window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Betul ke spark plug Iridium tambah power? Ke Copper sudah cukup?

Faisal · Oct 16, 2020 06:00 PM

Betul ke spark plug Iridium tambah power? Ke Copper sudah cukup? 01

Palam pencucuh (spark plug) berfungsi untuk menyalakan pembakaran pada campuran udara dan bahan api di dalam silinder enjin. Dari segi komponen, spark plug mempunyai elektrod tengah dan bawah yang diasingkan oleh spark gap.

Betul ke spark plug Iridium tambah power? Ke Copper sudah cukup? 02

Imej: testingautos

Apabila voltan daripada gegelung pencucuh (ignition coil) disalurkan ke elektrod, ia menghasilkan percikan (spark) untuk menyalakan pembakaran. Perbezaan elektrod yang digunakan mewakili perbezaan jenis spark plug.

Betul ke spark plug Iridium tambah power? Ke Copper sudah cukup? 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pada masa yang sama, spark plug zaman moden mempunyai elektrod yang lebih kecil untuk mengurangkan saluran voltan yang diperlukan untuk menghasilkan spark. Voltan yang kurang boleh meningkatkan tahap efisien pada sistem ignition.

Betul ke spark plug Iridium tambah power? Ke Copper sudah cukup? 01

4-silinder bermaksud 4 buah spark plug

Untuk maklumat anda, setiap silinder menggunakan satu spark plug. Sesetengah enjin yang berprestasi tinggi pula menggunakan dua spark plug untuk setiap silinder.

Dalam pasaran, terdapat pelbagai jenis spark plug untuk menampung pelbagai jenis enjin. Antaranya ialah:

Spark plug Copper

Betul ke spark plug Iridium tambah power? Ke Copper sudah cukup? 02

Spark plug ini mempunyai elektrod yang diperbuat daripada bahan copper. Elektrod ini bersaiz besar. Oleh itu, ia memerlukan lebih voltan untuk menghasilkan spark. Secara umumnya, copper bersifat lembut dan tidak mempunyai jangka hayat yang panjang. Oleh itu, spark plug ini harus ditukar dengan lebih kerap.

Kelebihan:

  • Murah
  • Sesuai untuk kereta lama yang dibina sebelum tahun 1980
  • Berfungsi dengan baik pada enjin tekanan tinggi seperti enjin turbo

Kekurangan:

  • Jangka hayat yang pendek
  • Memerlukan lebih voltan untuk menghasilkan spark

Spark plug Iridium

Betul ke spark plug Iridium tambah power? Ke Copper sudah cukup? 03

Sebaliknya, spark plug iridium mempunyai jangka hayat yang panjang kerana bahan iridium lebih keras dan tahan lama. Maka itu, kebanyakan jenama pengeluar kenderaan menggunakan spark plug iridium. Selain itu, ia mempunyai saiz elektrod yang kecil. Ciri ini mengurangkan voltan yang diperlukan untuk menghasilkan spark. Namun begitu, ia berharga lebih mahal. Sekiranya enjin anda didatangkan dengan spark plug iridium, anda perlu menggunakan jenis yang sama apabila perlu menukarnya kelak supaya prestasi enjin tidak terjejas.

Kelebihan:

  • Menghasilkan pembakaran yang lebih lengkap
  • Jangka hayat yang panjang
  • Memerlukan voltan yang rendah untuk menghasilkan spark

Kekurangan:

  • Mahal

Spark plug Platinum

Betul ke spark plug Iridium tambah power? Ke Copper sudah cukup? 04

Spark plug ini menggunakan elektrod copper dengan salutan platinum pada elektrod tengah. Secara umumnya, platinum tahan lebih lama berbanding copper. Spark plug platinum turut menghasilkan lebih haba dimana ia boleh mengurangkan pembentukan karbon di dalam enjin. Untuk maklumat anda, Spark plug ini disyorkan pada kereta baharu yang kini menggunakan sistem ignition “coil-on-plug”.

Kelebihan:

  • Jangka hayat yang panjang (sehingga 160,934 km)
  • Mengurangkan pembentukan karbon di dalam enjin

Kekurangan:

  • Mahal

Spark plug Double Platinum

Betul ke spark plug Iridium tambah power? Ke Copper sudah cukup? 05

Spark plug ini mempunyai elektrod platinum. Pada masa yang sama, bahan ini disalutkan pada elektrod tengah dan bawah sekaligus. Dengan itu, ia lebih efisien dan tahan lebih lama dimana ia sesuai untuk sistem ignition “wasted” yang mudah menghauskan elektrod.

Kelebihan:

  • Digalakkan untuk sistem ignition wasted
  • Tahan lama

Kekurangan:

  • Mahal

Spark plug Silver

Betul ke spark plug Iridium tambah power? Ke Copper sudah cukup? 06

Spark plug ini mempunyai elektrod perak (silver). Namun begitu, ia tidaklah setahan spark plug iridium dan platinum kerana secara umumnya, silver memiliki jangka hayat yang tidak berapa panjang. Walau bagaimanapun, ia sering digunakan pada motosikal dan kenderaan lama yang berprestasi tinggi dari Eropah.

Kelebihan:

  • Kawalan haba yang seimbang

Kekurangan:

  • Jangka hayat yang tidak berapa panjang

Spark plug panas (hot) dan sejuk (cold)

Betul ke spark plug Iridium tambah power? Ke Copper sudah cukup? 07

Dalam pada itu, setiap jenis spark plug berada dalam dua kategori yang berbeza iaitu panas (hot) dan sejuk (cold).

Spark plug hot mengeluarkan kadar haba yang lebih tinggi untuk membantu pembakaran di dalam silinder enjin. Dengan haba yang cukup tinggi, ia mampu menghapuskan sisa karbon di dalam enjin. Untuk pengetahuan anda, spark plug hot berfungsi dengan baik pada kebanyakan kenderaan.

Betul ke spark plug Iridium tambah power? Ke Copper sudah cukup? 08

Spark plug cold pula mengeluarkan kadar haba yang lebih rendah untuk mengawal suhu pembakaran di dalam silinder enjin. Jika silinder terlalu panas, ia boleh mengakibatkan ketukan (knocking) dimana kerosakan enjin boleh berlaku. Untuk pengetahuan anda, spark plug cold sesuai untuk kereta yang berprestasi tinggi dimana ia mempunyai haba yang lebih tinggi berbanding kereta biasa.

Konklusi

Betul ke spark plug Iridium tambah power? Ke Copper sudah cukup? 09

Dengan pelbagai jenis spark plug di dalam pasaran, anda dinasihatkan untuk ke pusat servis yang bertauliah untuk melakukan penyelenggaraan yang bersesuaian dengan enjin supaya tidak berlaku sebarang kerosakan pada masa yang akan datang.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda