing dengan kembarnya iaitu Hyundai Santa Fe. SUV itu juga dipasang di Kulim.

Bermaz prebiu Kia Sorento generasi 2023 di Malaysia - dari RM 220k, 2.5L NA & 2.2L turbodiesel, ADAS standard! 08

Sebagai perbandingan, si Hyundai dijual pada harga RM 196,888 (Executive) dan RM 215,888 (Executive Plus). Kedua-dua varian menggunakan enjin 2.2L turbodiesel yang menghembuskan 193 PS dan 440 Nm tork. Kuasa dihantar ke roda depan melalui transmisi automatik 8 kelajuan.

Namun begitu, Santa Fe tidak mendatangkan ciri lampu LED mahupun ADAS.

Bermaz prebiu Kia Sorento generasi 2023 di Malaysia - dari RM 220k, 2.5L NA & 2.2L turbodiesel, ADAS standard! 09

Satu butang akses yang memudahkan penumpang ke baris ketiga.

Selain Santa Fe, pesaing Kia Sorento sebenarnya adalah Toyota Fortuner tetapi ia menggunakan asas dan berkongsi platform serupa dengan Toyota Hilux. Harganya bermula dari RM 184,800 ke RM 225,800. Dengan menggunakan casis ladder frame, Fortuner mungkin lagi lasak tetapi kualiti pemanduan atas jalan raya mungkin tidak sesedap SUV casis monocoque yang diguna pada Sorento.

Selain itu, VW Tiguan Allspace juga boleh menyaingi Sorento tetapi asasnya datang dari versi 5 tempat duduk, bukannya 7 seperti yang diterapkan terus pada Kia Sorento 2023.

Bermaz prebiu Kia Sorento generasi 2023 di Malaysia - dari RM 220k, 2.5L NA & 2.2L turbodiesel, ADAS standard! 10

Lampu LED didatangkan standard.

Selepas Sportage dan Seltos, Sorento merupakan model ketiga Kia yang paling laku di peringkat global (hampir 222,570 unit diserahkan pada 2022, terutama di Amerika).

Di Korea, jualan Kia Sorento boleh dikatakan lebih dua kali ganda jualan Hyundai Santa Fe. Dalam tahun 2022, penyerahan Sorento di pasaran rumahnya mencecah 68,902 unit, sekaligus menjadikan SUV segmen D ini sebagai kereta penumpang paling laku di Korea. Santa Fe pula setakat 28,705 unit sahaja.

Juga bacaRakyat Korea Selatan lebih suka Kia berbanding Hyundai, Kia Sorento & Kia Carnival mendahului jualan 2022

Bermaz prebiu Kia Sorento generasi 2023 di Malaysia - dari RM 220k, 2.5L NA & 2.2L turbodiesel, ADAS standard! 11

Kenapa jurangnya begitu jauh? Hyundai sekarang banyak memberi tumpuan kepada jenama mewah Genesis dan jenama EV IONIQ. Selain Grandeur and Ioniq 5, produk Hyundai di Korea kini sebenarnya dah jadi suam-suam kuku sahaja. Orang Korea sekarang menganggap Hyundai sebagai kereta pakcik-pakcik sahaja.

Juga bacaJika kejayaan diukur panjang, Hyundai Grandeur generasi baru ini adalah lambangnya!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Kia Sorento 2.2D AWD 6-seater

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda