window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Bikin berdekah dan menakutkan. Motosikal 'tua' Honda GL Pro selamba kendong 'Anak gajah' Yamaha XMax!

Khairil · Aug 11, 2021 07:00 PM

Bikin berdekah dan menakutkan. Motosikal 'tua' Honda GL Pro selamba kendong 'Anak gajah' Yamaha XMax! 01

Nampak tak masuk akal namun itulah yang terjadi di Indonesia apabila motosikal yang diberi julukan 'anak gajah', Yamaha XMax dikendong menggunakan motosikal tua Honda GL Pro.

Apapun sebab dan alasannya, video mengenai 'kerja gila' berkenaan tular di media sosial dan boleh ditonton di laman Instagram @enamon_jokes dan mendapat perhatian sehingga ke negara ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Memetik laporan Kompas, tidak diketahui mengenai lokasi kejadian itu dirakam namun menurut netizen, ia berlaku di kawasan Gunung Bromo, Jawa Timur.

Bikin berdekah dan menakutkan. Motosikal 'tua' Honda GL Pro selamba kendong 'Anak gajah' Yamaha XMax! 01

Dalam video berkenaan, dapat motosikal Honda GL Pro itu tidak berdepan masalah untuk mengangkut Yamaha XMax yang seberat 179 kg dan kecekapan penunggang membuatkan situasi itu nampak mudah.

Bikin berdekah dan menakutkan. Motosikal 'tua' Honda GL Pro selamba kendong 'Anak gajah' Yamaha XMax! 02

Begitupun hakikatnya, tindakan itu amat merbahaya dan mampu mengundang kecelakaan. Dan jika skuter berkenaan jatuh, ia boleh mengalami kerosakan yang teruk.

Di Indonesia, Honda GL Pro boleh dianggap klasik namun ia masih menjadi perhatian kerana kelasakan motosikal berkenaan.

Bikin berdekah dan menakutkan. Motosikal 'tua' Honda GL Pro selamba kendong 'Anak gajah' Yamaha XMax! 03

Selain berisiko mengalami kerosakan terhadap motosikal, tindakan lelaki berkenaan yang turut tidak memakai topi keledar sebenarnya menyalahi undang-undang pengangkutan di Indonesia.

Bikin berdekah dan menakutkan. Motosikal 'tua' Honda GL Pro selamba kendong 'Anak gajah' Yamaha XMax! 04

Ia adalah kesalahan menurut peraturan dalam PP Nombor 74 Tahun 2014 tentang Angkutan Jalan, Pasal 10 ayat (4) dan Pasal 11 yang menetapkan lebar barang yang dibawa menggunakan motosikal tidak melebihi panjang bar hendal dan tinggi tidak lebih 900 mm dari permukaan pelana. Untuk uuran panjang barangan pula, ia tidak boleh melebihi saiz motosikal.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda