window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Berurusan hanya dengan SA yang sah, elakkan dari ditipu – Perodua

Mersita · Mar 15, 2021 09:00 AM

Berurusan hanya dengan SA yang sah, elakkan dari ditipu – Perodua 01

Perodua menggesa para pelanggannya yang sedia ada dan pelanggan baharu untuk hanya berurusan dengan penasihat jualannya atau ‘Sales Advisor’ (SA) yang sah agar tidak terpedaya dengan penipuan yang muncul terutama sekali selepas pelancaran Ativa pada 3 Mac lalu.

"Kami telah menemui sekurang-kurangnya dua tawaran rebat palsu dalam talian bagi Perodua Ativa yang baru dilancarkan. Perodua dan cawangan-cawangan kami di seluruh negara tidak pernah dan tidak akan mengadakan sebarang promosi rebat tunai selepas memperkenalkan model baharu kami," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

Berurusan hanya dengan SA yang sah, elakkan dari ditipu – Perodua 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Menurut Dato’ Zainal, ada beberapa individu yang tidak bertanggungjawab telah mendakwa diri mereka sebagai penasihat jualan Perodua dan memperdaya mangsa untuk memasukkan wang pendahuluan pembelian kereta baharu mereka ke dalam akaun bank peribadi.

Untuk melindungi para pelanggan yang sedia ada dan pelanggan baharu, Perodua telah memberikan panduan dalam membuat pembelian kenderaan Perodua baharu seperti di bawah:

  • Hubungi atau kunjungi Pusat Jualan Perodua yang sah untuk dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai produk dan perkhidmatan ditawarkan oleh Perodua, atau layari laman sesawang rasmi Perodua atau media sosial rasmi mereka (Facebook dan Instagram).
  • Layari laman sesawang rasmi Perodua untuk dapatkan senarai terkini dan tepat cawangan-cawangan jualan dan servis Perodua di seluruh negara berserta maklumat untuk dihubungi.
  • Hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di 1-800-88-6600 pada waktu pejabat, atau kemukakan pertanyaan anda di https://www.perodua.com.my/contact-us.html , sekiranya ada individu yang mendakwa diri mereka sebagai wakil jualan atau servis Perodua dan meminta anda membuat bayaran ke akaun peribadi mereka.

Berurusan hanya dengan SA yang sah, elakkan dari ditipu – Perodua 01

Selain dari itu, orang awam juga dinasihatkan supaya:

  • Jangan segera menerima tawaran, samada dalam talian atau cetak, tanpa mendapatkan pengesahan maklumat terperinci daripada penasihat jualan dan servis Perodua yang sah, atau platform dalam talian rasmi kami di www.perodua.com.my, Facebook dan Instagram.
  • Jangan berikan maklumat peribadi anda seperti nombor akaun bank, alamat rumah dan nombor kad pengenalan tanpa memastikan  individu yang berurusan dengan anda adalah kakitangan Perodua yang sah.
  • Jangan membuat sebarang pembayaran, termasuk wang pendahuluan atau wang tempahan ke dalam akaun bank peribadi. Semua pembayaran mesti dibuat ke akaun syarikat sahaja.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda