window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Berminat dengan Honda Jazz terakhir (GK) Malaysia? RM 60k je untuk model terpakai!

Haris Ā· Jul 24, 2021 11:59 AM

Berminat dengan Honda Jazz terakhir (GK) Malaysia? RM 60k je untuk model terpakai! 01

Honda Jazz (GK) adalah tanda nama yang tidak asing lagi di Malaysia. Peneraju hatchback segmen B ini adalah pengubah citarasa rakyat Malaysia kepada pasaran hatchback dan ini lebih jelas apabila sekarang, kereta terlaris di Malaysia adalah sebuah hatchback. 

Berminat dengan Honda Jazz terakhir (GK) Malaysia? RM 60k je untuk model terpakai! 02

Honda Jazz generasi baharu, tak masuk Malaysia

Bagi mereka yang masih berkenan, Honda Jazz (GK) masih boleh dibeli secara terpakai atau baharu (ketika artikel ini ditulis). Jika pilihan anda adalah model terpakai, maka apa kata semak panduan Wapcar ini sebelum mempertimbangkan pembelian anda tersebut.

Ketahui varian yang sesuai

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Berminat dengan Honda Jazz terakhir (GK) Malaysia? RM 60k je untuk model terpakai! 01

Pelancaran Honda Jazz GK pada tahun 2014

Langkah pertama adalah kenali varian yang anda tinjau. Honda Jazz GK hadir dalam tiga varian iaitu S, E dan V. Perbezaan utama adalah dari segi kelengkapan tetapi hanya satu pilihan trenkuasa sahaja - enjin 1.5 liter, 4 silinder (120 PS, 145 Nm) dengan transmisi automatik CVT.

Berminat dengan Honda Jazz terakhir (GK) Malaysia? RM 60k je untuk model terpakai! 02

Honda Jazz facelift 2017 

Pada tahun 2017, Honda Jazz GK menerima facelift dengan sedikit peningkatan kelengkapan di samping varian baru iaitu Honda Jazz Sport Hybrid i-DCD.

Berminat dengan Honda Jazz terakhir (GK) Malaysia? RM 60k je untuk model terpakai! 03

Honda Jazz hibrid tampil dengan enjin 1.5 liter petrol, transmisi dua-klac (DCT) 7-kelajuan dengan motor elektrik bersepadu, dan bateri lithium-ion (gabungan kuasa mencecah 137 PS, 170 Nm).

Berminat dengan Honda Jazz terakhir (GK) Malaysia? RM 60k je untuk model terpakai! 04

Tinjauan pasaran mendapati bahawa model hibrid sedikit sukar untuk didapati namun jika anda bertuah, mungkin perbandingan kuasa di bawah mampu memenuhi citarasa anda?

Trenkuasa Honda Jazz GK
Enjin Output Transmisi
1.5-litre
i-VTEC
120 PS, 145 Nm CVT
1.5-litre
i-DCD
137 PS, 170 Nm
(gabungan)
7DCT

Apa yang menyebabkan Honda Jazz GK popular?

Berminat dengan Honda Jazz terakhir (GK) Malaysia? RM 60k je untuk model terpakai! 05

Rekaan dalaman yang ergonomik

Susun atur kabin dalaman sebuah Honda memang tidak dapat dinafikan lagi. Honda Jazz mempunyai rekaan ergonomik yang sempurna, kualiti binaan yang baik serta penyelesaian ruang yang bijak. Rata-rata pengguna mengatakan bahawa ia terasa luas dan memang luas untuk sebuah hatchback segmen B. 

Berminat dengan Honda Jazz terakhir (GK) Malaysia? RM 60k je untuk model terpakai! 06

Ultra Seat untuk ultra-ruang

Ultra Seat pada Honda Jazz adalah sebahagian daripada penyelesaian bijak yang menjadikan Honda Jazz begitu luas dan serba boleh. Ia mempunyai pelbagai konfigurasi ruang simpanan untuk diselaraskan. Sekiranya ruang but 363 liter (hibrid hanya 314 liter) tidak mencukupi, Ultra Seat mampu menawarkan lebih banyak ruang untuk pilihan.

Berminat dengan Honda Jazz terakhir (GK) Malaysia? RM 60k je untuk model terpakai! 07

Untuk perbandingan ciri kelengkapan, ikuti jadual dibawah untuk perbezaan:

Perbandingan kelengkapan Honda Jazz
  1.5 S 1.5 E 1.5 V

1.5
Hibrid

VSC āŒ āœ” āœ” āœ”
Airbags 2 4 6 4
Keyless entry
&
ignition
āœ” āœ” āœ” āœ”
A/C
System
Manual Auto Auto Auto
Cruise 
Control
āŒ āŒ āœ” āœ”
Paddle
Shift
āŒ āŒ āœ” āŒ
Reverse
camera
āŒ āœ” āœ” āœ”

Tips - Kawalan Kestabilan (VSC) sangat penting pada zaman ini. Elakkan kereta tanpa ciri-ciri ini selagi boleh namun jika tiada pilihan lain, masih boleh dipertimbangkan.

Bagaimana dengan prestasi pemanduan?

2017 Honda Jazz tracking

Honda Jazz GK mampu memberikan sensasi pemanduan yang seimbang. Enjin dan transmisis bergerak seiring dan semua aspek mekanikal seperti stereng juga terasa lancar. Secara mudahnya, ia sesuai untuk pemanduan harian di dalam bandar dan masih cukup berkuasa untuk memecut di lebuh raya. 

Walau bagaimanapun, Honda Jazz Sport Hybrid i-DCD membawa sensasi pemanduan ini ke tahap yang lebih baik. Kelengkapan hibrid bertindak sebagai penambah kuasa kepada enjin 1.5 liter tanpa kompromi penggunaan minyak. Tak percaya? Ikuti video berikut daripada rakan media kami.

Berminat dengan Honda Jazz terakhir (GK) Malaysia? RM 60k je untuk model terpakai! 02

Malah, siapa yang mahu menafikan kelancaran transmisi automatik DCT 7-kelajuan? Honda Jazz hibrid menawarkan pemanduan yang lebih baik dan ia masih praktikal seperti varian Jazz biasa. Tepuk dada tanya selera.

Kos pemilikan dan penyelenggaraan?

Berminat dengan Honda Jazz terakhir (GK) Malaysia? RM 60k je untuk model terpakai! 03

Sekiranya anda berminat dengan Honda Jazz GK terpakai, berikut adalah anggaran kos pemilikan dan penyelenggaraan kereta ini.

Kos penyelenggaraan Honda Jazz
  1.5 S 1.5 E 1.5 V 1.5
Hibrid
Cukai jalan (RM) 90 90 90 90
Tayar/biji (RM) 195 195 195 195
Saiz tayar 175/65
R15
175/65
R15
185/55
R16
175/65
R15
Servis biasa 10,000 km
(RM)
267 267 267 267

Seperti yang anda lihat, Honda Jazz tidak memerlukan kos yang tinggi untuk diselenggara tanpa mengira varian. Harga tayar berukuran 175/65 R15 dan 185/55 R16 adalah sama. Justeru, tiada perbezaan ketara antara kesemua varian.

Masalah biasa Honda Jazz GK?

Berminat dengan Honda Jazz terakhir (GK) Malaysia? RM 60k je untuk model terpakai! 04

Tak banyak isu mengenai Honda Jazz GK, menurut kenalan dan rakan-rakan yang memiliki model ini. Senang dijaga, tahan lasak dan jimat minyak adalah antara beberapa maklum balas diberikan oleh pemilik.

Berminat dengan Honda Jazz terakhir (GK) Malaysia? RM 60k je untuk model terpakai! 05

Begitu juga dengan model hibrid i-DCD. Jika anda berminat, ikuti panduan kami mengenai model-model hibrid mengikut pautan berikut:

Baca: Panduan kereta terpakai: Toyota Prius, Honda Insight, Camry Hybrid kini berharga serendah RM 40,000 sahaja?

Berminat dengan Honda Jazz terakhir (GK) Malaysia? RM 60k je untuk model terpakai! 06

Kent Goh, pemilik XD Autowerkz juga merupakan pemilik sebuah Honda Jazz GK. Dia telah menambah bahawa model ini tidak mempunyai masalah besar atau sebarang keluhan, hanya perlu menangani isu brek yang berbunyi sedikit.

Berminat dengan Honda Jazz terakhir (GK) Malaysia? RM 60k je untuk model terpakai! 07

"Ikuti semua penyelenggaraan berkala secara disiplin dan sebenarnya tak ada yang perlu dibimbangkan," ujar Kent. Dengari sendiri dari seorang pemilik Honda Jazz GK dan juga pemilik bengkel. Masih ragu-ragu?

Kesimpulan

Berminat dengan Honda Jazz terakhir (GK) Malaysia? RM 60k je untuk model terpakai! 08

Mengetahui fakta bahawa Honda Jazz GK adalah generasi terakhir model ini, sedikit sebanyak pastinya ia membangkitkan sedikit perasaan mahu memiliki model ini. Selepas ini, tiada lagi jenama Jazz ditawarkan di Malaysia, digantikan dengan Honda City Hatchback.

Berminat dengan Honda Jazz terakhir (GK) Malaysia? RM 60k je untuk model terpakai! 09

Mana-mana peminat Honda pastinya tidak akan melepaskan peluang memilik model ini jika ditawarkan. Model generasi terakhir sebegini mungkin mampu mencapai harga mengarut pada masa hadapan kelak, siapa tahu? Adakah ia benar-benar satu pembelian berbaloi? Apa kata anda?

Bacaan Lanjut:

Untuk RM 60k patut beli Perodua Myvi baru atau Honda Jazz (GK) terpakai?

Honda City Hatchback 2021 – pengganti Jazz di Malaysia, kami jawab segalanya yang anda perlu tahu!

Honda Jazz Modulo X adalah 'hothatch' berasaskan Civic Type R (FD), manja agresif?

Berminat dengan Honda Jazz terakhir (GK) Malaysia? RM 60k je untuk model terpakai! 10

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2019 Honda Jazz 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Ā  Jual kereta anda