window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Berminat dengan Toyota Innova 2021? Ini bayaran bulanan dan gaji minimum yang diperlukan

Faisal Β· Jan 12, 2021 07:00 PM

Berminat dengan Toyota Innova 2021? Ini bayaran bulanan dan gaji minimum yang diperlukan 01

UMW Toyota Motor baru sahaja mengumumkan harga rasmi buat Toyota Innova facelift di Malaysia. MPV segmen C ini bermula dari RM 111,622 untuk varian pengenalan 2.0 E hingga RM 129,667 untuk varian 2.0 X.

Berminat dengan Toyota Innova 2021? Ini bayaran bulanan dan gaji minimum yang diperlukan 02

Walaupun harganya sedikit meningkat, ia masih berbaloi untuk dibeli memandangkan UMWT telah mempertingkatkan ciri keselamatan dan kelengkapan buat MPV yang cukup laris ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Berminat dengan Toyota Innova 2021? Ini bayaran bulanan dan gaji minimum yang diperlukan 01

Mari kita lihat secara terperinci mengenai gaji bulanan yang diperlukan sebelum anda menempah Toyota Innova 2021.

Berapakah gaji bulanan minimum yang diperlukan?

Berminat dengan Toyota Innova 2021? Ini bayaran bulanan dan gaji minimum yang diperlukan 02

Dengan harga RM 111,622 buat varian 2.0 E (tanpa insurans) termasuk kadar faedah 2.27% dan tempoh pinjaman 9 tahun, bayaran ansuran adalah sebanyak RM 1,120/bulan.

Berdasarkan nasihat umum yang menyarankan pembeli untuk membayar kereta tidak melebihi 20% dari gaji bulanan, anda seharusnya bergajikan sekurang-kurangnya RM 5,600 sebulan.

Berminat dengan Toyota Innova 2021? Ini bayaran bulanan dan gaji minimum yang diperlukan 03

Dengan mengira faktor insurans, penyelenggaraan, tayar dan sebagainya, kos pembiayaan terhadap kereta anda pula tidak sepatutnya melebihi 30% dari gaji bulanan.

Berminat dengan Toyota Innova 2021? Ini bayaran bulanan dan gaji minimum yang diperlukan 04

Sekiranya anda berminat dengan varian 2.0 X yang berharga RM 129,667, bayaran ansuran adalah sebanyak RM 1,300/bulan. Oleh itu, gaji bulanan minimum yang anda perlukan ialah RM 6,500 sebulan.

Berikut adalah bayaran ansuran bulanan buat Toyota Innova 2021 untuk tempoh pinjaman 5, 7, dan 9 tahun. Rujukan ini telah mengira faktor kadar faedah sebanyak 2.27%.

Tempoh pinjaman 5 tahun
Varian Harga (RM) Bayaran bulanan (RM)
2.0 E 111,622 1,860
2.0 G 121,483 2,030
2.0 X 129,677 2,170
Tempoh pinjaman 7 tahun
Varian Harga (RM) Bayaran bulanan (RM)
2.0 E 111,622 1,390
2.0 G 121,483 1,150
2.0 X 129,677 1,610
Tempoh pinjaman 9 tahun
Varian Harga (RM) Bayaran bulanan (RM)
2.0 E 111,622 1,120
2.0 G 121,483 1,220
2,0 X 129,677 1,300

Walau apapun, perlu dimaklumkan bahawa kadar faedah pinjaman bank boleh berubah dari semasa ke semasa.

Berminat dengan Toyota Innova 2021? Ini bayaran bulanan dan gaji minimum yang diperlukan 05

Tambahan pula, harga yang tertera adalah termasuk pengecualian cukai SST yang hanya sah sehingga 30 Jun 2021.

Jangan mengambil pinjaman 9 tahun. Kenapa?

Berminat dengan Toyota Innova 2021? Ini bayaran bulanan dan gaji minimum yang diperlukan 06

Kami sebenarnya menggalakkan anda untuk mengambil tempoh pinjaman yang lebih pendek dari 9 tahun.

Walaupun bayaran bulanannya lebih mahal, ia sebenarnya lebih baik.

Berminat dengan Toyota Innova 2021? Ini bayaran bulanan dan gaji minimum yang diperlukan 07

Secara teknikal, tempoh pinjaman 9 tahun tidak digalakkan kerana jumlah faedahnya lebih tinggi. Sebagai contoh, anda perlu membayar jumlah faedah sekitar RM 20,520 - RM 23,840 sekiranya anda mengambil tempoh pinjaman 9 tahun. Jika anda bandingkan dengan tempoh pinjaman 5 tahun, anda hanya membayar jumlah faedah sekitar RM 11,400 – RM 13,240 sahaja.

Berminat dengan Toyota Innova 2021? Ini bayaran bulanan dan gaji minimum yang diperlukan 08

Tambahan pula, jangka masa 9 tahun ini sebenarnya cukup lama. Disebabkan itu, kereta anda akan susut nilai lebih cepat daripada kebolehan anda untuk menyelesaikan pinjaman tersebut. Jika anda menjual kereta ketika itu, mungkin ia tidak cukup untuk menyelesaikan nilai pinjaman yang masih tinggal. Malah raja resale value pun tidak cukup untuk berlawan dengan kenyataan ini.

Perkara ini bukan setakat menyusahkan kewangan anda, malah deposit untuk anda membeli kereta baru juga mungkin tidak cukup kerana harga jualan kereta anda ketika itu tidak begitu membantu.

Disebabkan itu, beringatlah sebelum anda bersetuju dengan tempoh pinjaman 9 tahun.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Innova Upcoming

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda