window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Bikin di Malaysia, Toyota Yaris 2019 ‘racecar’ sedia menyerang trek Sepang!

Zamil Syaheer · Nov 24, 2020 07:00 PM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Wing Hin Motorsports yang terkenal sebagai pengedar rasmi produk Toyota Racing Development (TRD), Modellista, dan kini Gazoo Racing (GR) di Malaysia telah membina sebuah kereta lumba berasaskan Toyota Yaris. Nampak mengancam, betul tak?

Bikin di Malaysia, Toyota Yaris 2019 ‘racecar’ sedia menyerang trek Sepang! 01

Tidak banyak maklumat yang ada tentang kereta lumba Yaris ini tetapi kami yakin ia dibina oleh Wing Hin Motorports untuk bersaing dalam pertandingan perlumbaan ‘endurance’ Sepang 1000KM (S1K) pada 27 – 29 November 2020 dan kemungkinan juga Malaysia Championship Series (MCS).

Sayangnya acara tersebut terpaksa dibatalkan akibat penularan wabak Covid-19.

Bikin di Malaysia, Toyota Yaris 2019 ‘racecar’ sedia menyerang trek Sepang! 02

Wing Hin Motorsports telah mengambil Toyota Yaris 1.5G 2019 dan menanggalkan keseluruhan kereta sehingga tinggal rangka sahaja bagi mengubahnya menjadi jentera perlumbaan yang serius.

Bikin di Malaysia, Toyota Yaris 2019 ‘racecar’ sedia menyerang trek Sepang! 03

Komponen interior yang mana menambah berat tidak lagi diperlukan, termasuklah transmisi CVT yang sememangnya tidak sesuai untuk sebuah kereta lumba. Wing Hin Motorsports kemudian membina ‘roll-cage custom’ bagi mengukuhkan casis serta menaik taraf keselamatan mengikut peraturan pertandingan.

Bikin di Malaysia, Toyota Yaris 2019 ‘racecar’ sedia menyerang trek Sepang! 04

Terdapat tangki minyak racing ATL menggantikan tangki asal, brek depan AP Racing yang jauh lebih besar, ‘pedal box custom’, stereng MOMO dengan pelbagai butang kawalan, kluster meter MOTEC, dan juga ‘GT wing custom’. Roda standard ditukar kepada Enkei RP-F1 yang jauh lebih ringan serta kuat.

Bikin di Malaysia, Toyota Yaris 2019 ‘racecar’ sedia menyerang trek Sepang! 05

Selalunya banyak pasukan perlumbaan menggunakan jentera Suzuki Swift atau Honda Jazz, namun dengan penyertaan Toyota Yaris ini kami yakin ia mampu memberi saingan yang hebat di litar lumba. Janna Nick tengok ni pun meleleh.

Bikin di Malaysia, Toyota Yaris 2019 ‘racecar’ sedia menyerang trek Sepang! 06

Lakaran kit badan Type R dari NKSDesign...hensem gak buat kereta lumba ni!

Kali ini kami tunggu pula kereta lumba berasaskan Honda City hatchback yang baru sahaja dilancarkan secara rasmi di Thailand. Kalau korang pilih mana satu?

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda