Bermula dari bengkel kecil hingga mengalahkan Mercedes, ini kisah kecekalan Hyundai

Mersita · Nov 22, 2020 11:50 AM

Bermula dari bengkel kecil hingga mengalahkan Mercedes, ini kisah kecekalan Hyundai 01

Menurut tinjauan J.D Power IQS dari AS, kereta paling berkualiti bukannya buatan Mercedes-Benz mahupun Lexus, tapi jenama Genesis Hyundai, yang juga telah menggulingkan Lexus Toyota dari tempat teratas sejak empat tahun lalu. Di Eropah – tempat yang terkenal dengan kereta yang pengendaliannya hebat – Hyundai i30N kini lebih popular daripada BMW M135i dan ia juga dinilai pada tahap yang lebih tinggi oleh media-media automotif di sana.

Bermula dari bengkel kecil hingga mengalahkan Mercedes, ini kisah kecekalan Hyundai 02

Kereta Hyundai bukan saja sama tarafnya dengan kereta terbaik dari Jerman dan Jepun, tapi ia juga sebenarnya lebih bagus. Memang agak susah untuk kita bayangkan bagaimana Korea, baru saja dari dua generasi lepas, boleh berjaya sedangkan dahulunya ia adalah sebuah negara yang lebih miskin daripada negara-negara Afrika.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Bermula dari bengkel kecil hingga mengalahkan Mercedes, ini kisah kecekalan Hyundai 01

Selepas Perang Dunia Kedua, banyak negara-negara termasuklah Malaysia mengalami pertumbuhan ekonomi yang pesat pada tahap yang berbeza-beza. Dari sinilah lahirnya terma generasi ‘baby boomers’.

Bermula dari bengkel kecil hingga mengalahkan Mercedes, ini kisah kecekalan Hyundai 02

Atas: Kawasan daif di sekitar Sungai Han pada 1960. Bawah: Jambatan Banpo megah menyeberangi Sungai Han hari ini

Semenanjung Korea pula malangnya tidak mengalami kepesatan sebegini. Pada 1961, rakyat marhaen Korea Selatan mempunyai pendapatan yang rendah iaitu sekitar USD 82 setahun berbanding separuh daripada rakyat Ghana yang memperoleh USD 179 setahun. Jangan katakan Malaysia, Korea Selatan lebih miskin daripada Yemen, Haiti, mahupun Ethiopia!

Bermula dari bengkel kecil hingga mengalahkan Mercedes, ini kisah kecekalan Hyundai 03

Hyundai Tucson

Chang Ha-Joon, pakar ekonomi ternama di dunia dan juga penulis buku 'Bad Samaritans: The Myth of Free Trade and the Secret History of Capitalism,' pernah berkata yang baru satu generasi lepas, ibunya sewaktu kecil terpaksa memujuk adiknya berusia 5 tahun yang kelaparan dan menangis mahu memegang mangkuk walaupun kosong.

Bermula dari bengkel kecil hingga mengalahkan Mercedes, ini kisah kecekalan Hyundai 04

Ibu pejabat Hyundai Motor Group di Seoul. Setiap satu menara adalah untuk Hyundai dan Kia, tapi Kia berada di menara yang lebih pendek

Pakar-pakar ekonomi menggelar kepesatan pantas Korea sebagai ‘the Miracle of the Han River’, sempena nama sungai yang mengalir sepanjang Seoul.

Disebalik kisah yang menakjubkan ini, di situlah juga kisah Hyundai, dimana bahagian pembangunannya membangunkan semula Korea secara lahiriahnya sesudah Perang Korea (1950 – 1953) yang meninggalkan kesan mendalam terhadap bangsa itu.

Hyundai diasakan oleh Chung Ju Yung, pada mula hanyalah sebuah bengkel kereta yang dipanggil A-do Service Garage pada 1940, yang seterusnya berkembang menjadi Hyundai Motor Service Garage pada 1946.

Apabila Presiden Korea, Park Chung Hee, mendesak untuk membangunkan industri kereta Korea, Hyundai Motor Company diasaskan pada 1967.

Bermula dari bengkel kecil hingga mengalahkan Mercedes, ini kisah kecekalan Hyundai 05

1947, ulangtahun pertama Hyundai Motor Service

Di antara Hyundai Motor Service Garage dan Hyundai Motor Company, Chung Ju Yung sudahpun menubuhkan Hyundai sebagai nama besar dalam industri pembinaan dan pembuatan kapal. Bagaimana beliau berjaya menubuhkan semua ini, itu patut kita bincangkan dalam entri lain.

Bermula dari bengkel kecil hingga mengalahkan Mercedes, ini kisah kecekalan Hyundai 06

Chung Ju Yung makan dan tidur di tapak-tapak pembinaannya. Pekerja-pekerjanya menggelarnya “Tiger Chung”

Apabila President Park menjalankan ‘spot check’ di salah satu tapak pembinaan untuk projek yang dikendalikan oleh Hyundai (kan bagus kalau menteri kita buat benda yang sama), Presiden tersebut terkejut apabila beliau diberitahu yang Chung Ju Yung tidur di tapak pembinaan bersama kuli-kulinya. Perkara ini menyuntik keyakinan terhadap kebolehan Hyundai dalam projek-projek pembangunan nasional.

Jom kita berbalik semula ke cerita perniagaan kereta sebelum kita menyimpang lebih jauh lagi.

Bermula dari bengkel kecil hingga mengalahkan Mercedes, ini kisah kecekalan Hyundai 07

Hyundai belajar tentang kereta dengan membuat kerja-kerja kontrak pemasangan untuk Ford

Berbeza dengan Proton masa dulu, Hyundai bergelut dalam perniagaan mereka walaupun kereta impot diharamkan di Korea. Mereka masih perlu bersaing dengan Shinjin Motors (kemudiannya menjadi Daewoo, kini sebahagian daripada GM), Asia Motors (kemudiannya diserap masuk ke dalam Kia), dan juga Kia Motors – yang semuanya diberi dana oleh kerajaan, tapi dengan sasaran ketat serta hampir mustahil untuk mengekspot kereta Korea ke luar. Negara itu pada masa itu betul-betul perlukan matawang asing.

Bermula dari bengkel kecil hingga mengalahkan Mercedes, ini kisah kecekalan Hyundai 08

Ford Cortina, dipasang oleh Hyundai

Shinjin berganding bahu dengan Toyota dalam pemasangan Corona, Asia berganding dengan Fiat untuk memasang Fiat 124, manakala Kia pula bersama Mazda untuk membina Familia. Di samping itu, Hyundai bekerja bersama Ford.

Bermula dari bengkel kecil hingga mengalahkan Mercedes, ini kisah kecekalan Hyundai 09

Kereta pertama Kia ialah Kia Brisa, kereta Mazda Familia yang dilencanakan semula

Kereta pertama yang dibina oleh Hyundai sebenarnya adalah Ford Cortina, pada 1968. Ia satu permulaan yang agak bagus tapi Chung Ju-Yung merasakan yang pembinaan kereta yang bukannya milik mereka tidak akan menjamin keuntungan jangka-masa panjang.

Bermula dari bengkel kecil hingga mengalahkan Mercedes, ini kisah kecekalan Hyundai 10

Ford mahu membuatkan Hyundai sebagai sebahagian daripada empayar global Ford, menggunakan Korea sebagai tempat pemasangan enjin-enjin Ford dan memasangnya pada chassis Ford buatan Australia sebelum mengekspot kereta siap ke Jepun.

Bermula dari bengkel kecil hingga mengalahkan Mercedes, ini kisah kecekalan Hyundai 11

Namun, Chung merasakan yang rancangan Ford adalah satu tohmahan kepada Hyundai dan Korea secara keseluruhannya. Walaupun Korea miskin, mereka tetap dengan ego yang menggunung. Satu-satunya perkata yang padan dengan kemegahan mereka ialah sikap mereka yang sangat-sangat rajin berusaha keras.

Bermula dari bengkel kecil hingga mengalahkan Mercedes, ini kisah kecekalan Hyundai 12

Chung membubarkan perkongsian dengan Ford pada 1973 dan seterusnya membentuk gabungan teknikal dengan Mitsubishi yang memberikan Hyundai lebih kebebasan. Caturan inilah yang dimahukan Chung.

Bermula dari bengkel kecil hingga mengalahkan Mercedes, ini kisah kecekalan Hyundai 13

Kereta pertama yang dibangunkan sendiri oleh Hyundai ialah Hyundai Pony 1975. Ia direka oleh Giorgetto Giugiaro, yang jelas terlihat pada rekaan panel rata dan garisan tajam yang mengingatkan kita dengan VW Golf Mk1.

Bermula dari bengkel kecil hingga mengalahkan Mercedes, ini kisah kecekalan Hyundai 14

Pada masa ini, operasi Hyundai Motor diberikan kepada adik lelaki Chung Ju Yung iaitu Chung Se Yung. Adiknya lebih fasih berbahasa Inggeris dan beliau adalah orang yang lebih sesuai untuk membawa nama Hyundai ke mata dunia.

Bermula dari bengkel kecil hingga mengalahkan Mercedes, ini kisah kecekalan Hyundai 15

Chung Ju Yung dan adiknya Se Yung (kanan), yang kemudiannya disingkirkan dari Hyundai Motor oleh Ju Yung

Yang pasti, seperti ‘chaebol’ yang lain, banyak perkara menjadi lebih rumit pada dekad-dekad seterusnya. Ketika Krisis Kewangan Asia 1997, Ju Yung terpaksa menyingkirkan adik dan anak buahnya keluar daripada Hyundai Motor, kemudiannya meletakkan anak lelakinya, Chung Mong Koo, sebagai Pengerusi.

Tapi, Mong Koo bukanlah ‘budak 2G’ (terma Asia bagi kanak-kanak pewaris harta besar) yang biasa kita dengar. Tipikal bagi anak ‘chaebol’, Mong Koo ada kontroversinya yang tersendiri serta kes-kes jenayah yang semuanya melibatkan kewangan. Susah juga jadi sebahagian daripada keluarga Chung, walaupun mereka kaya.

Bermula dari bengkel kecil hingga mengalahkan Mercedes, ini kisah kecekalan Hyundai 16

Keluarga Chung ialah keluarga Asian-Confucian yang tipikal dimana disiplin dan harapan keluarga menjadi tiang utama dalam keluarga itu. Sarapan bermula pada 6 pagi setiap hari, semua ahli keluarga kena ada

Bapanya tidak membenarkan mana-mana anaknya untuk dihantar ke sekolah lengkap dengan pemandu. Mereka disuruh naik bas dan hanya diberi sedikit duit poket oleh ibunya. Sarapan bermula pada pukul 6 pagi setiap hari dan semua anaknya wajib bangun tepat pada masanya. Masuk pukul 7 pagi, anak-anak lelaki berjalan kaki 4 km ke ibu pejabat Hyundai bersama ayahnya.

Bermula dari bengkel kecil hingga mengalahkan Mercedes, ini kisah kecekalan Hyundai 17

Pukul 7 pagi, anak-anak lelaki akan berjalan kaki 4 km bersama ayah mereka menuju ke pejabat. Di kiri ialah Mong Koo, pewaris Hyundai Motor

Bayangkan, salah seorang lelaki terkaya di Korea berjalan kaki ke pejabat. Yang pastinya, anak-anaknya sudah tidak meneruskan tabiat ini.

Bermula dari bengkel kecil hingga mengalahkan Mercedes, ini kisah kecekalan Hyundai 18

Chung Mong Koo cukup dengan kontroversinya, tapi beliau dipuji kerana meningkatkan kualiti Hyundai

Jika Chung Ju Yung mengasaskan Hyundai Motor, anaknya pula Chung Mong Koo yang berjaya meningkatkan kualiti Hyundai setaraf dengan standard Toyota.

Bermula dari bengkel kecil hingga mengalahkan Mercedes, ini kisah kecekalan Hyundai 19

Sebagai jurutera terlatih, Mong Koo betul-betul mempertingkatkan proses-proses pembikinan dan pengilangan Hyundai bagi membolehkan syarikat itu menawarkan waranti Hyundai 10 tahun/100,000 batu yang terkenal di AS.

Bermula dari bengkel kecil hingga mengalahkan Mercedes, ini kisah kecekalan Hyundai 20

Ruang dalaman Genesis G70 lebih bagus daripada Mercedes C-Class mahupun Audi A4 

Sebagai pemangkin peningkatan kualiti Hyundai, beliau menjadi rakyat Korea pertama yang dinobatkan di Automotive Hall of Fame di AS.

Bermula dari bengkel kecil hingga mengalahkan Mercedes, ini kisah kecekalan Hyundai 21

Hyundai dapat pengiktirafan dari Jerman – Insiden Winterkorn

Di Frankfurt Motor Show 2011, 4 tahun sebelum kes Dieselgate, bila CEO Volkswagen Group Dr. Martin Winterkorn masih lagi menguasai empayar industri kereta Jerman. Tapi sebelum beliau menjadi CEO, Winterkorn merupakan seorang jurutera yang tidak akan melepaskan peluang untuk mengkaji produk-produk pesaingnya di pameran-pameran kereta.

Bermula dari bengkel kecil hingga mengalahkan Mercedes, ini kisah kecekalan Hyundai 22

Sebelum Dieselgate, ‘insiden Winterkorn’ merupakan aksi ‘public relation’ VW yang paling besar, dimana Hyundai bukanlah sasaran yang dirancang. Ini memberikan mereka pendedahan yang sangat besar.

Insiden Winterkorn merujuk kepada satu video tular yang merakamkan Dr. Winterkorn naik ke ruang pameran Hyundai untuk melihat model i30. Winterkorn dilihat menggunakan alat pengukur tahap ketebalan cat untuk memeriksa penutup but sebelum beliau duduk di kerusi pemandu.

Tanpa disedari, ada orang yang merakam beliau dan masuk ke tempat duduk belakang. Video tersebut merakam beliau mengatakan yang ‘wiper’ kereta pun terselindung dari dalam kabin (sama seperti kereta VW). Beliau memeriksa rak stereng, dan beliau terus memanggil pereka VW, Klaus Bischoff.

Dengan gaya tipikalnya yang suka mengarah, Winterkorn berkata pada Bischoff sambil menunjukkan stereng kereta Hyundai itu. “Stereng ini tak bergegar. BMW tak boleh buat, kita pun tak boleh buat,” katanya.

“Kita ada solusi, tapi ia terlalu mahal,” jawab Bischoff. Winterkorn membalas dengan nada kurang senang, “Warum kann’s der?” – Macam mana mereka boleh buat?

Bermula dari bengkel kecil hingga mengalahkan Mercedes, ini kisah kecekalan Hyundai 23

Pengerusi Chung Eui Sun ialah generasi ketiga dalam dinasti Hyundai

Perkara yang orang ramai tak tahu ialah Timbalan Pengerusi Hyundai yang dulu, Chung Eui Sun, juga berada di ruang pameran itu, dimana asas untuk mencabar syarikat terbaik Jerman sudahpun mula terbentuk.

Bermula dari bengkel kecil hingga mengalahkan Mercedes, ini kisah kecekalan Hyundai 24

Eui Sun, seorang kosmopolitan dan lebih mesra media berbanding ayahnya, boleh bertutur dengan fasih dalam Bahasa Inggeris dan beliau membuat pembentangan memakai jeans dan T-shirt

Berbeza dari ayahnya, Eui Sun mempunyai personaliti yang lebih mesra PR dan media, dan beliau membentangkan idea-idea yang amat berbeza untuk membuatkan Hyundai satu jenama global. Inilah yang kita dapat lihat sekarang. Beliau baru saja dilantik sebagai Pengerusi pada awal tahun ini.

Bermula dari bengkel kecil hingga mengalahkan Mercedes, ini kisah kecekalan Hyundai 25

Berbeza dengan ayahnya, Eui Sun fasih bertutur dalam Bahasa Inggeris dan beliau selesa berinteraksi dengan media asing. Beliau juga lebih muda dan mempunyai pandangan yang lebih moden.

Bermula dari bengkel kecil hingga mengalahkan Mercedes, ini kisah kecekalan Hyundai 26

Hyundai Grandeur

Walaupun ayahnya yang dilatih sebagai jurutera dan lebih memfokuskan pada pengilangan/penghasilan, Eui Sun lebih kreatif dan beliau berusaha untuk membangun jenama Hyundai dan Kia serta rekaannya.

Bermula dari bengkel kecil hingga mengalahkan Mercedes, ini kisah kecekalan Hyundai 27

Sebelum menjawat posisi tahap Kumpulan, Eui Sun merupakan Presiden untuk Kia dan beliaulah yang mengolah semula jenama itu yang dahulunya jenama mampu-milik

Semasa beliau memegang jawatan Presiden Kia, beliau menjemput Peter Schreyer dari Audi untuk mengepalai bahagian rekaan di Kia, dan kemudiannya dilantik sebagai Ketua Pegawai Reka Bentuk untuk Hyundai Motor Group.

Bermula dari bengkel kecil hingga mengalahkan Mercedes, ini kisah kecekalan Hyundai 28

Grandeur berada di atas Sonata

Sebelum lantikan itu, Hyundai ialah sebuah syarikat yang mengutamakan bakat tempatan. Pelantikan orang asing bagi posisi pengurusan penting adalah sesuatu yang baru, tapi Eui Sun sedar yang jika mereka mahu jadi syarikat global yang sebenar, mereka harus melantik yang terbaik dari yang terbaik tanpa mengambil kira kewarganegaraan calon tersebut.

Bermula dari bengkel kecil hingga mengalahkan Mercedes, ini kisah kecekalan Hyundai 29

Frank Ahrens, penulis buku Seoul Man dan juga bekas Naib Presiden bahagian komunikasi korporat global di Hyundai Motor – juga orang asing pertama yang dilantik untuk jawatan itu – ada menulis di dalam bukunya yang sepanjang lantikannya di Seoul, Eui Sun sering menaiki limosin biru gelap yang pada masa itu merupakan Hyundai Equus (kini sebagai Genesis G90).

Bermula dari bengkel kecil hingga mengalahkan Mercedes, ini kisah kecekalan Hyundai 30

Genesis G90

Bagi orang asing, pilihan warna ini tidak begitu simbolik. Tapi, dalam budaya korporat Korea yang amat tegang, ia dianggap radikal dan ada satu ‘unspoken rule’ yang hanya limosin hitam saja yang boleh digunakan untuk urusan perniagaan.

Bermula dari bengkel kecil hingga mengalahkan Mercedes, ini kisah kecekalan Hyundai 31

Pewaris Hyundai yang lebih muda itu cukup suka memberontak dan berani, walaupun masih lagi mematuhi norma budaya Korea yang rumit.

Dengan Eui Sun, kini kita ada bahan pemasaran global yang moden dan hebat seperti di atas, mempamerkan warisan Hyundai yang unik.

Bermula dari bengkel kecil hingga mengalahkan Mercedes, ini kisah kecekalan Hyundai 32

Hyundai kekal sebagai satu-satunya pembuat kereta yang bukan sahaja membuat enjin dan transmisinya sendiri, tapi juga keluli dan besi sendiri untuk badan keretanya. Dengan adanya perniagaan pembinaannya, mereka juga membina kilang sendiri.

Bukan itu saja, Hyundai juga membina kapal-kapal dan pelabuhan untuk menghantar kereta siap mereka.

Bermula dari bengkel kecil hingga mengalahkan Mercedes, ini kisah kecekalan Hyundai 33

Genesis G80

Tambahan pula, jenama Genesis dicipta semasa Eui Sun memegang jawatan Naib Pengerusi Hyundai Motor Group. Jika Eiji Toyoda memulakan projek Flagship 1 untuk mencipta Lexus, untuk mencabar kereta terbaik Mercedes-Benz, Eui Sun pula mengasaskan Genesis bukan saja untuk mencabar Lexus, tapi juga Mercedes-Benz.

Bermula dari bengkel kecil hingga mengalahkan Mercedes, ini kisah kecekalan Hyundai 34

Hampir semua media automotif utama di AS menganggap G90 sebagai alternatif yang sangat kredibel bagi S-Class. Ini sesuatu yang cukup hebat walaupun untuk jenama yang baru diasaskan pada 2015 (sebelum itu, Genesis ialah nama model).

Bermula dari bengkel kecil hingga mengalahkan Mercedes, ini kisah kecekalan Hyundai 35

Malangnya, jenama Genesis bukannya untuk pasaran kita (model terdahulu yang dijual di sini ialah Hyundai Genesis, jenama Hyundai).

Bermula dari bengkel kecil hingga mengalahkan Mercedes, ini kisah kecekalan Hyundai 36

Genesis G80

Seperti masa-masa awal Lexus, jenama Genesis dikenali dengan enjin berkapasiti besar dan rangkaian model yang sangat ‘US-centric’. Perkara ini boleh diterima kerana AS masih lagi pasaran kereta mewah yang paling penting di dunia dan logiklah jika mereka meneguhkan posisi di sana sebelum berkembang ke negara lain.

Tahun depan, Genesis akan dilancarkan di China dan akan dikepalai oleh bekas Naib Presiden Mercedes-Benz, Markus Henne – seorang lagi pelantikan orang asing dibawah pimpinan Eui Sun.

Bermula dari bengkel kecil hingga mengalahkan Mercedes, ini kisah kecekalan Hyundai 37

Kisah transformasi Hyundai yang bermula dari sebuah bengkel biasa sehinggalah menjadi syarikat pembuat auto bertaraf dunia yang kini mencabar kereta terbaik Mercedes-Benz, semuanya dicapai dalam masa kurang dari 50 tahun, juga menjadi satu kisah kejayaan dalam transformasi dramatik Korea secara keseluruhannya.

Bermula dari bengkel kecil hingga mengalahkan Mercedes, ini kisah kecekalan Hyundai 38

Kisah Korea membangun dari menjadi salah satu negara paling miskin di dunia sehinggalah menjadi negara yang paling maju dalam digitalisasi dalam jangkamasa hanya tiga generasi, apabila hanya 20 peratus daripada lanskap bergunung-ganang mereka yang boleh digunakan untuk agrikultur dan perumahan, layak diceritakan dalam satu entri istimewa lagi nanti.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

Komen

Up to 20% higher than average trade-in price

2017 Hyundai Sonata 2.0 Elegance

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Terkini

    Cek Lebih

    Model Terbaru