window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Bila anda patut matikan sistem kawalan cengkaman (TCS)?

Zamil Syaheer ยท Jun 25, 2020 05:19 PM

Bila anda patut matikan sistem kawalan cengkaman (TCS)? 01

Pertama sekali, apakah sistem kawalan cengkaman?

Seperti namanya, sistem kawalan cengkaman (traction control) atau lebih dikenali dengan nama singkatannya TC, TRC ataupun TCS adalah sistem keselamatan yang direka untuk membendung kereta anda dari hilangnya cengkaman.

Bila anda memecut, tugas utama sistem tersebut adalah untuk memberhentikan roda daripada tergelincir atau berputar, terutama melalui permukaan yang licin.

Bila anda patut matikan sistem kawalan cengkaman (TCS)? 02

Ini dia dalam Toyota Vios.

Terdapat banyak sensor (paling biasa ialah sensor kelajuan roda) didalam sesebuah kenderaan yang mampu mengesan perbezaan kelajuan pada setiap roda serta ketika ianya bergerak.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bergantung kepada jenis kenderaan dan modul keselematan kenderaan, sistem ini berfungsi dalam dua cara:

Bila anda patut matikan sistem kawalan cengkaman (TCS)? 01

Pertama sekali, sistem ini menggunakan brek untuk setiap satu roda yang hilang cengkaman. Kemudiannya, unit kawalan elektronik (ECU, otak kereta) akan menghantar insyarat kepada modulator hidraulik untuk mengepam brek dengan pantas secara milisaat ke roda terjejas.

Bila anda patut matikan sistem kawalan cengkaman (TCS)? 02

Cara lain sistem kawalan ini berfungsi ialah menggunakan enjin brek untuk mengurangkan kuasa kepada roda ataupun gabungan di antara pemotongan kuasa dan brek pada masa yang sama untuk mengstabilkan kereta.

Bila sistem kawalan cengkaman berfungsi, ikon ini akan berkelip di meter anda:

Bila anda patut matikan sistem kawalan cengkaman (TCS)? 03

Jangan keliru dengan sistem kawalan stabiliti elektronik (ESC) pula, kerana sistem ini menggunakan mengesan ayunan, pecutan lateral, dan sensor stereng input dengan campur tangan brek dan sistem brek aktif untuk mengekalkan kestabilan.

Habis tu, bila saya perlu matikan sistem kawalan cengkaman ini?

Bila anda patut matikan sistem kawalan cengkaman (TCS)? 04

Sebagai seorang pemandu yang berhemah, anda hanya perlu matikan sistem kawalan cengkaman ini ketika anda sedang memandu ke bukit yang curam dimana permukaannya terasa licin akibat batu kerikil ATAU cuba mengeluarkan kereta yang tersekat dari lumpur.

Situasi tersebut memerlukan anda untuk matikan sistem kawalan cengkaman supaya membenarkan roda berpusing lebih sedikit sebelum menggali tanah yang lebih keras di bawahnya untuk mencengkam.

Bila anda patut matikan sistem kawalan cengkaman (TCS)? 05

Kami pasti anda pernah lihat risalah kereta yang mempamerkan ciri-ciri keselamatan seperti Proton Iriz ini.

Ada sebab kenapa majoriti kereta baru yang dijual di Malaysia kini datang dengan sistem kawalan cengkaman. Dalam negara beriklim tropika dimana hujan turun berselang hari, kemalangan membabitkan kenderaan yang hilang kawalan adalah biasa.

Sebab itulah dengan adanya sistem kawalan cengkaman ini, anda akan terasa aman kerana anda memiliki atau memandu kereta yang selamat.

Bila anda patut matikan sistem kawalan cengkaman (TCS)? 06

Sistem kawalan cengkaman untuk kegunaan sukan bermotor berbeza.

Malah Formula 1 pernah memakai sistem kawalan cengkaman ini (sebelum ianya dilarang pada tahun 2008 kerana dikira sebagai menipu) untuk mengekstrak cengkaman sebanyak mungkin. Ini kerana apabila tayar berpusing lebih dari yang sepatutnya, ini bermakna anda akan ditinggalkan di belakang atau mencatat masa yang perlahan.

Walau bagaimanapun, penggunaan sistem kawalan cengkaman didalam sukan bermotor amatlah berbeza berbanding situasi pemanduan sebenar di jalan raya.

Bila anda patut matikan sistem kawalan cengkaman (TCS)? 07

Antara salah satu masa anda ingin mematikan sistem kawalan cengkaman, namun anda memerlukan skil untuk melakukan ini.

Melainkan jika anda terasa seperti seorang raja drift, mestilah anda ingin membakar tayar belakang sehingga berasap ketika mengambil selekoh dengan penuh bergaya. Tetapi anda mungkin akan melanggar pokok ketika hendak melakukan aksi itu dek kerana skil dan nasib tidak cukup. Ucaplah salam kepada ego yang patah dan bil pembaikkan yang tinggi.

Bila anda patut matikan sistem kawalan cengkaman (TCS)? 08

Jadi pandu selamat, ikuti lah had laju kelajuan dan ikuti peraturan. Anda akan selamat.

Akhir sekali, sila ingat bahawa tiada gunanya jika kereta anda mempunyai sistem kawalan cengkaman yang paling canggih sekalipun sekiranya anda tidak menjaga tayar, tidak memakai tali pinggang keledar dan mempunyai tabiat pemanduan yang teruk. Jadi tolonglah amalkan tabiat memandu yang selamat.

Elak memandu secara agresif, memecut berlebihan ketika mengambil selekoh, dan mengikut belakang kenderaan terlalu rapat. Pandu selamat!

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda