window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Bilik pameran Mitsubishi Motors terbaru dibuka di PJ, Selangor!

Mersita · Sep 29, 2020 06:00 PM

Bilik pameran Mitsubishi Motors terbaru dibuka di PJ, Selangor! 01

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia, bersama Ingress Motors Centre (IMC) baru-baru ini meraikan pembukaan Pusat 3S (Sales, Service & Spare parts) Mitsubishi Motors di Petaling Jaya, Selangor.

Pembukaan ini merupakan bilik pameran Mitsubishi yang keempat oleh IMC di Malaysia – tiga buah lagi terletak di Puchong, Bangi, dan Shah Alam.

Keempat-empat bilik pameran IMC memaparkan jenama korporat baharu Mitsubishi Motors yang diwakili oleh slogan globalnya, ‘Drive Your Ambition’.

Bilik pameran Mitsubishi Motors terbaru dibuka di PJ, Selangor! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Tomoyuki Shinnishi, MMM dan IMC telahpun menjadi rakan niaga sejak tahun 2013 dan dalam jangkamasa 7 tahun itu, IMC telah menubuhkan 4 buah bilik pameran di kalangan 14 buah bilik pameran MMM di sekitar Lembah Klang.

Tambah beliau lagi, pembukaan bilik pameran baharu ini selaras dengan usaha mereka dalam mengutamakan pelanggan mereka dan juga usaha mereka dalam pengenalan Mitsubishi Xpander baharu di pasaran Malaysia yang akan berlangsung tak lama lagi.

Bilik pameran Mitsubishi Motors terbaru dibuka di PJ, Selangor! 01

Dengan pelaburan sejumlah RM 1.25 juta keatas bangunan berkeluasan lebih 34,000 kaki persegi itu, Pusat 3S terbaru ini menyediakan bilik rehat pelanggan yang cukup selesa – dilengkapi dengan WIFI dan ruang yang mencukupi untuk menayangkan sehingga empat buah kereta.

Pusat servisnya juga didatangkan dengan bengkel lengkap serta 12 ruang servis yang bersedia untuk menerima semua jenis kenderaan Mitsubishi.

Bilik pameran Mitsubishi Motors terbaru dibuka di PJ, Selangor! 02

MMM kini diwakili oleh 53 buah bilik pameran (46 buah daripada jumlah ini ialah Pusat 3S) dan juga 52 pusat servis di seluruh Malaysia. MMM juga diwakili oleh 14 buah bilik pameran di Sabah (7 buah) dan Sarawak (7 buah). Anda boleh dapatkan lokasi bilik pameran, pusat servis dan pusat 3S Mitsubishi di laman sesawang rasmi mereka.

Pusat 3S Mitsubishi terbaru ini terletak di No.13, Jalan 225, Seksyen 51A, Petaling Jaya.

Antara model-model popular yang ditayangkan di bilik-bilik pameran mereka (tertakluk pada ketersediaan model) termasuklah trak pikap 4x4 Mitsubishi Triton yang diimpot sebagai CBU dari Thailand. ASX Compact SUV dan Outlander pula dipasang tempatan (CKD) di Malaysia.

Bilik pameran Mitsubishi Motors terbaru dibuka di PJ, Selangor! 03

Mitsubishi Xpander yang ditunggu ramai juga dipasang tempatan di Malaysia di fasiliti baru Mitsubishi Motors di Pekan, Pahang. Anda bolehlah kunjungi bilik pameran terbaru ini nanti apabila model ini dilancarkan secara rasmi di sini nanti.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Mitsubishi Xpander 1.5 L

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda