window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Bina jejantas tak berguna di Brickfields, satu demi satu dirobohkan - rugi jutaan RM

Mersita ยท Aug 18, 2022 03:00 PM

Bina jejantas tak berguna di Brickfields, satu demi satu dirobohkan - rugi jutaan RM 01

Sesiapa saja yang pernah berjalan kaki atau memandu di sekitar Brickfields pasti tahu akan kewujudan beberapa buah jejantas yang dibina untuk kegunaan warga setempat. Tapi, perasan tak jejantas atau jambatan ini jarang sekali digunakan?

Brickfields adalah antara kawasan di Kuala Lumpur yang berkepadatan tinggi dan memandangkan KL Sentral dibina di sana, jumlah pejalan kaki agak ramai dan jejantas – jika dibina di lokasi betul dan strategik – amat berguna untuk orang ramai.

Bagaimanapun, satu laporan oleh The Star baru-baru ini mengupas isu jejantas di Brickfields yang dibina tanpa perancangan teliti sehingga menjadikannya ibarat ‘gajah putih’. Difahamkan, lebih daripada lima buah jejantas telah dibina di sekitar Brickfields; dan hampir kesemuanya amat jarang digunakan sehinggakan ada yang terpaksa dirobohkan selepas 10 tahun manakala yang lain-lain pula ditutup dan dibiarkan usang begitu saja.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bina jejantas tak berguna di Brickfields, satu demi satu dirobohkan - rugi jutaan RM 01

Kredit foto: Chan Tak Kong/The Star

Untuk rekod, enam buah jejantas dibina oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebagai projek CSR untuk komuniti Brickfields sejak 2010 – memakan kos sekitar RM 10 juta.

Kini, satu lagi projek pembinaan jejantas sedang dalam perancangan dan penduduk setempat ternyata menentang cadangan ini. Jejantas yang akan dibina di Jalan Rozario ini dijangka akan memanfaatkan penghuni Sentral Suites Condominium, satu projek baru oleh Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB), dan pejalan kaki di sekitarnya.

Bina jejantas tak berguna di Brickfields, satu demi satu dirobohkan - rugi jutaan RM 02

Komuniti sekitar beranggapan jejantas baru ini juga tidak akan digunakan sepenuhnya sepertimana jejantas lain yang menjadi tempat berteduh gelandangan.

Menurut tinjauan WapCar.my, jejantas yang dibina di sekitar Brickfields kurang memanfaatkan pengguna kerana lokasinya yang kurang strategik. Pejalan kaki lebih selesa melintas jalan tanpa jejantas kerana jaraknya yang lebih dekat menuju ke destinasi tumpuan ramai, selain daripada mengelak dari menaiki tangga yang tinggi ketika cuaca panas.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda