window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Beza RM 7.5k, patut beli 2022 Perodua Alza AV varian tinggi pada RM 76k atau Alza H dah cukup?

Haris · Sep 17, 2022 11:59 AM

Beza RM 7.5k, patut beli 2022 Perodua Alza AV varian tinggi pada RM 76k atau Alza H dah cukup? 01

  • Hanya RM 7.5k sahaja antara Alza 1.5 H dan Alza 1.5 AV
  • Alza 1.5 AV tambah kelengkapan
  • Mana yang lebih baik?

Dengan harga bermula dari RM 62,500, Perodua Alza 2022 serba baharu mungkin merupakan salah satu daripada MPV 7-penumpang dengan nilai terbaik untuk harganya yang boleh dibeli di Malaysia hari ini.

Beza RM 7.5k, patut beli 2022 Perodua Alza AV varian tinggi pada RM 76k atau Alza H dah cukup? 02

Alza 1.5 AV

Harga bermula dari RM 62,500 untuk varian Alza 1.5 X peringkat permulaan, tetapi dalam perbandingan ini, pilihan akan dikecilkan kepada Alza 1.5 H spesifikasi pertengahan dengan varian Alza 1.5 AV spesifikasi paling tinggi.

Hal ini kerana jurang harga antara dua varian cuma RM 7.5k sahaja. Agak-agak berbaloi?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Beza RM 7.5k, patut beli 2022 Perodua Alza AV varian tinggi pada RM 76k atau Alza H dah cukup? 01

Dengan perbezaan bayaran bulanan sehingga RM 80 sahaja, adakah "baik beli" spesifikasi teratas adalah berbaloi? Kupasan adalah seperti berikut.

Baca:Rebiu: Walaupun anda tidak mencari MPV, Perodua Alza 2022 (D27A) boleh merubah fikiran anda!

Trenkuasa – D-CVT ditambah baik

Beza RM 7.5k, patut beli 2022 Perodua Alza AV varian tinggi pada RM 76k atau Alza H dah cukup? 02

Enjin 2NR-VE Perodua

Walaupun kapasiti enjin Perodua Alza serba baharu ini tidak berubah dari generasi sebelumnya, enjin 1.5 liter ini adalah enjin baharu sepenuhnya.

Perodua Alza generasi lama menggunakan enjin 4-silinder 1.5 liter 3SZ-VE petrol yang menghasilkan 104 PS dan 136 Nm, manakala Perodua Alza generasi baharu mendapat blok 2NR-VE yang lebih baharu dengan 106 PS dan 138 Nm.

Beza RM 7.5k, patut beli 2022 Perodua Alza AV varian tinggi pada RM 76k atau Alza H dah cukup? 03

Juga baharu ialah transmisi Dwi-CVT (D-CVT) yang menggantikan transmisi automatik penukar tork 4-kelajuan lama. Transmisi ini melakukan debut di Perodua Ativa kemudian diikuti pada Perodua Myvi facelift dan kini Perodua Alza.

Baca: Pemegang saham Perodua waspada tahun sukar 2023 - lebih 250k tempahan tertunggak, kebanyakannya Alza!

Beza RM 7.5k, patut beli 2022 Perodua Alza AV varian tinggi pada RM 76k atau Alza H dah cukup? 04

Perodua mendakwa Alza D27A ini mencatatkan kadar penggunaan minyak serendah 4.54 liter/100 km (22 km/liter) di bawah ujian MDC (Malaysia Driving Cycle), atau 5.29 liter/100 km (18.9 km/liter) di bawah kitaran NEDC – peningkatan 40 peratus efisiensi berbanding Alza generasi lama.

Semua varian Alza serba baharu berkongsi gabungan trenkuasa ini.

Rekaan luar – Alza paling bergaya

Beza RM 7.5k, patut beli 2022 Perodua Alza AV varian tinggi pada RM 76k atau Alza H dah cukup? 05

Secara visual, semua varian Alza serba baharu menerima lampu hadapan LED, serta cermin sisi dengan isyarat membelok LED dan lampu brek LED.

Beza RM 7.5k, patut beli 2022 Perodua Alza AV varian tinggi pada RM 76k atau Alza H dah cukup? 06

Perbezaannya ialah Alza 1.5 AV berspesifikasi tinggi mendapat gril hadapan dengan kemasan krom dan hitam berkilat, manakala setiap varian lain di bawahnya mendapat gril hadapan perak metalik.

Varian spesifikasi teratas juga menambah skirt sisi untuk memberikan rupa yang lebih sporty.

Beza RM 7.5k, patut beli 2022 Perodua Alza AV varian tinggi pada RM 76k atau Alza H dah cukup? 07

Selain itu, varian Alza 1.5 H dan 1.5 AV mendapat rim aloi dwi-tona 16-inci, manakala varian asas mendapat unit 15-inci dalam warna perak.

Rekaan dalaman – AV menjustifikasi perbezaan harga

Beza RM 7.5k, patut beli 2022 Perodua Alza AV varian tinggi pada RM 76k atau Alza H dah cukup? 08

Walaupun bahagian luar kedua-dua Alza 1.5 H dan 1.5 AV adalah lebih kurang sama , kabin mereka adalah berbeza sekurang-kurangnya dalam skema warna.

Perodua Alza 1.5 AV berspesifikasi tinggi mendapat trim kontras merah wain yang bergaya, terbentang dari kemasan pintu ke papan pemuka. Bahagian tempat duduk juga menampilkan layanan merah wain yang sama.

Beza RM 7.5k, patut beli 2022 Perodua Alza AV varian tinggi pada RM 76k atau Alza H dah cukup? 09

Selain skema warna, Perodua Alza 1.5 AV berspesifikasi tinggi juga menawarkan sokongan untuk Android Auto dan Apple CarPlay – kereta Malaysia pertama yang menawarkan ciri ini. Varian AV yang lain pada bahagian dalam ialah brek letak kereta elektrik (EPB), trim hitam piano pada konsol tengah dan upholsteri separa kulit.

Beza RM 7.5k, patut beli 2022 Perodua Alza AV varian tinggi pada RM 76k atau Alza H dah cukup? 10

Varian AV tiada ruang simpanan di konsol

Adakah ini bermakna Alza 1.5 H lebih teruk? Tidak semestinya. Varian spesifikasi pertengahan masih menawarkan kluster instrumen digital 7-inci dan stereng berbalut kulit.

Berbeza dengan trim hitam piano, spesifikasi pertengahan 1.5 H mendapat corak ala gentian karbon pada konsol tengah. Tetapi kami menganggap ciri yang paling berguna ialah ruang storan yang terletak di hadapan tuil gear - sesuatu yang mengejutkan, hilang pada varian AV.

Keselamatan – Selamat seperti biasa

Beza RM 7.5k, patut beli 2022 Perodua Alza AV varian tinggi pada RM 76k atau Alza H dah cukup? 11

Tipikal oleh Perodua, ciri keselamatan tidak akan kurang dan Perodua Alza 2022 tidak terkecuali. Kesemua varian 2022 Perodua Alza menerima 6 beg udara, pre-collision warning (FCW), pre-collision braking (AEB), Pedal Misoperation Control (PMC), Front Departure Alert (FDA), Lane Departure Warning (LDW), dan Lane Departure Prevention (LDP).

Beza RM 7.5k, patut beli 2022 Perodua Alza AV varian tinggi pada RM 76k atau Alza H dah cukup? 12

Varian Alza 1.5 AV pula melontar masuk ciri ADAS termaju Adaptive Cruise Control (ACC), Lane Keep Control (LKC), Blind Spot Monitor (BSM), Rear Cross Traffic Alert (RCTA), dan dashcam terbina dalam. Kedua-dua varian Alza 1.5 H dan Alza 1.5 AV mempunyai Adaptive Driving Beam (ADB), manakala model asas Auto High Beam (AHB).

Harga – Kurang RM 100 perbezaan dalam bayaran bulanan

Beza RM 7.5k, patut beli 2022 Perodua Alza AV varian tinggi pada RM 76k atau Alza H dah cukup? 13

Alza 1.5 H spesifikasi pertengahan berharga dari RM 68,000, manakala spesifikasi teratas Alza 1.5 AV berharga RM 75,500. Harga yang disebut di sini adalah harga atas jalan tanpa insurans, termasuk cukai jualan.

Baca: Perodua Alza 2022 kutip 39k tempahan, 65% varian AV, tempoh menunggu cecah 8 - 10 bulan!

Beza RM 7.5k, patut beli 2022 Perodua Alza AV varian tinggi pada RM 76k atau Alza H dah cukup? 14

Dengan mengambil kira pinjaman 9 tahun dan bayaran pendahuluan 10 peratus, bayaran balik bulanan untuk Alza 1.5 H spesifikasi pertengahan adalah kira-kira RM 700 sebulan, manakala bayaran balik bulanan Alza 1.5 AV spesifikasi teratas ialah kira-kira RM 780 sebulan.

@wapcar_zamil 30,000 tempahan, dan anggaran tempoh menunggu dekat 9 bulan! #peroduaalza2022 #perodua #alza2022 #fypmalaysia #carmalaysia #malaysia ♬ Despair (抖音热播) - 初梦

Pendekkan tempoh pinjaman kepada 5 tahun yang disyorkan dan anda membayar kira-kira RM 1,170 sebulan untuk Alza 1.5 H spesifikasi pertengahan, manakala Alza 1.5 AV spesifikasi teratas adalah kira-kira RM 1,280 sebulan. Beza RM 110 sahaja.

Melainkan anda memilih aksesori tambahan seperti kit badan Gear Up, perbezaan harga ini menunjuk ke arah model teratas AV. 

Konklusi – Alza 1.5 AV lebih berbaloi

Beza RM 7.5k, patut beli 2022 Perodua Alza AV varian tinggi pada RM 76k atau Alza H dah cukup? 15

Dengan harga RM 75,500, Perodua Alza 1.5 AV yang berspesifikasi lebih tinggi menawarkan nilai untuk wang yang tidak dapat dipertikaikan. Tambahan ciri keselamatan yang baik dan penjimatan bahan api yang luar biasa cukup menjadikannya sebagai pilihan.

@wapcar_zamil Setelah sekian lama menunggu, Alhamdulillah. Mana geng Alza baru, hadir mai! #wapcar #carmalaysia #fypmalaysia #peroduaalza #peroduaalza2022 #alza2022 ♬ original sound - Zamil

Tiada kereta baharu lain di pasaran hari ini menawarkan tahap peralatan seperti Alza 1.5 AV – kamera 360 darjah, lampu hadapan LED adaptif, pakej ADAS penuh, brek letak kereta elektrik dengan Auto Hold, dan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, pada harga bawah-RM 80k.

Pada ketika ini, hanya bajet dan nafsu sahaja yang menghalang anda.

Baca: Kekurangan: Dua benda yang tak 'best' dekat Perodua Alza 2022 (D27A)!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda