window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

BEV kembar Proton e.MAS 7 dilancarkan di China - harga mula bersamaan RM 70k, 218 PS/320 Nm, 530 km

Faisal · Aug 5, 2024 11:28 AM

BEV kembar Proton e.MAS 7 dilancarkan di China - harga mula bersamaan RM 70k, 218 PS/320 Nm, 530 km 01

Setelah berbulan diiklankan, Geely baru sahaja melancarkan BEV Geely Galaxy E5 di China.

SUV elektrik segmen-C ini akan bersaing dengan BYD Atto 3 (dikenali di China sebagai Yuan Plus). Menariknya, Geely menawarkan harga yang cukup menarik.

Harga Galaxy E5 di sana bermula dari CNY 112,800 hingga CNY 148,800 (~RM 70k-92k), lebih murah daripada Atto 3 di China yang bermula dari CNY 119,800 (~RM 74k).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tidak cukup dengan itu, Geely turut menawarkan diskaun CNY 3,000 (~RM 1,900) sehingga 1 Oktober.

BEV kembar Proton e.MAS 7 dilancarkan di China - harga mula bersamaan RM 70k, 218 PS/320 Nm, 530 km 01

Perbezaan dimensi (Galaxy E5 vs Atto 3)
Model Geely Galaxy E5 BYD Atto 3
Panjang (mm) 4,615 4,455
Lebar (mm) 1,901 1,875
Tinggi (mm) 1,670 1,615
Jarak roda (mm) 2,750 2,720

Dibangunkan dengan asas Geely Electric Architecture (GEA) iaitu olahan daripada Sustainable Experience Architecture (SEA), SUV elektrik ini menggunakan teknologi integrasi bateri cell-to-body (CTB) untuk mencapai nisbah bebanan gandar 50:50 bagi depan-ke-belakang.

Antara kelebihan lain ialah pengurangan berat, titik graviti lebih rendah dan kekuatan casis yang lebih mantap. Selain itu, Galaxy E5 menerapkan sistem pandu pintar 11-dalam-1 Galaxy yang mengintegrasikan komponen kritikal ke dalam satu unit kompak yang hanya 79.8 kg dan bersaiz 72 liter.

BEV kembar Proton e.MAS 7 dilancarkan di China - harga mula bersamaan RM 70k, 218 PS/320 Nm, 530 km 02

Menguasai Galaxy E5 ialah motor depan (218 PS/320 Nm) yang membolehkan pecutan 0-100 km/j dibuat dalam masa 6.9 saat. Terdapat dua bateri LFP yang pembeli boleh pilih.

Bateri Aegis Short Blade ini dibangunkan oleh Geely dan ia hadir dalam kapasiti 49.52 kWh dan 60.22 kWh, masing-masing memberi jarak pandu 440 km dan 530 km.

BEV kembar Proton e.MAS 7 dilancarkan di China - harga mula bersamaan RM 70k, 218 PS/320 Nm, 530 km 03

Bergantung pada varian, antara ciri yang ada pada Galaxy E5 ialah skrin tengah terapung Flyme Auto, kluster digital, head-up display, bumbung suria panoramik dan 16 pembesar suara termasuk di bahagian perehat kepala.

Soal keselamatan, Galaxy E5 lengkap dengan ADAS Tahap 2 yang merangkumi ciri AEB dengan pengesan pejalan kaki, bantuan tukar lorong dan kawalan pelayaran pintar (ICC).

Geely Galaxy E5 akan menembus pasaran luar dalam konfigurasi pandu belah kiri atau kanan di mana pembangunannya dibuat serentak dan ini kali pertama buat Geely. Proton juga memainkan peranan besar dalam pembangunan model ini.

BEV kembar Proton e.MAS 7 dilancarkan di China - harga mula bersamaan RM 70k, 218 PS/320 Nm, 530 km 04

Dalam pendedahan e.MAS 7 minggu lalu, Proton memaklumkan bahawa seramai 230 jurutera mereka terlibat dalam pembangunan model ini dari awal. Ia merangkumi 700,000 jam-bekerja dan 10 juta km ujian. Proton turut memberitahu bahawa SUV BEV pertama mereka ini bukanlah semudah penjenamaan semula Galaxy E5.

Secara amnya, jenama e.MAS diuruskan oleh Pro-Net, bahagian yang turut menguruskan EV Smart di Malaysia. Pelancaran e.MAS 7 dijangka berlangsung menjelang akhir tahun ini.

Juga bacaPelancaran akhir tahun ini: Proton e.MAS 7 - BEV pertama M'sia, SUV seg-C, platform GMA, bateri LFP

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia